26 APRIL 2016, TUESDAY : SERUM MAWAR ZEETA LUAR BIASA!



Assalamualaikum semua. Jangan rasa pelik selang sehari yna updated blog. Itu maknanya yna terlebih rajin hehe.. mood menaip pun tengah ada ni. So layankan je tau. Entry kali ni yna nak share dengan korang mengenai satu Serum yang luar biasa! Memang sangat-sangat istimewa. In syaa Allah korang akan suka dan jatuh cinta dengan Serum ini!


Okey meh la yna cerita kat korang latar belakang mengenai Serum ini. Utk makluman semua, serum mawar dikeluarkan oleh Richnine Resources dan Pengasasnya adalah Puan Zaiti Noordin. Kalau korang nak tahu serum mawar ini diperbuat hanya berasaskan bunga mawar melalui proses penyulingan dimana patinya dijadikan sebagai Serum. 


Apa yang buat yna tertarik untuk mencuba produk ni kerana produk ni bebas daripada Bahan Kimia dan Alkohol. 100 % bahan semulajadi tau. Itu yg buat yna tertarik. Sekarang dah sebulan yana gunakan Serum Mawar ni. Yna sangat2 puas hati. Bila kawan-kawan dah mula tegur, perasan dengan perubahan diri yna..dorang pon tanya yna guna apa. Jadi apa lagi terus ambil peluang. Peluang apa? Peluang untuk sertai menjadi agent produk ini. Yna berharap sgt dapat bantu kawan2 yg mempunyai masalah. Nak kita sama-sama muda hihihi. Memang sekarang ni lebih bersemangat. Yna mesti suggest pada kawan2. Sebab penggunaan serum ni sgt simple. Pstt...pstttt.. dah cukup! Memang senang gila la! Tak ada lagi istilah malas-malas. awak nak cantik ke idoookkk!!  hehehe... 


Fefeling duta produk kejap hahaha..Percubaan pertama yna upload gambor kat FB/Instagram..fuhhhh dengan gambar ni yna berjaya jual lebih 20 botol dalam masa satu hari je. Jangan muntah ijo ya..ni kenyataan hehehe... memang rasa seronok la sbb dapat sambutan. Habis semua kat kawan2 yna promote termasuk adik beradik yna juga. Depa pon pakat order sorang satu. Benda baik haruslah kita share kan?


Gambar ni diambil masa yna ambik stok Serum Mawar kat Hq. Pertama kali masuk ke pejabat Hq. Ya Allah rasa tenang jiwa..sebab aroma bunga mawar tu memang menusuk kalbu tau. Harumm sangat... x tipu. Tu belum korang cuba spray Serum ni lagi..erm... Sumpah korang akan jatuh cinta!




Semua Stok ni ada yang yna poskan dan ada juga yang ambil by hand.. Yna pon x sangka dapat sambutan macam ni.Terima kasih lah kat semua.Alhamdulilah Syukur sangat :) 


Kelebihan Serum Mawar Zeeta??

✔Mengecilkan liang pori wajah
✔Menghalus dan melicinkn wajah

✔Gebu dan anjalkan kulit wajah

✔Awet muda
✔Anti stress 
✔Terapi minda
✔Menghilangkan mengantuk 
✔Melegakan selesema dan resdung 
✔Membuat solekan tahan lebih lama

✔ Bebas bahan kimia dan 100 % bahan semulajadi

Penggunaan Serum? 

✔Boleh dipakai selepas mandi
✔Sebelum dan selepas bersolek 
✔Boleh dipakai bila-bila masa


Dah baca? Nampak x kenapa yna teruja sangat nak share dengan korang semua pasal produk ni. Yang buat yna bertambah suka Serum Mawar ni sebab ianya HALAL dan telah mendapat pengiktirafan daripada Islamic Spa Practice (ISP). Jadi kita sebagai pengguna tak akan rasa was-was nak pakai apatah lagi ketika solat. Sekurang-kurang kita juga boleh support produk negara kita sendiri. Betul tak? 


Harga Serum Mawar ni juga sangat berpatutan. 

