27 JANUARY 2016, WEDNESDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING DAN RENDANG DAGING HITAM



TEMPAHAN SET PULUT KUNING 
26 January 2016 


Assalamualaikum semua :) 5 hari dah x skodeng blog...terlepas daripada cabaran yg ditetapkan huhu.. T_T untuk awal January ni mmg yna sibuk sangat. Banyak urusan masih belum selesai. Sekarang tengah mencari Model Rasmi untuk LiyanHijab. Nak tahu detail korang boleh review dalam Instagram @liyanhijab ya. 

Nah yna share dengan korang tempahan daripada customer, 26hb Jan, semalam. Customer tempah Set Pulut Kuning dgn Rendang Daging Hitam (40 Pack). 



Ni je gambar yang sempat yna ambil. Customer ambil awal dalam pukul 7.00 pagi. So yna sibuk menyiapkan semua tempahan ni. X sempat nak ambil gambar cantik2 hehe..



Semua Set Pulut Kuning siap dengan Sudu 


Sekiranya berminat, nak buat tempahan atau ada sebarang pertanyaan korang boleh terus wsp yna. Tempahan dibuka untuk sebarang majlis. Sebelum yna akhiri entry ni, yna ucapkan terima kasih banyak kepada Puan Ina kerana sudi tempah Pulut Kuning yna. Semoga Allah murahkan rezeki puan sekeluarga. Okey korang, jumpa lagi ya Assalamualaikum :)


"DO ALL THINGS WITH LOVE"



21 JANUARY 2016, THURSDAY : ZOOMMOOV DI IoI CITY MALL PUTRAJAYA



 Dulu Alamanda, sekarang Ioi City Mall..itu je la tempat yang selalu kena terjah pon sebab paling dekat dan senang. Malas nak merayap jauh-jauh situ je la tempat membeli dan belah!. Jarak pon sekangkang kera ja dari rumah..hahaha..kalau Alamanda tu berlari pon dah sampai :p tapi ke Ioi City Mall x sanggup mak cik nak berlari ke sana..mintak nyawa!!


Gambar ni dah setahun, 23 Nov 2014 cewahhh siap date lagi :) masa mula-mula IoI City Mall Putrajaya dibuka! Kira mencemar duli la time ni hahaha..

Ok nie pic last year Bulan November 2015, date x ingat..Sebenarnya  pagi tu yna ada makeup customer, settle makeup bawak la dak kecik ni kat sini, makan, pusing-pusing sekejap. sekejap ke :p


gigi arnab! :p


tempat wajib masuk hehe..kalau x membeli pon, cuci mata je lahhh tengok stok baru sampai! 

x tau pon kewujudannya! x prasan sebelum ni ada.
nama dia ZoomMoov..ala - ala mini Zoo la utk bebudak.. 
icha dah x sabo nak naik.. 


Kalau korang nak tau mak bapak pon boleh naik sama tau. Yna?? iyeeee harusslah aku cuba hahaha..selamba je tunggang benda alah ni.buat muka seposen! gambar noooooo!!!! hahahaha :p



kemain sukaaa kan :) macam-macam binatang ada. 
ini yang dia pilih hahaha.. nak MONKEY!


Round la area situ, nak jauh-jauh topup la token tu bebanyak.. baby haylie tu x pernah tinggal! terselittt elok je kat dia.. :)


Next gajah plak...eksen time ni dah tau bawak sendiri, 
disuruhnya kita turun hehehe..



elehhhh malu la tu hehehe.. panda plak dah! 3 rides dia pulun..tu pon nak lagi, ibu malas dah nak layan hahaha..


intan payung!!! 


Last before balik, bergambar sekejap dgn panda, 
bye2 panda :) 


nasib baik dia x kata, bawak balik buu..kalau tak T_T


cute la..rabbit ni..tengokkan harganya..erm x apa la..baik bela rabbit betul2 hahaha..

Yna rasa kalau korang nak bawak anak-anak main kat sini mmg sesuai la. Zoommoov ni dekat dgn Daiso. Memang korg akan nampak banyak haiwan tunggangan yg ada area situ, dan jgn terkejut kalau yg tunggang tu smua bapak2 dan mak2 hahaha..Jgn risau, haiwan-haiwan ni boleh menanggung beban lebih daripada 100 kg tau! Yna pon awal-awal x yakin. Iye ke..tapi bila kita dah tunggang "Aah betulah la..seronok tau! 

