Friday, 29 August 2014 - MASCARA



BAD GAL WATERPROOF MASCARA BY BENEFIT 


Assalamualaikum and hai semua :) semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..amin.... entry kali ini yna nak share product from benefit. Seperti biasa lokasi yna shopping a.k.a menyopink!! di mana lagi kalau bukan ALAMANDA, Putrajaya. Yana nie mmg malas sikit nk bergerak jauh. Dgn faktor kesihatan yg x menentu so yna lebih suka membeli dan membelah di area2 berdekatan je hehehe. Senang!! x perlu susah-susah nak berjalan drive jauh2..x kuasa den!. Lagi satu, kalau nak park kereta confirm cari yg area dekat2 dengan pintu masuk. Kalau boleh kereta bawak depan pintu lif dah lama kau bawak kan yna! hahahaha...

So cosmetic item yg yna sempat grab hari tu 4 item jer. Pergi ditemani oleh my dear sister and my dear angle Cik Zara ;) kecohhhh mmg havoc hehe...nak try2 baju dibuatnya die melalak..aishhh. Lepas tu dh try2 kasut and kita tanya dia.. "which one u want?? she said "x lawa!" aish budak kecik nie geram tengoknya..cerewet..but like mother like daughter right? hehehe...so no word can i say ^_^ 

Tp yna bukan nak cita pasal Cik Zara, klu cerita hal die mmg x kan habis hihi.. Yna rembat bad gal waterproof mascara by benefit nie sebab mmg dah lama berkenan. Memang x rugi yna beli. balik Rumah terus test mmg best dan terbaik. Berus yang tidak terlalu besar. Yup! Bila kita apply je kat bulu mata kita ha..tu dia! melentik uolllsssss.... Dear2 yg bulu mata dah melentik mcm yna (cewahhhh perasan kan ko mak jemah!) x yah pakai pengepit bulu mata dah. Yna mmg jarang guna pengepit nie.

Bad gal mascara by benefit


Untuk sapuan mascara yg natural, just sapukan dua tiga kali je..(nak lelebih pun xde hal la hihi).then lentik-lentikkan. Sapuan nipis more better so x de la nampak mcm tebal sangat kan. But terpulang kpd individu.. Kalau dah nampak berus kita tu penuh sangat dengan mascara tu...kita bersihkan dengan tisu...Jangan malas2. Bab nie kena rajin hehe..supaya berus mascara kita kekal cantik dan x comot.

before and after (picture by mr.google)



mascara brush



Okey done! next yna share1 lagi entry cosmetic item from benefit yg yna rembat!  Brow Zings. Yg tu pon terbaik hihihi.. nah, belanja satu gambor cik Zara!!! Thank you kepada yg sudi membaca. Kita jumpa lagi ye.. bye2 ;) 


Saya nk semua! BOleh?? :)



RM : 75.00 
LOKASI : BENEFIT, ALAMANDA PUTRAJAYA 
INGREDIENTS : ISODODECANE, BEESWAX (CERA ALBA), WATER (AGUA), IRON OXIDES (CI 77499), COPERNICIA (CARNAUBA), WAX, EUPHORBIA CERIFERA (CANDELILLA), WAX, GLYCERYL HYDROGENATED ROSINATE, DISTEARDIMONIUM, VP/EICOSENE COPOLYMER, SORBITAN ISOSTEARATE, OZOKERITE, PEG-2 HYDROGENATED CASTOR OIL, PHENOXYETHANOL, PROPYLENE CARBONATE, HYDROXYETHYLCELLULOSE, TETRASODIUM EDTA, ETHYLENE, COPOLYMER, BUTYLENE, ETHYLENE/STRYNE COPOLYMER, BHT 
MADE IN : FRANCE, benefitcosmetics.com





"DO ALL THINGS WITH LOVE"

Thursday, 21 August 2014 - Again


PUSPANITA EVENT, KL TOWER  ;)


Assalamualaikum and hai semua ;) semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..amin.. entry kali ini yna nak share kejadian on 14.8.2014.. hihihi.... Alhamdulilah...sekali lagi yna dipanggil oleh MOSTI utk satu majlis High Tea di KL Tower by PUSPANITA, MOSTI. Majlis nie x rasmi just utk jamuan mkn minum petang dlm Bulan Syawal. So dari segi pemilihan lagu terpulang pada yana. Yg pasti nya lagu raya wajib ada ;) 

Masa hari kejadian tu yna pergi dengan driver by MOSTI. Sampai sana awal around 11.30 pagi. So sempat lah yna buat rehearsal..mcm biasa yna bukan la pro. Menyanyi nie just suka-suka. Jadi time rehearsal tu la baru tau mana yg salah mana yg x ok. Sebabnya yna bukanlah ada practice2 bagai!! Melalak terus je...so mmg ada la jugak sumbang mambang tu ha.. (dah nama pon bidan terjun kan, belasah ikut sedap tekak!!) hahaha.... ^_^

Amik mood dulu :) 

Kita posing dulu hihi :) 
Then macam biasa la kan..before menunggu masa sampai 2.30 majlis bermula tu...apa lagi bergambor la kami! Mcm2 posing dah..tp yna mcm biasa posing yg same! hahaha... xtau dah aihh lagu mana nk pose! ikut je la mana yg rasa nak ye dak? 




Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar... tetamu pon gembira..datin2 pon suke..mmg happening sangat. Yg penting tetamu2 semua sempoi! Siap boleh menyanyi sesama..ramai2 lagi..Memang terbaik la.. Lagi satu majlis nie semuanya perempuan.. Dah nama pon PUSPANITA kan...So apa lagi....mmg best x cover hahahahaha....Owh ye, lagu yg yna perform masa tu lagu2 raya..salah satu lagu CT - Anugerah Aidilfitri dan Last persembahan lagu Misha Omar - Bunga-Bunga Cinta...  :)

Okey la..malas dan nk menaip hehehe.....Nah yna share gambor masa event tu...biarkan gambor bercerita plak.. hokey!!! Next, yna share lagi.. Insya Allah 30 & 31 Oktober 2014 yana ada job makeup. Nantikan gambor2 hasil makeup yna k. Tq atas sokongan semua..... ;) 





Okey, dh jom balik!! ;)




                             

                                                              "DO ALL THING WITH LOVE"


Monday, 15 August 2014 - SimplySiti



SIMPLY DUAL ACTION MAKEUP REMOVER 



Assalamualaikum.. hai semua :)  kali nie yna nak share produk from SimplySiti. Beli dh lama...baru ko nk update kn yna!! Hihihi....okey Yana rasa x perlu lagi untuk yna perkenalkan produk nie panjang lebar..of cos korang semua tahu kan. Orang Malaysia kalau x kenal Dato' Siti aishh memang saja cari nahas! :)

Produk simplySiti telahpun berada di pasaran bermula pada Tahun 2010..dah hampir 4 tahun. Erm masa tu yana dah start bekerja. Kalau korang ada baca dalam entry yna yang lama2..entry Tahun 2010, waktu tu first job makeup by yna. Yana makeupkan SOFIA dan JUE. Salah satu produk yg yna gunakan drpd SimplySiti adalah BB cream, compact powder, blusher n mascara. Korang yg sukakan looks natural, yana mmg sarankan gunakn produk SimplySiti. Dijamin berpuas hati dan memang terbaik.jangan sibuk nak banggakan produk luar negara je.tp produk negara sendiri dipandang sepi!!.  Tp yna x nak cerita tentang blusher, BB cream or etc tp kali ni yna nak share Makeup Remover by SimplySiti. Yna beli kat watson, Alamanda. Sehari lepas beli produk VJ hihi...perempuan kan!! klu x shopping dlm sebulan tu mmg x SAH!!




Makeup remover ini sgt unik kerana ianya bebas daripada bahan kimia dan dapat membuang sisa-sisa kotoran makeup  with only one application. Mempunyai 7 active organic ingredients yg dapat membuatkan kulit terasa lembut dan segar.  Untuk makluman korang, dual action formula sgt sesuai dengan smua jenis kulit including sensitive skin. Kenapa?? sebab its alcohol free and mengandungi natural active ingredients from 7 natural plants extracts (celery, white cabbage, hyunmi, tomato, pak-choi, carrot and broccoli) Korang nampak x? hehehe..ingredient die mmg terbaik la. Smua drpd sayuran2. jadi Gunakan tanpa was-was :)

Directions : shake well before use.apply onto cotton pad and gently remove makeup from face, lip & eye area.



Nampak x? Yg pnting bersih dan segar :) 


Caution : Avoid direct contact with eyes. Keep in cool, dry conditions and avoid direct sunlight.