30 (ml) RM10
70(ml) RM20 



Kalau korang berminat nak order bolehlah roger-roger yna ek. Boleh whatsapp yna terus 013 - 3854 724. Kalau nak tengok testimoni atau lain-lain boleh review dalam Fb/instagram yna tau. Semua yna share kat sana. 




Dengan penggunaan serum mawar secara berterusan korg akan rasai perubahan pada kulit wajah. Kulit yang dulunya kusam akan menjadi lebih berseri, kelihatan segar dan x lagi kering. Ni apa yg yna alami tau. Yna akan terus setia dengan Serum Mawar Zeeta. So kalau korang berminat, nak apa2 info mengenai produk ini terus contact yna ya. Nanti yna akan share lagi kelebihan yang ada. Ok, sampai sini je. Next time kita jumpa lagi. Terima kasih semua yang sudi review blog yna. Ingat... psttt.psttttt Serum Mawar...pejam mata..korang akan rasa best sangat-sangat. dan rasai sendiri perubahannya! :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

25 APRIL 2016, MONDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM



Assalamualaikum semua, yna nak share tempahan Pulut Kuning dengan Rendang Ayam last week (17 April 2016) Maaf baru dapat share dalam blog. :)


Tempahan Pulut Kuning & Rendang Ayam (Setengah ekor). Customer yna nak deco bunga-bunga, sweet2..simple deco (klasik + moden). Jadi yna buat special deco macam yang dia nak. 


Untuk setiap tempahan pulut kuning, yna akan tanya customer dari segi konsep hiasan atau tema untuk pulut kuning tersebut. Yna tak hadkan kepada satu-satu design. Setiap hiasan pulut kuning yna juga berubah-ubah mengikut kehendak customer. Yang pasti yna akan buat yang terbaik untuk uolss.


Bunga - bunga ni diperbuat daripada Carrot :) 


Yana belum letakkan word HAPPY BIRTHDAY lagi time ni :)  




Jangan risau rama-rama ni x terbang..dia dah kena gam hehehe... elok melekat! ;)



HAPPY BIRTHDAY!!!!!


Sebelum ni yna hanya menerima tempahan rendang ayam (seekor ayam dan keatas sahaja) tapi kali ni yna buat khas untuk Auni..x sampai hati nak hampakan permintaan customer. So mulai bulan ni yna open order sekiranya uolss nak tempah Rendang ayam setengah ekor. Rendang daging pon sama..boleh juga setengah kilo. Suka?? suka meh tempah hehehe.. confirm jilat jari!. 











Untuk tempahan pulut kuning uolss boleh pilih bentuk bulat, love atau petak..kalau bentuk lain drpd yang yna nyatakan..tengok kepada kemampuan yna hehehe... teringat tempahan customer yang nak pulut kuning bentuk bulan sabit... bentuk kereta..semua nya yna tunaikan hehe.... in syaa Allah yna buat yg terbaik. 


Dah siap semua, masuk dalam box, 
label Liyan Pages jangan lupa :) 



Nampak? Jangan lupa like ya.. mekasih awk :) 
Akhir kata, thank you so much Auni sudi tempah pulut kuning dan rendang ayam dengan yna. Auni wsp yna nak tempah lagi untuk majlis Bulan Mei..Alhamdulilah..dorang satu family suka.. in syaa Allah next majlis yna buatkan ya. :) Kepada uolss yang nak tempah boleh hubungi yna di Facebook (LiYan Pages) atau terus whatsapp yna 013 - 3854 724 (Yna). Setiap tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan jadual yna... So korang kena tempah awal2 sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis. Ok sampai disini saja entry kali ni. Jumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum :)


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 



18 APRIL 2016, MONDAY : MAKEUP NATURAL




Assalamualaikum semua, apa khabar? yna harap awak2 yang baca / review blog yna, diberikan kesihatan yang baik. Entry kali ni ringkas je. Yna cuma nak share hasil makeup yna pada 16 April 2016 khas untuk owner butik Almahijjaz Collection. Sebelum ni yna makeupkan MODELnya, tapi kali ni yna makeup khas untuk Kak Wawa. :)


BEFORE AND AFTER BY ME :)


Sweet and natural touch untuk kak Wawa. 


makeup tanpa bulu mata palsu, tanpa cukur kening. 



