31 DISEMBER 2015, THURSDAY : NAK BUAT MAJLIS HARI JADI DI PUTRAJAYA!!!



Dua bulan dah berlalu, dari sehari ke sehari yna nak share, tapi ada je hal yang terpaksa didahulukan. Minta maaf pada kawan-kawan yang pm (fb) tanya bagaimana prosedur untuk buat Birthday Party kat Taman Putrajaya ni. Hari ni baru ada kesempatan tu. Harap maklumat yang yna berikan ni dapat membantu korang ya. :) 


Nampak? hehehe..tapi ejaan nama abah yna silap tu erk.. xpe la..saya maafkan (: keratan ni dorang tampal di setiap ruang Wakaf. Atas meja, atas bangku, tepi tiang hehe..ada 4 keratan kalau x silap yna hari tu dorg tampal... Tujuannya supaya x ada orang lain yg berada di kawasan tersebut. No entry khas untuk penyewa sahaja :) 

Sebelum tu, yna dah pun share dalam dua entry yang lalu. Tips2 untuk mengadakan Majlis Hari Jadi dan Gambar-gambar sepanjang Majlis Hari Jadi Icha. Korang boleh klik link ni ya :) 



LINK 2 : BIRTHDAY ICHA

Yna pon sebenarnya x tau yg kita kena dapatkan Surat kebenaran daripada pihak berkenaan. Ingatkan boleh main redah je hihi..Mujurlah tergerak hati nak review dalam internet. So yna ada terbaca beberapa entry blog yang bagitau kena ada kebenaran bertulis daripada Perbadanan Putrajaya kalau nak buat majlis macam tu kat sini. Then, yna cuba hubungi Perbadanan Putrajaya dan mereka maklumkan yna kena hubungi Pengurusan Taman Wetland sendiri. Difahamkan Taman Wetland di bawah Pengurusan Marina Sdn Bhd. Adooiii banyaknya prosedur hehehe..tapi xpe..nak seribu daya kan!.



Yna pilih lokasi Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland!. Kenapa pilih situ?? sebab dah biasa bawak Icha area situ. So xde la rasa susah sangat. Lagipon dekat dengan area Rumah Yna. Jadi senang la kan. Xde masalah tersesat jalan ke apa hahaha... 



Gambar ni yna ambil untuk serahkan kepada Event Planner sebab dorang nak tentukan decoration for party. Ada tiga Wakaf di Taman Wetland ni. Yna pilih Wakaf no 2. Selain lokasinya yang menarik, strategi menghadap ke Tasik, wakaf ni juga berdekatan dengan Parking kereta. So mudahlah bagi tetamu-tetamu yang hadir. X ada la kena jalan jauh sgt kan. Kalau korang dtg sini, time ramai orang mmg kena parking kereta di atas-atas bukit sebab parkingnya x banyak. Tengok gambar kat bawah ni.  


Okey berbalik kepada prosedur untuk tempahan. Bila dah call Pihak Marina, dorang akan explained detail pada kita. Untuk sewa tapak/tempat dikira sehari mengikut jam.. Cas yang dikenakan jugak berpatutan... Rm100 untuk setengah hari dan Rm200 untuk satu hari. Pihak Marina Sdn Bhd akan emailkan kita quotation dan ada form yang perlu kita isikan. Ni yna bagi korang gambar untuk rujukan ya :) 


Maaf form yang disertakan yna x dpt letak kat sini atas sebab PRIVACY tapi yna share email yang berkaitan untuk makluman ya :) Bila dah isi semua form, dah buat bayaran, korang emailkan semula kpd Marina Sdn Bhd. Then, sehari lepas tu korang boleh follow up..tapi dorg ni cepat. Yna terus dapat confirmation hari yang sama. Bayaran boleh dilakukan secara online atau korang boleh pergi ke Pejabat. Nak mudah, cepat, jimat masa..korang online je. Detail maklumat akaun smua dorang akan email kat kita. 


Bila dah settle booking tempat, baru la rasa lega. So boleh la bernafas dengan tenang hihihi..Then korang boleh teruskan dengan persiapan yang lain-lain. Apa pun perancangan kita, Perancangan Allah adalah yang terbaik. So keep smiling kalau ada kesilapan masa majlis tu...x mengikut kehendak yang korang nak..sebab x ada yang sempurna kan (:  

Yna tinggalkan maklumat Marina Sdn Bhd Putrajaya untuk memudahkan korang berhubung dengan mereka : 

Marina Sdn Bhd Putrajaya
Adress : Jeti Putra, Jambatan Putra 
Presint 1, 62000 Putrajaya
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com
Phone : (603) 8888 5539 
Fax : (603) 8888 3769 

Alhamdulilah, selesai entry untuk tahun ni.. Entry yang tertangguh akan yana bawa ke tahun hadapan huhu...x dapat nak ikot SOP yang diri sendiri tetapkan hahaha...tahun depan sila cuba lagi!! :p Semoga apa yang yna kongsikan, dapat kita manfaatkan bersama. Sekiranya ada kesilapan, terkasar bahasa harap korang maafkan ya. Kepada semua customer Liyan Pages, terima kasih kerana sudi berurusan dengan yna.. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum :) 





"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


22 DISEMBER 2015, TUESDAY : NASI AYAM ITALEES BANGI



"Bersyukur sepanjang waktu, pagi, petang, siang dan malam, malah pada waktu senang mahupun susah. Usah berterusan mengeluh dengan kesusahan dan dugaan dihadapi kerana ia ada hikmahnya buat kita semua. Begitu juga, apabila dilimpahkan kesenangan, jangan sesekali lupa diri, tetapi berwaspadalah..."

