Monday, 22 September 2014 - Makeup Nikah Eza | Seremban - 06.09.2014



MAKEUP NIKAH | 06 SEPTEMBER 2014, 
JLN KERAPU, TAMAN PERMAI 3, SEREMBAN 


Assalamualaikum dan hai semua ;) next entry yna share hari ini job makeup for Eza di Seremban. Eza start booking yna from Bulan April 2014 lagi. Thank you so much dear kerana sudi menggunakan servis andaman by Liyan Pages. Eza nak makeup natural but sweet. Here gambar-gambar yang sempat yna snap untuk share dengan semua :) Setiap gambar yang yna rakamkan tanpa edit, kening tanpa cukur dan hanya letak watermark liyanpages sahaja. 




Picture by Liyan Pages
Mua by Liyan Pages



Picture by Liyan Pages
Mua by Liyan Pages

Picture by Liyan Pages
Mua by Liyan Pages


Picture by Liyan Pages
Mua by Liyan Pages


Picture by Liyan Pages
Mua by Liyan Pages

Menawarkan Khidmat MakeUp : ♥ Persandingan ♥ Bertandang ♥ Pernikahan ♥ Pertunangan ♥ Majlis Makan Malam (Dinner) ♥ Modelling Photooshoot/Pre Wedding/ Post Wedding ♥ Convocation etc. ♥ Trial MakeUp dan lain2 mjlis berkaitan. 





"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

Monday, 22 September 2014 - MAKEUP NIKAH dan SANDING, Sholiha



MAKEUP NIKAH & SANDING | 30 & 31 OGOS 2014, 
KG JARAU, KUALA KANGSAR, PERAK 



Assalamualaikum and hai semua. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah,,amin :)

Hari ini baru yna berkesempatan untuk update blog. Maaf sebab telah buat gambar nie jadi pekasam! erk.. (ko memang suke peram gambar kan!!) maaf sekali lagi ye Kak Sholiha hehe. Okey, untuk makluman semua majlis nikah pada 30.8.2014 dan majlis sanding pula pada 31.8.2014. Alhamdulillah semua berjalan seperti yang diaturkan. My dear customer juga berpuas hati dengan sentuhan yang diberikan oleh Liyan Pages (of cos la kan hehe). 


Di kesempatan ini juga yana ucapkan terima kasih banyak pada akak sekeluarga kerana memberikan layanan yang terbaik sewaktu kita berurusan. Yang paling x akan yana lupakan the best moment family akak siap tapaukan makanan untuk yna hehehe... ;) tq kak. Yna doakan untuk akak dan husband semoga bahgia hingga ke Syurga..dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah...amin :)

Owh ye, Untuk gambar-gambar ini tel;ah dirakam oleh Artistree photographer cuma ada 2-3 keping je gambar by Yana.. Anda yang berminat untuk mendapatkan servis jurugambar boleh menghubungi mereka melalui email : artistreephoto@gmail.com or via facebook : Artistree  for more detail. :)


Makeup Nikah, 30 Ogos 2014 

Picture by Artistree
Mua by Liyan Pages

Picture by Artistree
Mua by Liyan Pages

Picture by Artistree
Mua by Liyan Pages
Picture by Artistree
Mua by Liyan Pages


Makeup Sanding, 31 Ogos 2014 


Picture by Liyan Pages
Mua by Liyan Pages

Picture by Liyan Pages
Mua by Liyan Pages

Picture by Artistree
Mua by Liyan Pages


Picture by Artistree
Mua by Liyan Pages


Picture by Artistree
Mua by Liyan Pages



Menawarkan Khidmat MakeUp : ♥ Persandingan ♥ Bertandang ♥ Pernikahan ♥ Pertunangan ♥ Majlis Makan Malam (Dinner) ♥ Modelling Photooshoot/Pre Wedding/ Post Wedding ♥ Convocation etc. ♥ Trial MakeUp dan lain2 mjlis berkaitan. 