Hujung minggu nanti boleh la korg bawak anak2 ke sini kan? Ni yna bagi detail price, tapi this year yna x sure samada harga masih sama or tak. Okey,  semoga jumpa lagi di lain entry assalamualaikum. :)

Harga : 

1 Ride Rm10 (1 Token)
3 Ride Rm (3 Token)

** Satu token dalam 5 minit 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"

20 JANUARY 2016, WEDNESDAY : NAIK KERETA KUDA DI PUTRAJAYA!




Golap gelita gambar ni. nampak kaki icha je hehe.. gambar ni dirakam last year bulan September. Omakkk aihhh lamanya hehe.. baru nak share dalam blog! Biasalah kan :) Lepas makan kat Alamanda, bawak dia pusing-pusing malam tu. Dah nak masuk 7 tahun menetap kat sini. Ini lah first time naik kereta kuda haha..itupon sebab dak kecik ni nak sangat..layankan je sebab birthday girl time tu kan :) 



Ni adik yna, depa baru kahwin. Kebetulan datang rumah yna so bawak la pengantin baru ni pusing-pusing kat sini. Icha pon suka sangatlah acu dgn pakcu dia dtg. Manja sangat! 


berapa kali sambut birthday icha ni, bukan hari tu dah buat ke?? hari jadi dia setiap bulan hehehe.. ;) 


Kami lepak2 sambil makan kat luar, sebab rasa lebih santai, sambil menghirup udara malam..cewahh..sekali sekala xpe kan. Lagipon icha suka tengok air pancut tu, dgn lampu-lampu ha..memang suka la dia. Alhamdulilah dapat makan dengan aman hihihi.. :)


nampak!! mengada sangat dengan Pak Chu dia. 


masuk dalam bowl tu la cha! hihihi 


Benda alah ni wajib dia nak main..korek tabung cari duit syiling hihihi.. Lepas makan, pusing2 sekejap dlm alamnda tu kitorang lepak jap kat Dataran Putrajaya (Masjid Putrajaya) 


omeiii ;)



Sebenarnya masa kitorang nak naik kereta kuda ni, memang dah last trip. Nasib baik la sempat. Dorg bawak pusing satu round area situ. Lepas dah naik snap la gambar. Icha la senyummm sampai ke telinga... balik-balik rumah dia mintak belikan Kuda! T_T erkkkk rasa nak pitam, hahaha...






Selesai sudah cerita kuda! hihi.. tapi sebelum korang tanya harga brapa utk 1 round (trip) tu yna betul-betul x ingat. Tapi harganya berpatutan. harga ikot kepala. Kanak-kanak pon kena cas jugak. x silap Dewasa Rm10, kanak-kanak Rm5. Pusing area kawasan dataran tu adalah dalam 15 - 20 minit. Kalau tanya yana biasa-biasa je lah..bebudak la kot excited.. x best sebab tutup hidung x tahan bau kuda tu hahahaha... yg icha selamba je..sengihhhhh :p ok jumpa lagi di lain entry. Nanti yna share apa lg yang menarik kat Putrajaya ni ya. Assalamualaikum :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"


19 JANUARY 2016, TUESDAY : SAMBAL PETAI JAWA!!




Kenal ke apa benda ni?? korang pernah makan?? sedap tau.. masakan kampung..confirm bertambah-tambah nasi dan bertambah2 jugak penimbang hihihi.nak resepi?? Kejap!


nampak macam kuaci kan?? bila kita keluarkan ni la hasilnya. rasanya lemak-lemak. x pahit. Biasanya benda ni kita masak sambal tumis dengan udang atau ikan bilis. 



Kalau dekat Putrajaya ni banyak je kat tepi-tepi jalan.. erm tapi segan nak amik huhu..silap2 hb orang ingat kita mencuri plak. Benda ni tumbuh liar bukan ditanam..Tapi benda ni bukan yna kutip kat sini hahaha...Ni khas daripada Perak.. Abah yna yang carikan... dsebabkan anak manja dia dah teringinnnn sesangatttt.. Asyik sebut je.. nasib baik la ada... terima kasih Abah!! ;) 


Ada kawan yna cakap nama dia Petai belalang tapi orang kampung yna panggil Petai Jawa. erm.x tau la kenapa hehe..jangan tanya plak. Tapi nama petai belalang tu maybe sebab nampak macam mata belalang tu kot hehe.. x tau, x kisah nama janji sedap hehe :)


Sambal tumis ikan bilisss...ermmm berselera kami makan.. Kami ke ko yna hahahaha.. Ya Allah sedapnya.. ruginya kalau depa kata x sedap, x suka. Masakan kampung ni la yg best tau.. sungguhpun yna suka western, tapi x bermakna yna x makan masakan kampung. Lahir pon kat kampung, makan ubi kayu rebus cicah dgn sambal tumis, pucuk ubi rebus cicah sambal belacan, ikan rebus goreng..Ya Allah mmg terliur la. :) 


Sambal tumis ni rasanya x pedas sgt, sesedap rasa :) Yna x makan pedas, so kalau korang kuat makan pedas kena extra kan cili kering dalam masakan tu nanti ya. Biar berapi mulut korang hahaha :p Okey nah resepinya :

RESEPI SAMBAL PETAI JAWA!