In sya Allah...akan sentiasa tersemat dalam hati. Sentiasa bersyukur.. ingat apa yang berlaku adalah ketentuan. Allah dah rancangkan yang terbaik untuk kita. Dan jangan sesekali menyalahkan takdir. Terus bangkit, dan melangkah..sehingga ke nafas yang terakhir.. keep smiling :) 

Entry khas "FOOD LOVER" ni yna create untuk share makanan yg sedap2 hehe..mana tau kalau korang pon berminat, boleh la pegi merasa kan. Kalau yg follow instagram yna.. boleh hashtag #kalauxsedapxshare hihihi..sengaja buat hashtag tu..senang nak tau sedap ke idok :p 


Kali ni yna makan nasi Ayam di Restoran Italees.. Sebenarnya, restoran ni lama dah beroperasi tapi yna yang x tahu kemunculannya hehe.. Kebetulan masa tu yna pergi ke Butik Manjaku  Bangi. Restoran ni area Bangi Sentral, bersebelahan dengan kedai Dim Sum (Muslim).  Sederet juga dengan Jovian Mandagie.. kalau korang x jumpa jugak guna la waze..taip je nama restoran ni, senang je x susah kan hehe.. :) 


Yna pergi dengan kawan2 opis hari tu. Waktu lunch hour...kitorang order Set Nasi Ayam Roaster dengan Set Nasi Ayam Steam. Nampak menarik...tunggu ada lagi..nasi mana nasi??? hahahaha... lapa dah ni..dari pagi x makan, minum milo je...aishhh x sabar dah hehehe...


taraaaa penuh meja hehe..makan bertiga je... nampak menarik x??? Nasi Ayam Set ni ala-ala Chicken Rice Shop! Ada Tauge, Sup Kosong, Sos cili. Nampak sama kan?? 


Deco makanan ni pon lebih kurang Chicken Rice Shop, ada timun salad lengkap! Yna suka sos cili dia sebab pedas2 manis..nak bagitau ni hehehe, pstttt sedap lagi daripada Chicken Rice Shop tau hahaha...harga pon MURAH!. Lepas ni boleh la bawak dak zara datang sini. Sebab dia pantang nampak Chicken Rice Shop tu haaaa confirm nak! 


Set Nasi Ayam Roasted + Tauge + Sup Ayam 

memang sedap! korang kalau x rasa lagi, pergi la cuba..x rugi! Trust me!!!! sebab yna mengaku yna seorang yg cerewet bab makan ni hahaha..kalau x sedap sumpah aku x datang lagi kedai tu..dapat plak harga berdentum2..erkkk mmg confirm awal dan terakhir jejak kaki hahaha.... :p tapi hat ni memang puas hati sangat2. 




Sup kosong dia pon ada rasa..sebabnya ada sesetengah kedai tu supnya Ya Allah cair ya amat...macam air masak je, nak hirup2 cairrr...frust! Tapi yang ni memang sedap. Kena dengan tekak Yna. Lagipun yna x sihat flu hari tu..so makan sup kosong panas2 curah atas nasi..ermm nikmatnya, sambil pejam mata hahaha :) 



Dekorasi kedai ni pon nampak kemas...cuma kedainya dah lama..so dekorasi nya pon agak lama..maybe boleh hiaskan bagi nampak menarik lagi..sorry just pendapat daripada juri x bertauliah hihihi..



alhamdulilah..kenyangggg syukur! Makan sampai licin hahaha...nampak betuil laparnya hahaha...sory belanja korang gambar ja ya. 



thanks Ida, Kak Ku keluar dengan yna :) gambar yna mana?? x dak!  belanja gambar depa je hihihi




Kemas kan? so far tengok kebersihan kedai ni pon okey. So x ada la rasa was2 nak makan kan.. 


kat meja ni la extra Sos untuk Nasi ayam tadi.. Korang boleh amik je kat sini. Oh ya... selain set nasi ayam..menu2 kat sini mcm kedai yang lain-lain jugak. Ada masakan panas, goreng2 dan juga western food. Maybe next time yna nak cuba western food dia plak.. mana tau sedap..boleh share lagi kat korang kan? :) 


Kebetulan yna pergi tu x ada orang..sebab waktu orang sembahyang Jumaat. Jadi dekat kedai tu mmg kami2 je.. x de la segan sangat nak amik gambar hahaha..abis semua cerukk yna amik :p hihihi...