"Do All Things With Love"

Friday, 12 September 2014 - DOLL SKIN FOUNDATION & LIPSTICK SENDAYU TINGGI



DOLL SKIN FOUNDATION  
MATTE CREAMY LIPSTICK - Lips Art

Assalamualaikum dan hai semua ;) semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah amin...Yna nak kongsikan dua produk by Sendayu Tinggi yg yna beli. Yg lain-lain yana share kemudian ye. ;) Doll Skin Foundation dan Matte Creamy Lipstick. Dua-dua memang terbaik dan memenuhi citarasa yana. Jom kita kenali dua produk ini. 

DOLL SKIN FOUNDATION 


Doll skin foundation ini bedak asas dengan kemasan penyamar noda terbaik dalam satu bekas. Ianya mudah disapu dan lembut pada kulit. Automatik yang akan korang perasan bila pakai je foundation nie menjadikan kulit korang licin dan gebusss! X percaya? Kalau nak tahu gebus ke tidak..beli then cubalah sendiri hihihi.




Doll skin foundation ini ada 3 code mengikut jenis kulit anda : very cute, so sweet and too pretty. Yna gunakan code Too Pretty yang sesuai untuk kulit sawo matang atau kuning langsat. Untuk makluman semua, doll skin foundation ini juga bertindak 3 in 1 sebagai penyamar, pelindung matahari dan juga sebagai asas solekan. Yang yana suka sgt bila pakai je foundation ini wajah kita akan nampak natural, rasa ringan je. Macam x pakai foundation :). Betul...x tipu hihihi... Yang best, foundation ini tidak menyumbat liang pori  dan kelihatan tidak bercapuk. Kalau korang nak nampak natural, boleh pakai doll skin tanpa bedak! Lepas tu gunakan maskara utk melentikkan mata, blusher sikit, jangan tebal2 ye... just layang-layangkan je blusher tu kat pipi korang. Then last sekali oleskan dengan lipstick by ST code POSH Pink....wahhhh confirm. cun melecun korang!! Sure like barbie doll!! hehe


HARGA : 38.00 
INGREDIENTS : RICINUS COMMUNIS (CASTOR) SEED OIL, TITANIUM DIOXIDE, OZOKERITE, CAPRYLIC, CAPRIC TRIGLYCERIDE, SILICA, MICA, SIMMONDSIA CHINENSIS (JOJOBA) SEED OIL, BEESWAX, ISOHEXADECANE, SORBITAN OLIVATE, SILICA DIMETHICONE SILYLATE, TOCOPHEROL, PROPYLPARABEN. 

Formulated by : ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

                                                                           MATTE CREAMY LIPSTICK - Lips Art



Produk kedua by Sendayu Tinggi yang membuat yna terpikat jatuh cinta! adalah Mate Creamy Lipstick - Lips Art. Memang terbaik. Yana bagi 100 bintang hehehe...First time masa yana cuba lipstick nie, tengok cermin...wau!!!! aku ke nie hahaha..Sebab yna memang jarang pakai lipstick. Kalau pakai pun warna soft...memang klu korang duk bdepan2 dengan yna baru la nmpak pakai, itu pon nasib baik kalau nampak hahaha.... Masa nk cuba lipstick nie pikir banyak kali jugak la. Sebab warna die fuhhh..memang terang..pink giler! Tapi bila dah sapu kat bibir, terasa lain macam aura die haha...rasa mcm bibir angelina jolie dah! perasan!! hahaha...

Code lipstick nie POSH Pink. Memang pink wei.... yana berani jamin..memang terbaik. Walaupn ada sesetengah yg cakap lipstick sendayu tinggi buat kering bibir..tapi tidak pada yana!! hehehe...yna dah pakai 2 minggu nie..memang selesa sangat. Yg paling best lipstick tahan lama, minum air pun lipstick masih lagi ada di bibir. Kalau korang x percaya, beli dan rasalah sendiri. Gincu nie dilengkapi lembapan utk solekan bibir seperti baldu! Cewah..best x? Nak tahu lebih banyak..Beli lah ye. ;)


Cun kan? pakai lagi cun beb! :)


Owh ye,..yna beli barang-barang sendayu tinggi hari tu dengan buat kad sekali. Untuk kad ahli hanya RM25 seumur hidup. Memang berbaloi. Sebab harga untuk ahli bagi setiap barang-barang Sendayu tinggi tak sama dengan bukan ahli. Selain daripada itu, korang juga boleh kumpul mata/point setiap kali membeli produk drpd Sendayu Tinggi. Then korang boleh tukarkan/reward dgn barang-barang yg ada. Hadiah-hadiah pun menarik..bukan barangan kecantikan semata-mata. Barang elektrik pun ada. Okey lah. Next entry yna share lagi produk sendayu tinggi. Sebab ada 5 lagi item yana beli. Cukup lah untuk hari ini ye. Tq semua kerana sudi membaca blog saya. 


