24 FEBRUARY 2016 : RESEPI KEK COKLAT KUKUS





Adalah lebih baik kita bersedih kerana melakukan dosa, lalai dalam ibadahNya, lupa kebesaranNya. Daripada kita bersedih, meratap hiba kerana manusia. Cukuplah sedih itu sekadarnya sahaja. Kena kuat, kena redha, kena ikhlas. Didik hati untuk sentiasa berprasangka baik kpd Allah. 

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua. 

Lama rasanya tak tengok blog ni. Nak menaip pon rasa x ada idea hihi..banyak je gambar-gambar yang ada. Tapi mood tu masih kelaut! Yang sebenarnya yna baru baik drpd demam. Hampir 2 minggu jugak x sihat. Alhamdulilah now dah kembali aktif. Start minggu lepas dah beriklan di fb dan instagram. Sekarang ni yna tengah bagi Harga Promosi untuk makeup Photoshoot produk, dinner/event dan tunang. Harga Promo ni sah sehingga Bulan March je. Kepada yg follow instagram dan fanpages yna, harus lah tahu kan. So korang jangan lepaskan peluang ni ya. Nak tahu detail korang terus je whatsapp yna. Kena cepat2 booking date masing-masing. Kalau lambat memang yna x dapat nak tolong... 

Entry kali ni rasa nak share resepi la dengan korang. Resepi ni ringkas gila! Mcm biasa, masak campak-campak je. :) Bahan-bahan pon ringkas, Sekejap je korang dah boleh buat. Resepi ni yna dapatkan daripada blog YANIMN x susah nak buat... terima kasih Kakak sayang hihi..sumpah sedap! tq2 :)




Bahan - bahan Kek Coklat Kukus. 

Bahan Pertama 

2 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Gula Icing
1/2 Cawan Serbuk Koko
1 Sudu Teh Baking Powder 
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
1 Sudu Teh Cream of Tartar 


adoiii tangan dia masuk jugak hahaha.. memang interframe sungguh budak ni. tangan pon jadi lah hahaha.. (:


redho je lah... mmg gambar ada tangan dia semua hihihihi.. dia memang kalau yna nak memasak, baking2 dia lah no satu. laju je nak menolong.. :) 




Okey dah ada semua bahan2 pertama tadi. Korang masukkan semua bahan-bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan hingga sebati. Then korang ayakkan. Macam dalam gambar di atas (selepas diayak). 

Bahan - bahan kedua : 

1 Cawan susu cair
1 Cawan air panas yang telah  dimasukkan 1 sd teh nescafe
1 Cawan minyak masak 
2 Biji telur 




Step seterusnya korang masukkan semua bahan kedua tadi ke dalam bahan pertama (tepung yg telah dicampur). Masuk ikut turutan. 


Kacau2 kan je semua bahan sampai sebati dan tidak berketul-ketul. Yna x gunakan mixer pon. Guna senduk je hehe.. mmg resepi ni ringkas dan senang! Pejam mata dah siap..amboiiii nampak betul menipunya hahahaha...  dah elok bancuhan tu ha get ready untuk membakar! 

Last step korang kena sediakan loyang yg telah disapu marjerin/planta. Tuang la adunan tadi ke dalam loyang. Kemudian korang boleh bakar atau pun di kukus selama 40 - 45 minit. Maaf ni x ada gambar. Lupa plak nak ambik :)

Untuk bahan-bahan topping kek pula ni resepinya : 

3 sudu gula
2 Sudu butter
1 cawan susu cair
Coklat masakan separuh bar 

Masukkan dalam periuk semua bahan. Kacau sehingga sebati. Untuk topping ni korang boleh curahkan ke atas kek bila kek tadi dah sejuk. 


Boleh taburkan coklat rice, hiaslah ikot kreativiti 
masing-masing.


Yna buat dalam bekas mini ni senang nak makan. Bancuhan tadi dapat la dalam 27 bekas mini ni. 




maaf buat korang terliur nyum2 hehe.. :) 




yna suka coklat, so curah banyak2 hahahaha....





nie ada yang lepas tengok resepi ni, cabut pi kedai beli barang nak masak hehehe... cuba jangan x cuba! confirm sedap. 



Okey semua, selamat mencuba ya :) In syaa Allah kita berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum. Tu je??? okey lah... nah motivasi #liyanquotes untuk uolsss...  

- Sentiasa berfikir yang baik-baik. Jadilah orang mukmin. Apabila diberikan nikmat ia bersyukur. Dan apabila ditimpa musibah, ia bersabar. -  #liyanquotes 





"DO ALL THINGS WITH LOVE"




3 FEBRUARY 2016, WEDNESDAY : PHOTOSHOOT MAKEUP UNTUK BUTIK AURAHSURI




Tempat yna bekerja :) Alhamdulilah.. masih diberikan kesempatan untuk menaip blog ni.. untuk beberapa minggu ni memang superb buzy. Dari sehari ke sehari nak updated blog tapi tertangguh2 sebab ada je urusan yang nak diselesaikan. Icha pon baru je sihat drpd demam + flu..now yna plak hehe..aduhai memang kembar betul kami ni :)


23 januari 2016, seminggu dah berlalu.. baru hari ni dapat share dlm blog. Yna makeupkan model khas untuk Butik Aurah Suri. Sesi makeup dan sesi photoshoot diadakan di Slip Studio, Setapak KL. 


taraaaa ok ni makeup selepas! sebelum sekejap lagi yna bagi tengok ya. Cantik kan modelnya :) 


ada lagi nak tunjuk ni


makeup by me, yna / liyan pages :)


okey meh kita tunjuk gambar sebelum, dan juga gambar semasa sesi makeup sedang dilakukan :) 







manis, sweet je tengok model ni. Dia memang cantik!! :) 



dah settle makeup semua, terus sesi photoshoot. 



koleksi tudung daripada Butik Aurahsuri 


koleksi tudung daripada Butik Aurahsuri 


gambar daripada kamera yana sendiri 


gambar daripada kamera yana sendiri 


gambar daripada kamera yana sendiri 


makeup by yna 


close up makeup by yna 


makeup by yna 


makeup by yna photoshoot produk



tetiba hahahaha... 
sempat lagi dia menyelit! hahaha kita bukan model!!! :p


Okey, dah review semua gambar kan? Kat sini yna berikan detail sekiranya korang berminat nak beli tudung, nak booking studio or nak BOOKING MAKEUP :) Boleh follow instagram masing-masing. Sebelum yna akhiri entry ni, terima kasih banyak kepada Owner Butik Aurahsuri kerana sudi bekerjasama dan memilih yna as MUA.. Kalau korang nak tengok hasil makeup yna yg lain-lain boleh follow Ig Butik Aurahsuri sekarang. Ok sampai sini je. Assalamualaikum.. Semoga berjumpa lagi di lain entry. k bai! 


Makeup by @zara_lyana_

Koleksi tudung by @aurahsuri 

Sesi photoshoot di @slipstudio  



"DO ALL THINGS WITH LOVE"