Yna sangat mementingkan keselesaan customer.  Bila customer kata dorg nak natural looks, x nak heavy, sebaik mungkin yna akan tunaikan. Semua tau yna mmg makeup but no makeup. Itu konsep yna. Makeup not plastic surgery hehehe... so klu anda suka makeup nipis, soft, sweet, yna lah yang korang cari!! (: 


Alhamdulilah Kak Wawa suka :) 




Alhamdulilah, mekasih sekali lagi pada Kak Wawa sebab bagi peluang pada yna. Dan sudi bekerjasama dgn yna lagi.. Hope akan datang kita jumpa lagi ya hehehe... Bangga dengan pencapaian Kak Wawa.. go go chaiyokkkkk Kak :) 

Berminat dengan busana/dress daripada Kak Wawa, korang boleh follow instagram dia : Almahijjazcollections mcm2 ada..
Kalau nak booking makeup..macam biasa, terus wsp yna okey. ;) 

Semoga jumpa lagi di lain entry. Selalu bersyukur dengan setiap apa yg kita ada, jangan lupa ucap Alhamdulillah selalu.... k bai! (: 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

15 APRIL 2016, FRIDAY : FOOD LOVER, VOLCANO SHABU SHABU DI CYBERJAYA




Bila korang tengok gambar ni, apa yang ada dalam fikiran masing2 hehehe... lapar??? suka?? sedap?? nak??? aishhhh semua ada hihihi.. kat mana ni??? ni yna nak share la..kalau korang suka steambot, korg memang patut datang ke sini. Dari dulu rasa dia tetap sama..Yna sangat-sangat puas hati :)  


Tapi kali ni special, sbb yna bawak dak zara.. dulu nak bawak dia x boleh sebab dia baby lagi hihi.. So kali ni yna rasa masa yang sesuai untuk bawak dia. Sebab dia pon suka masak! Tengok tu..laju je tangan dia mencapai... semua nak buat sendiri :) 


Lokasi Volcano Shabu Shabu di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Klu kita dari Putrajaya dalam 20 - 30 minit dah sampai.. X jauh pun..Halal ke?? Jgn risau..makanan kat sini diperakui halal.. Sijil halal memang ada ditampal di ruang pintu luar. Yna terlupa nak snap gambarnya.. So korang jangan bimbang, memang restoran ni dijamin HALAL dan BERSIH. 


Yana order yang Set untuk 2 orang makan. Senang x perlu nak pilih-pilih.. semua dah ada. Korang boleh pilih nak sup/tomyam.. Yna pilih sup dan tomyam.. Untuk Set ni mmg ckup klu makan lebih drpd 2 orang sebab banyak tau.


Favourite ichaaaaa hehehe... crab tu memang dia suka sgt.. yna paling suka slice daging tu.. sedap! Apa yg istimewanya makan steambot di Shabu Shabu ni??? Bagi yna yg buat tempat ni istimewa sebab pilihan sos dia. Ada lebih 6 jenis sos kalau x silap. Ada rasa manis, pedas..masam..semua complete. Wajib cuba tau. 


Master chef dah start dah tu..selalu tolong kita masak kat rumah je..hari ni bawak dia memasak kat luar plak..memang dia suka sangat la hehe.. laju je nak buat itu ini. tapi pada masa sama yna masih berjaga-jaga.


lama lagi ke ni?? lapa dah ni sayang...


Bismillah..kita makan dulu :) 




Alhamdulillah.. so....apa tunggu lagi..ada masa pi cuba ek. Memang confirm korg akan repeat lagi..lagi dan lagi...semua perfect bagi yna. Okey sampai sini je, in sya Allah kita jumpa lagi di lain entry.. Sebelum tu yna tinggalkan detail Restaurant ni untuk korang review. Assalamualaikum. (:

Lokasi : Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 
Cyberjaya, Selangor. 

Dibuka : 11.00 am - 10pm 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"