Okey sebelum balik sempat lagi snap gambar betul2 pintu pintu masuk kedai. Korang boleh usya2 menu yang ada. Yna rasa sampai sini je entry kali ni..next kita share lagi makanan2 yg sedap. Review je dalam entry food lover k! Ingat.... #kalauxsedapxshare hihihi... Assalamualaikum... bye2! :) 



"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


17 DISEMBER 2015, THURSDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING BERTINGKAT


TEMPAHAN PULUT KUNING 
& RENDANG DAGING HITAM


Tempahan lagi..alhamdulilah...kali ni yna kongsikan tempahan daripada dear azida khas untuk sambutan hari jadi di pejabat. Mekasih sayang..sudi tempah dengan yna. Yna share gambar untuk tatapan semua ya (: 





Icha panggil Burung tu Olaf hehehe... 
Olaf pon Olaf la yunkkkk!!! : ) #frozen


Dari sisi belakang :) 


Azida tempah pulut kuning 2 tingkat (2 kilo) dan 
juga Rendang Daging Hitam (sekilo) 


close up! khas untuk tatapan semua :) 


Untuk hiasan, selain telur ayam, telur puyuh yna gunakan tomato, carrot dan digubah menjadi bunga :) 



Untuk makluman, Pulut kuning ni bukan khas bentuk bulat je.. korang boleh request samada nak bentuk petak, love, bulat dan lain-lain.. Insya Allah Yna akn cuba berikan yg terbaik.. ada customer yna sebelum ni nak bentuk Bulan Sabit... yna buat kan hehehe.. nie link dia kalau korng nak tengok :) ----->>>> PULUT KUNING BENTUK BULAN SABIT



dari sisi belakang, atas dan close up! 

Dah tangkap elok2, siap delivery kat customer..erkkk yna lupa nak tangkap gambar rendang daging hitamnya hehehe...mintak maaf ya, mmg x teringat langsung hihi..sakan ambil gambar pulut je..sampai terlupa...xpe nanti yna share dlm entry lain ek. Okey semua, semoga berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum.. bye :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


13 DISEMBER 2015, SUNDAY : LAKE VALLEY, BANDAR TUN HUSSEIN ONN, IKAN BESAR!!!



SEPETANG BERIADAH DI LAKE VALLEY, 
BANDAR TUN HUSSEIN ONN 


Kisah awal november hari tu.. x ingat dah berapa hb. baru nak updated..kalau boleh yna nak settlekan semua entry yg ada this year.. x nak bawak tahun depan! sahut cabaran...yey!! erkkk sempat ke ni. berderet gambar nak upload ni...So next time jangan malas-malas upated blog ya yna! Igt SOP yg ko buat tu :p "baiklah" T_ T





my little bam bam with her cousin! dorang ni nama pon lebih kurang sama.. Zara Nur Alisha, Nur Irdina Anisya :)  muka pon lebih kurang je hehe.. ada jugak yg cakap macam kembar. biasalah dah keturunan..harusslah sama rupanya kan2.. korang x sama?? erkk no komen hihihi. dorang berdua ni pon lahir sama Tahun cuma beza 3 bulan je dgn Dak Zara. Tengoklah tu sampai2 je terus nak main benda alah ni. Zaman kita dulu abisss lah sabun basuh kain mak buat main belon..penuh la rumah dgn air hahaha...skrg smua ada sediakan duit ja. (: 





kakak dengan abang ipar yana pon ada sama.. Sebenarnya x rancang pon nak datang ke sini. Kebetulan yna datang ke rumah kakak kat area sana..Then abg ipar ajak tengok ikan besar kat sini!! Memang besarrrr pon hehehe...kita layan la bebudak ni main belon dulu...  



tu dalam tasik tu penuh ikan tau..ikan keli dia besaq!


jom bagi ikan makan..before tu meh bgambor dulu :) 


peace :) 


tutup sikit mulut tu cik ikan hehehe..luas sgt tu :)


besar kan?? ni kalau goreng pon x lalu nak makan hahaha..geli! :p


 


budak ni pantang nampak kamera hahaha 



baru ada gambar kita hihi..asyik dorang je bgambar! 
tu pon dak kecik ni aishhhh interframe (:


makan banyak2 ya..nanti tuan puteri datang lagi hahahaha....



mata empat, yg tengah tu pon sama! :p


sementara depa bagi ikan makan,,kita plak amik alih hahaha


okey jakun sekejap..jap je hahaha 



okey dah jom balik anak-anak hahaha... 

So kesimpulannya, Yna rasa tempat ni mmg sesuai la klu uolss nak riadah, jogging, bawak anak2 bermain..sambil-sambil tu bagi ikan makan.. Kat sekitar kawasan ni jugak ada gerai-gerai tau. Kira dah penat-penat main tu boleh la beli air keropok ke kan.. Kedai makan pon dekat. Kalau korang ada review link ni RISYA STEAK HOUSE yna pernah share masa yna makan kat sini, sedap jugak. Lagi satu, waktu petang-petang mmg ramai la manusia kat sini..meriah! Ok smoga berjumpa lagi di lain entry dan tq so much sudi review blog yna.. Assalamualaikum. 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"