RM : 20.90 
LOKASI : WATSON, ALAMANDA (PUTRAJAYA) 
INGREDIENT : WATER, CYCLOPENTASILAXANE, GLYCERIN, ISOPROPYL PALMITATE, APIUM GRAVEOCIUS (CELERY) EXTRACT, ORYZA SATIVA(RICE) EXTRACT, BRASSICA OLERACEA CAPITTA (CABBAGE) EXTRACT, BRASSICA RAPA( TURNIP) LEAF, SOLANUM LYCOPERSICUM (TOMATO) FRUIT EXTRACT, DAUCUS CAROTA SATIVA (CARROT) ROOT EXTRACT, BRASSICA OLERACEA ITALICA (BROCOLI) EXTRACT, PHENOXYETHANOL, SODIUM CHLORIDE, DIS0DIUM EDTA, POLYSORBATE 20, METHYLISOTHIAZOLINONE, C1 19140, CI 42090 




                                               "DO ALL THING WITH LOVE"


Monday, 4 August 2014 - VJ



VICTORIA JACKSON

Assalamualaikum and hai semua ;) rasanya x terlewat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA. So selamat hari raya untuk korang semua. BEraya2 juga tapi beringat mkn jangan terlampau mkn tup2 x sedar berat badan makin naik...hehehe....Disebabkan kesibukan nak beraya dengan urusan kerja yang x pernah habis... niat berkobar2 untuk update blog pon terkubur hehe...brg yg dah dibeli lama pun terperam sama!! But now yna cuba juga luangkan masa untuk menaip :)

Last before raya 24july, yna pergi Alamanda Putrajaya utk berbuka. Before nak masuk waktu berbuka tu..yna merayap la sekejap sekitar alamanda..decided nak masuk watson.. sebab fokus utama nak beli Bonjela je! Yna kena ulser kat dlm mulut. sakit nya x payah cakap la huhu..nak makan bercakap pun payah. Cuaca pun panas sekarang ini bibir pun jadi kering mengelupas mmg sakit sgt rase. Entah mcm mana tersangkut plak beli barang lain.Terbeli benda alah nie! biasa la perempuan kan!! hahaha....Masa tu gatai nak cuba je..erm tp lepas tgk hasilnya terus fall in love! Apalagi sambar je la... :) nak tahu apa. Jom yna share dgn korang semua.

LIP ADDICTION by Victoria Jackson. 


pernah dengar produk VJ nie?? Sure pernah kan. klu x pernah dengar korg boleh search dgn Encik Google..Confirm byk info yg korg akan dapat ;) Here link web Victoria Jackson dan korang bolehlah review more product dia. Tp nak lagi puas hati korang try sendiri. Produk VJ ni formulated in USA. "No Make up, Make up" tagline VJ. Lips addiction ini ada 4 warna yang soft & sweet. Bau pun sweet candy..mcm bau strawberry hihi..rasa nak makan!! ;) Selain boleh pakai harian yg special nya lips ini korg boleh pakai waktu malam. masa nk tido tu oleskan sikit pada bibir (sekiranya korg mengalami masalah bibir kering). So far yna dh pkai 2weeks memang terasa kesannya..bibir tak mgelupas dah..slain tu bibir terasa lembab je.. dan yg pling penting Bibir Yna x kering lagi hihi!! boleh dikatakan serupa lips balm (pelembab bibir)

tagline

lips addiction 


4 colour of lip addiction

    Set includes:
    • Icy Pink tinted lip balm
    • Cotton Candy Pink tinted lip balm
    • Pink Frost tinted lip balm
    • Peach Pink tinted lip balm
    • Retractable metal lip brush
    • Clear zipper pouch


Antara semua lips balm nie yna suke pink frost...nice colour for me! hehehe... sbb pinky2 kan.of cos i like!! :) Now VJ tgh buat promosi Member Card. Sekiranya korang membeli mana-mana produk makeup from VJ, korang akan automatik menjadi ahli. Benefit yg akan korg dapat adalah makeup seumur hidup FREE dan juga diskaun2 untuk setiap pembelian produk tersebut. So kalau ada dinner ke, nak kahwin, nak dating pon boleh, just inform and set appointment dengan staf VJ . ..Korang klu berminat tu boleh la ke WATSON, ALAMANDA. Jumpa dgn Cik Mimi, peramah sgt orangnya..kalau x..x kan la yna tersangkut nak beli kan hehe. Owh ye, produk VJ juga sgt dminati oleh Liyana Jasmay dan Miss Nina...kerana hasil yg sgt natural n soft..klu korg tgk wajah dan solekan dorg pon kita boleh agak kn?..makeup but no makeup :) Okey cukup la entry kali nie..ada lagi makeup item yg yna shopping..tp next entry yna share ye.nanti free2 yna menaip lagi. Tq yang sudi membaca! :)

Sekian, terima kasih. 


RM : 85.00 
LOKASI : WATSON, ALAMANDA 
INGREDIENTS : ETHYLHEXYL PALMITATE, RIISODECYL TRIMELLITATE, POLYBUTENE, BUTROSPERMUM PARK11 (SHEA BUTTER) EXTRACT, PETROLATUM, HYDROGENATED MICROCRYSTALLINE WAX, OZOKERITE, TOCOPHERYL ACETATE, PROPYLPARABEN, FRAGRANCE 



"DO ALL THING WITH LOVE"