Bahan - Bahan 
  • 1 mangkuk Petai Jawa 
  • Setengah mangkuk Ikan Bilis (Direndam dgn air, x perlu goreng, basuh dan toskan) 
  • Cili Kering (10 - 20 Tangkai. Buang biji, rebus atau rendamkan dengan air panas. Kisar) 
  • Bawang Merah (Potong Bulat)
  • Garam secukup rasa (Yna guna maggie cukup rasa)
  • Gula (Agak-agak je) 
  • Sedikit Sos Cili
  • 1 Keping asam / air asam jawa
  • 1 ketul Bunga lawang 

Bahan Kisar 
  • 2 atau 3 Biji Bawang Merah (Besar) 
  • 2 Ulas bawang Putih 
  • Sedikit Belacan 

Bahan - bahan Lain / Hiasan  
  • Tomato
  • Cili Merah 

CARA - CARA 
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar dan bunga lawang sampai naik bau. Masukkan Cili Kisar dan tumis dengan api yang perlahan. 
2. Tumiskan sambal tadi sampai pecah/naik minyak. Lepas tu masukkan sedikit sos cili, gula, serbuk perasa/garam dan air asam jawa. 
3. Tumiskan lagi. Kalau nampak kering tambahkan sedikit air. 
4. Masukkan bawang besar, tomato dan cili. 
5. Kemudian masukkan ikan bilis yang direndam tadi dan juga petai jawa. 
6. Masakkan lagi sampai sambal agak pekat dan naik minyak. 
7. Bila petai jawa tu dah bertukar warna kuning kekuningan, korang boleh tutup api. 
8. Sedia dihidangkan :) 


** Tips : Yna lebih suka rendamkan ikan bilis dengan air dan tak goreng ikan bilis tu. Rasanya lebih sedap. Tapi kena gunakan ikan bilis yang berkualiti. Ada sesetengah ikan bilis ni keras dan liat. Yang tu mmg x menepati citarasa huhu.. so kena pandai pilih. 


Mudah sangat resepinya kan. Resepi ni kalau korang nak buat untuk masak sambal udang, sambal ikan bilis or sambal sotong pon boleh. Tambah la apa - apa yg korang rasa sesuai. Janji sodap! :)


Satu lagi tips, nak sambal tu sedap dan pekat..kena betul2 masakkan sambal tu..mmg amik masa yang lama utk hasilkan sambal Okey sampai sini je, kita ketemu lagi di lain entry. Selamat mencuba resepi campak2..berani cubalah ek hehe ;)  Assalamualaikum. K bai! 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"

18 JANUARY 2016, MONDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING BERHIAS



TEMPAHAN PULUT KUNING 
MAJLIS PERNIKAHAN, 17 JAN 2016 



Tempahan Pulut Kuning dengan Serunding Daging 
khas untuk Pengantin :) 



Tempahan Pulut Kuning Bertingkat :)




Pulut Kuning 2 Tingkat daripada Liyan Pages :) 



Pulut Kuning - Bahagian Atas (Pertama) 








Pulut Kuning Bahagian Bawah (Kedua) 




Tempahan Yang siap dimasukkan ke dalam box :)


Alhamdulilah, tempahan Pulut Kuning ni ditempah oleh Pn. Azida untuk Majlis Pernikahan adik iparnya. Mekasih Pn. Azida sudi tempah dengan yna. Dah dua kali dia tempah dengan yna tau. Sedap sangat katanya hehe.. Thanks puan..Semoga Allah murahkan rezeki puan juga ya ;) Korang nak tempah?? Boleh terus pm (FB) or wsp yna ek.. Semua tempahan mengikut pilihan customer. In syaa Allah yna akan cuba buat yg terbaik utk korang! Ok sampai sini je entry hari ni, semoga jumpa lagi di lain entry, mekasih sudi review blog yna. Assalamualaikum... :) 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"