Member Cad :)

HARGA : RM31.00 
CODE : POSH PINK 
INGREDIENTS : ETHYLHEXYL PALMITATE, ISOHEXADECANE, CANDELILLA CERA, OCTYLDODECANOL, TALC, MICA, POLYMETHYLSILSESQUIOXANE, CERESIN, METHYL METHCRYLATE CROSSPOLYMER, COPERNICIA CERIFERA CERA, PHENOXYETHANOL, BUSTYROSPERMUM PARKII OIL

Formulated by : ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd 




"DO ALL THINGS WITH LOVE"

Thurday, 11 September 2014 - Khas Buat Anak Ibu ~ Cik Zara Nur Alisha


Cik Zara Nur Alisha (Icha/Ayang)


Dear anak ibu yang sangat ibu sayang. 11 September 2012 jam 8.36 pagi, tarikh dan masa yang ibu tidak akan pernah lupakan sampai hujung nyawa ibu. Tarikh dan waktu ibu melahirkan Icha sentiasa segar dalam fikiran ibu. Saat ibu disahkan mengandung dan selama tempoh 9 Bulan ibu membawa icha ke mana sahaja ibu pergi dan icha sentiasa menemani ibu adalah saat yang paling indah manis dalam hidup ibu. 

Ibu sangat bersyukur dengan anugerah  terindah yang diberikan oleh Allah pada ibu. Icha adalah kekuatan ibu. Kekuatan yang tidak ada gantinya. Kekuatan yang menjadikan ibu semakin bersemangat untuk meneruskan hidup ibu. Menjadikan kekuatan untuk ibu terus melangkah. Kerana icha lah ibu teruskan apa yg ibu inginkan. Mungkin sekiranya Allah tidak kurniakan icha pada ibu...ibu tidak mampu berdiri, ibu tidak mampu tersenyum, ibu tidak mampu ketawa bahkan mungkin ibu hilang arah tujuan untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulilah...ibu bersyukur dengan adanya icha untuk ibu. 

Setiap detik, saat, waktu icha sentiasa ada bersama ibu. Ibu ingat lagi waktu doktor beritahu icha baru 4 minggu dalam perut ibu, ibu menangis..gembira sedih suka semua ada. Bermulalah detik icha bersama dengan ibu siang dan malam..memang sesuatu perasaan yang tak mampu ibu gambarkan. Setiap masa ibu bercakap dengan icha, waktu memasak, menyapu, makan, kita solat bersama, apa sahaja aktiviti kita lakukan bersama, bahkan sebelum tido ibu akan baca ayat-ayat al quran untuk icha. Kadang-kadang ibu nyanyikan icha dengan lagu yang ibu buat sendiri. Icha saja yang tahu ;)

Bila icha lahir sahaja di dunia, ibu sudah bersiap sedia dengan apa sahaja ujian dugaan yang Allah berikan.Kerana, ibu yakin Allah berikan icha kepada ibu untuk memberikan semangat kekuatan kepada ibu supaya ibu tidak rebah tersungkur jika takdir Allah telah menetapkan apa yang perlu ibu lalui. 

Semua kenangan akan ibu simpan dalam satu kotak.Di sudut yang lain. Jauh dari hati atau fikiran ibu. Biarkan ianya tersimpan di situ. Ibu tidak mahu menyimpannya.Bukan bermakna ibu tidak sayang kan kenangan kita yang lalu tapi ibu dan icha perlu memulakan kehidupan yang sekarang.Ibu telahpun bersiap sedia dengan segala pertanyaan apabila suatu hari nanti icha betah bijak berkata dan bertanya itu ini. In sha Allah jika Allah berikan ibu masa yang panjang bahkan sehingga akhir hayat Ibu icha ada bersama ibu..ibu akan terus kuat..kuat dalam segala hal :)

