14 JUNE 2015,SUNDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING BERHIAS (MINI PACK)


TEMPAHAN PULUT KUNING BERHIAS PADA 5 JUN 2015 


Salam sayang semua :) khas utk korg yg slalu, rajin review blog yna..mekasih byk ya..yna masih lagi baru dalam berblog ni. Masih banyak lagi yg kena perbaiki. Menaip pon ikut suka hati ja. tapi yna akan pastikan setiap tempahan yang yna terima..yna akan share dalam blog ni... Yna rasa sekarang la yna tumpukan betul-betul apa yg yna inginkan. Apa yg yna minat. Alhamdulilah..ini yg yna cari selama ni. Wlupon meniaga biasa-biasa ja.tidak lah sehebat mana..tapi yna bersyukur dengan setiap rezeki yg Allah berikan. Mekasih banyak juga kepada smua yg sentiasa menyokong yna. Pada kawan-kawan yg banyak bantu. Selalu suggest yna pd kawan2, dri sorang ke sorang makin lama makin bertambah-tambah kenalan yna. Memang seronok berniaga ni. 

Kalau yna tau la..dari dulu lagi yna buat hehehe..cuma x ada keyakinan. Takot klu-klu apa yg yna masak tu x sedap. x boleh diterima..ada masanya yna masak ikut sedap tekak yna ja. masak main campak-campak. Tup-tup jadi jugak hehe. Untuk tempahan pulut kuning berhias (mini pack) ni pon yna saja cuba-cuba. Sebab sebelum ni hanya buat pulut kuning untuk majlis hari jadi/kahwin. And now, drpd tempahan pertama, kedua dan ketiga..makin bertambah tempahan yg diterima...alhamdulillah ;) 


Kali ni, tempahan daripada customer yna lain sikit. Dia nak extra hiasan (daun salad). So yna buat mcm yg dia mintak hehe. Sebenarnya mmg yna akan ikut kehendak customer. Klu korang nak buh cherry, daun saderi..x kisah la apa pon asalkan yg sesuai kan. mmg yna akan buat...janji bukan pelik-pelik :p


tempahan pulut kuning : 
telur goreng + telur puyuh + tomato cherry + daun salad = 
RM3.50 satu pack (minimum order 20pack) 



ni gambar pulut kuning sebelum dihias ;) yna akan lapik dengan daun pisang utk setiap bekas (tips untuk elakkan pulut kuning cepat basi jangan campurkan hiasan bersama) 


 






dah siap semua, yna tutupkan dengan penutup bulat ni. nampak comel kan :)  siap dengan sempurna tempahan customer yna kali ni...i'm so happy yey!! ^_^



saja yna printscreen kasi besaq bagi semua baca hehehe...mekasih byk dear ifti coz share kat ig tempahan pulut kuning nie. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. dan kehidupan kita juga sentiasa diberkati Allah..amin....klu korang berminat nak tempah boleh pm yna di fanpages/fb atau di ig yna. nak mudah dan cepat...boleh terus wsp yna ya. Mekasih semua..smoga kita berjumpa lagi di lain entry..salam sayang drpd yna a.k.a liyan!


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 































































11 June 2015, THURSDAY : MAKEUP BERTUNANG


MAKEUP TUNANG INA
TMN GEMBIRA JLN KUCHAI LAMA, 6 JUN 2015

Salam sayang semua : ) kali ini yna nak share entry makeup job pada 6 Jun 2015 (Sabtu). Alhamdulilah yna sampai umah customer tepat pada waktunya. Memang biasanya yna akan keluar awal daripada rumah. Bukan apa yna takot klu2 ada masalah sepanjang perjalanan ke rumah customer.Untuk pastikan semuanya teratur dan terancang, yna akan tanya detail tarikh, waktu/masa majlis tersebut akan diadakan. So, dengan cara tu, yna dapat bajet masa perjalanan dan masa utk makeupkan customer :)

before and after by yna :)




maaf! cik andam over plak hahaha ;) 

Selfie sebakul! :)

Terima kasih byk kpd Ina dan sekeluarga kerana memilih yna as MUA, Mekasih jugak wsp kan gambar-gambar ni pd yna. Entah kenapa camera problem hari tu huhu. Nasib baik la ada Syura, sepupu Ina tolong amik gambar-gambar ni. Thanks sayangggg hehehe...Selamat menjadi tunangan si dia, semoga dipermudahkan segala urusan untuk next step ;) dan semoga berjumpa lagi. 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"

7 JUNE 2015, SUNDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING (MINI PACK)


TEMPAHAN 
PULUT KUNING BERHIAS (MINI PACK)


Assalammualaikum, hai semua :) entry kali ni yna nak share tempahan pulut kuning untuk dear customer yna last week. Alhamdulilah sempurna disiapkan seperti yang diminta. Puan Haliza order pulut kuning berhias. 


Pulut berhias : Telur Puyuh + Tomato Cherry + Telur Goreng 



Pulut kuning 1kg/30 pack 
  
Untuk tempahan pulut kuning juga adalah bergantung kpd permintaan customer yna. Hiasan dan deco-deco juga boleh maklumkan kpd yna. Yna juga terima tempahan Pulut Kuning kosong tanpa hiasan :) 


Untuk tempahan kali ni yana buat mini pack seperti permintaan customer. Pack comel-comel camni sesuai sebagai doorgift kepada tetamu. Tempahan untuk mini pack minimum 20pcs ke atas. 


Yana lapik dengan daun pisang supaya telur +  tomato cherry x bercampur dgn Pulut Kuning tu. lagipun yna sukakan bau daun pisang ni.. x tau nak ckp cmna..tapi bau daun pisang memang best hehehe :) 



Dah siap semua pulut kuning ni, yna masukkan dalam 2 box. Satu box ada 15pcs. Susun kemas-kemas then macam biasa wajib ada business card liyan then yna ikat reben supaya nampak comel hihihi :) 



Untuk tempahan pulut kuning uolss boleh pm yna di Fanpages Liyan Pages atau wsp yna 013 - 3854 724. Harga bergantung kepada design/deco pilihan masing-masing. Free delivery bagi sekitar Putrajaya. Uolss yg luar kawasan putrajaya kena ambil sendiri (no delivery). Akhir kata, terima kasih banyak kepada Puan Haliza kerana sudi tempah pulut kuning daripada yna. Mekasih promote kt kwn2 hehe..lain kali boleh tempah lagi ya..Okey semua..semoga kita berjumpa lagi di lain entry.... :)



"DO ALL THINGS WITH LOVE"