13 DISEMBER 2016, TUESDAY : MAKEUP SANDING LIYANA DI TAMAN SENAWANG JAYA, SEMENYIH





MAKEUP RESEPSI (SANDING) LIYANA | 
17 SEPT 2016 | TAMAN SENAWANG JAYA 



Sebelum yna share gambar customer hari tu, yna nak ucapkan terima kasih banyak kepada Liyana sebab sudi pilih akak as MUA. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Liyana sekeluarga. Terima kasih atas layanan yang sangat mesra :) 




sebelum dan selepas 













Untuk sebarang pertanyaan mengenai servis makeup yang yna berikan.. awk boleh terus wsp ke :

013 - 3854. 724 (Yana)




"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


7 NOVEMBER 2016, MONDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING PUTRAJAYA



TEMPAHAN PULUT KUNING HARI JADI | 29 OKTOBER 2016 | PUTRAJAYA 





Assalamualaikum, apa khabar semua? Thanks sudi review blog yna. Masih lagi sudi membaca celoteh2 yna :) Yna doakan awk, awk dan awk semua diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah (:


Entry kali ni yna nak share tempahan Pulut Kuning from customer pada 29/10/2016. Jom tengok gambar2 yang sempat yna snap! 





Pulut Kuning Berhias 

Tema : Klasik + Simple  (Birthday)

Bentuk : Love 

Size : 10 x 10 x 3

Berat : 1 Kg (Pulut) 








Untuk tempahan boleh terus wsp yna : 013 - 3854 724 (Yana/Liyan) 



Customer boleh tetapkan bentuk Bulat, Love, Petak dan lain-lain mengikut pilihan masing-masing :) 





Alhamdulillah sempurna... yna sentiasa cuba buat yang terbaik untuk customer. Thank you so much to Dieya, sudi tempah pulut kuning dgn Yna. Semoga Allah murahkan rezeki Dieya sekeluarga. Bila customer suka, yna lagi la suka :) Sekiranya awk berminat nak tempah pulut kuning dgn Yna, awk boleh terus wsp yna ke 013 - 3854 724 (Yna). Ok, semoga berjumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum....  






"DO ALL THINGS WITH LOVE"

27 OKTOBER 2016, THURSDAY - TEMPAHAN PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM UNTUK DATO' KHODIJAH



TEMPAHAN PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM (SEEKOR) 



Assalamualaikum semua, apa khabar? Yna doakan yang baik2 untuk semua yang sudi singgah ke blog yna ni. Lama dah yna x updated blog kan. Ada yg rindukan yna ke? hehehe... perasan! 

Yna masih lagi aktif di FB / Instagram cuma x ada masa nak menaip dalam blog ni. Rindu sesangat suasana yg dulu. Skrg ni yna terikat dgn komitmen rasmi...balik kerja sampai rumah pon dah lewat. Jadi masa untuk menaip tu mmg terhad. Hari minggu plak ada je urusan yna pg makeup, hantar order serum dan siapkan tempahan Customer. So blog ni terpaksa la yna pandang sipi2 je huhu... 

Hari ni yna cuba jugak luangkan masa. Yna cuba taip seringkas yg mungkin. :) Entry hari ni yna nak share TEMPAHAN PULUT KUNING DAN RENDANG AYAM FROM CUSTOMER pada 2 Oktober 2016. Jom kita tengok gambar-gambar yang ada ya ;) 



TARAAA...Hihihi.. tempahan kali ni special Untuk Dato' Khodijah. 



Customer nak hiasan/deco klasik, Yna cuba buat yang terbaik!




Pulut Kuning Berhias 1 Kg + Deco Klasik


Yna hiaskan tomato dikeliling pulut Kuning untuk nampak lebih menarik (:


Tangan budak debab pon sibuklah nak masuk hihihi.. #dakzara


Awk suka??? Suka meh roger yna meh ;)




Whatsapp untuk tempahan ke : 013 - 3854 724 (Yana/Liyan)





Jemput Likes FB yna (LIYAN PAGES) atau follow yna di Ig (zara_lyana_)


Masukkan dalam box, reben cecantik khas untuk customer yna :)



Rendang Ayam Seekor (Rm50) 



Tq Naili, jumpa lagi ya :) 



Alhamdulilah untuk feedback yg sangat positif :) 


Terima kasih Naili, next time nak order roger yna ek ;) Kepada awk2 semua yg berminat nak order pulut kuning yna..boleh terus contact yna (013 - 3854 724). Ok, semoga jumpa lagi di lain entry. Maaf semua x sempat nak berceloteh hehehe..Take care ya awk! 




"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


18 SEPTEMBER 2016, SUNDAY : ADA KETIKA MENDIAMKAN DIRI ITU JALAN TERBAIK


Lamanya yna x menaip! 
.
.
RINDU!
.
.

Banyak hal yang berlaku sepanjang 4 bulan yna x updated blog. Klu ikotkan banyak perkara yang yna nak share. Tapi tu la. Tak sempat. x sempat nak bermanja2 dgn blog ni hehe.. Now hari ni baru ada kesempatan untuk menaip seringkas yang mungkin! Wlupon yna x aktif di blog tapi yna masih aktif di FB, fanpages dan Instagram. 

Masih lagi share hasil-hasil kerja by #liyanpages masih lagi menerima tempahan makeup/pulut kuning dan juga jualan SERUM MAWAR yna yang meletop2 tu hehe.. masih lagi share kisah-kisah #cikzaralyana 

Alhamdulilah syukur sentiasa dgn apa yang kami ada :) 

Entah kenapa tetiba mcm x tahu nak menaip apa haha.. padahal tadi
banyak yang yna nak kongsikan dengan korang. Mungkin mendiamkan diri itu adalah jalan yang terbaik. Terbaik untuk semua. Diam bukan bermakna kalah, diam juga bukan bererti kita lemah.... :) 

RINDU!

Yup rindu kamu yang baca blog yna ni. In syaa ALLAH nanti yna akan share dlm entry celoteh yna lagi ek. Buat masa ni mungkin yna perlukan sedikit masa untuk fokus kepada kerjaya dan #dakzara :)

Doakan yna sentiasa sabar, kuat, dan sentiasa tersenyum untuk semua. Awk doa yang baik-baik.. in syaa Allah yang datang kepada awak jugak yang baik2. Ingat tau. Okeylah awak. Next time yna menaip lagi. Mekasih sudi baca entry blog yna yang sejemput ni hahaha.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum. 





"DO ALL THINGS WITH LOVE"

17 MEI 2016, TUESDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING BERHIAS



TEMPAHAN PULUT KUNING BERHIAS 
| 14 MEI 2016 

Assalamualaikum semua, entry kali ni yna nak share lagi tempahan Pulut Kuning from Customer. Puan. Intan nak buat majlis Ulangtahun Perkahwinannya bersama husband. Dia minta yna buatkan 2 kilo pulut kuning dengan sweet deco seperti yang diminta :)


taraaaa... Pulut Kuning 2 tingkat (2 kg/ Bentuk Bulat) 


Pulut kuning sebelum dihias :) 






Anak burung ni silap2 dimakannya rama-rama ni hehehe...



Duduk situ diam-diam ya, jangan gaduh-gaduh :) 




Close up Pic. 



















Akhir sekali, kepada awak2 yang berminat nak tempah boleh terus wsp yna ke : 013 - 3854 724 (Yna). Mekasih kepada Puan Intan. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan. Mekasih sekali lagi sudi tmpah dgn Yna. Okey semua, jumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"