Hari ini, genap anak ibu 2 Tahun. Sekejap masa berlalu. Anak ibu semakin membesar. Sudah petah bertutur, bercakap, tanya itu dan ini. Perkataan yang ibu suka bila ayang tanya ibu "ibu ini apa? dan bila icha cakap "Icha sayang ibu dan terus memeluk cium ibu...." Ya Allah gembiranya hati ibu. Dari ayang dalam perut hingga lah sekarang ibu akan sentiasa bisikkan atau cakap pada ayang..please be good girl, be nice, anak ibu cantik, anak ibu lawa, anak ibu cute, u are good girl. Ibu tak kan jemu untuk puji anak ibu setiap hari. Sebab doa dan kata-kata ibu itu akan termakbul. Itu pesanan Opah ;)

Sekarang anak ibu semakin membesar, Ibu harap satu hari nanti bila ayang dah boleh membaca.. ayang dapat baca blog ibu ini ;) mungkin masa itu ibu pun dah tua hehe... Ibu fikir kalau ibu tulis dalam diary ibu, sekiranya hilang mungkin ayang tak dapat jumpa. Sebab ibu memang seorang yang pelupa, suka letak barang merata hehe. Kalau dalam tab pun sama nanti boleh hilang or terdelete.. Jadi ibu rasa biarlah ibu curahkan rasa ini tanpa berkata-kata dengan menaip di blog ibu. Khas untuk anak ibu walaupn ada insan lain yang akan membaca. Ibu izinkan. Sebab ini juga kehidupan ibu sebagai manusia biasa yang suka menulis dan inilah dunia ibu sekarang. :)

Saat bila ibu menangis dan ayang memeluk ibu dan kita sama-sama menangis..ibu berjanji pada diri ibu. Yang ibu takkan lagi menangis di hadapan ayang... ibu akan sentiasa tersenyum utk anak ibu. Walaupun kadang-kadang sikap anak ibu membuatkan ibu rasa mahu menangis tapi ibu tetap bersabar. Sebab ibu terlalu sayangkan icha. Bahkan bila ibu marah icha, icha menangis dengan nada yang sayu, membuatkan ibu terdiam kaku. Ibu mintak maaf kerana ibu perlu bertegas. Bukan bermakna ibu tidak sayangkan icha, Tapi ibu perlu mendidik, mengajar icha supaya icha kenal, tahu mana yang baik, mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Alhamdulilah ibu bersyukur sebab icha adalah anak yang bijak. Dalam usia yang kecil icha mudah faham apa yang cuba ibu sampaikan.. Memang ibu bersyukur. 

Untuk hari jadi Ayang Tahun kedua ini, ibu tak buat big party macam last year. Maaf sayang... ibu pasti ayang akan mengerti dan paham. In Shaa Allah kita akan buat next year. Tapi ibu dah pun sediakan kejutan untuk Ayang..Ibu tak sabar nak bawa ayang ke satu tempat. Ibu yakin anak ibu pasti suka dan seronok di sana nanti. Kita holiday sama2,,,have fun together ;) 

Ibu ucapkan selamat Hari jadi Yang ke 2 Tahun untuk anak ibu yang paling ibu sayang. Semoga Anak ibu jadi anak yang baik dan solehah. Semoga anak ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Ibu doakan agar anak ibu akan berjaya dalam hidup apabila meningkat dewasa. Semoga Allah pinjamkan icha pada ibu hingga akhir hayat ibu. Semoga kita berdua akan sentiasa bersama walau apapun ujian yang mendatang. Terima kasih ayang menjadikan hidup ibu lengkap. Ibu akan sentiasa doakan untuk anak ibu tidak kira saat dan waktu. Ibu sayang Icha sangat...sangat.... muahhhhhhhh! ;)

Ibu edit gambar-gambar ini khas untuk Icha. Gambar dari icha dlm perut ibu hinggalah lahir ke dunia ini :) Ibu dah buat album-album ada yang potret tergantung di dinding. Sekarang icha dah pandai. Bila ibu tanya itu sapa? Icha akan jawab.. "tu cha' hihihi. Ibu sayang icha sangat-sangat... Moga anak ibu juga akan kuat seperti ibu.... amin... :)



icha new Born :)




50 hari :)













10 September 2014 ;) 



   











Saturday, 06 September 2014, BENEFIT COSMETIC



BROW ZINGS - BENEFIT COSMETIC 



Assalamualaikum dan hai semua :) semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah amin... Now yna nak share second product by benefit. Yna dh pun guna pada customer. Alhamdulillah...hasilnya memang terbaik!. Seperti biasa, lokasi yna shopping brg2 cosmetic item nie di Alamanda, Putrajaya.

Tak dapat nak celoteh banyak2 sebab yna sgt2 buzy minggu ini huhu...banyak lagi cosmetic item yang yna beli dan masih yna x sempat nak share.. Mintak maaf ye. :) Ada masa free yna akan share dengan anda semua. So now yna share gambar-gambar Brow Zings  by benefit. Kalau berminat boleh lah anda semua beli di lokasi yang berdekatan dan automatik jadi ahli dengan pembelian melebihi rm200 ke atas. Yana dah pun jadi ahli benefit : Yey!!! 









sebagai rujukan 



RM : 120 
LOKASI  : BENEFIT, ALAMANDA PUTRAJAYA
INGREDIENTS : MINERAL OIL (PARAFFINUM LIQUIDUM), MICROCRYSTALLINE WAX (CERA MICROCRISTALLINA), RICINUS COMMUNIS (CASTOR) SEED OIL, POLYETHYLENE, BEESWAX (CERA ALBA), SIMMONDSIA CHINENSIS (JOJOBA) SEDD OIL, PARAFFIN, PROPYLPARABEN, RETINYL PALMITATE, TOCOPHERYL ACETATE. [+/-: MICA, TITANIUM DIOXIDE (CI 77891), IRON OXIDES (CI 77491,         
CI 77492, CI 77499), CARMINE (CI 75470), BISMUTH OXYCHLORIDE (CI 77163), BLUE 1 LAKE (CI 42090), MANGANESE VIOLET (CI 77742), FERRIC FERROCYANIDE 
(CI 77510), ULTRAMARINES (CI 77007), YELLOW 5 LAKE (CI 19140), RED 7 LAKE 
(CI 15850), RED 30 (CI 73360), RED 6 (CI 15850), YELLOW 6 LAKE (CI 15985) 

MADE IN USA benefitcosmetics.com 





"DO ALL THINGS WITH LOVE"

Friday, 5 September 2014 - MAKEUP BERTUNANG YATIE



MAKEUP  YATIE KUALA KANGSAR, PERAK | 30 OGOS 2014 


Assalamualaikum and hai semua, semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..amin... Last week yna balik kampung. Last Job Bulan Ogos ;) at Perak. Dua customer skali yna makeupkan. 

Waktu Yatie inform yna nk booking makeup untuk tunang, yana dah bagitau dgn die maybe x dpt. Sebabnya yana ada job makeup lain pada tarikh tersebut. Biasanya yna akn fokus pada satu customer je kecuali if jarak masa dan tempat utk customer kedua tu area yang sama or dekat2 je. Yg tu yana akan pertimbangkan :) sebab yna risau x boleh bagi komitmen. 

Nasib baik Yatie bertunang pagi. Sebabnya petang tu yna dah kena standby utk makeup another customer. Yatie awal2 dah wasap yna bgtau yg die baru sihat. Hari tu demam chicken pop klu org kampung ckp demam campak xpun demam pelentung hehe...korg yna x tau la panggil apa ;) Then yna  ckp dgn die dun wory..in sha Allah yna cuba yg terbaik. Alhamdulilah selesai makeup, Yatie sgt puas hati...wlupon makeup agak kalut hihi..sbb ikut Thank you dear kerana sudi menggunakan servis andaman by Liyan Pages. Bagi anda yg berminat untuk menyewa busana ini. Boleh email yana untuk dapatkan detail.






Busana by Liyan Pages : Zara Dress - White + Veil


Berminat??  :) 


Menawarkan Khidmat MakeUp : ♥ Persandingan ♥ Bertandang ♥ Pernikahan ♥ Pertunangan ♥ Majlis Makan Malam (Dinner) ♥ Modelling Photooshoot/Pre Wedding/ Post Wedding ♥ Convocation etc. ♥ Trial MakeUp dan lain2 mjlis berkaitan.