Thurday, 11 September 2014 - Khas Buat Anak Ibu ~ Cik Zara Nur Alisha


Cik Zara Nur Alisha (Icha/Ayang)


Dear anak ibu yang sangat ibu sayang. 11 September 2012 jam 8.36 pagi, tarikh dan masa yang ibu tidak akan pernah lupakan sampai hujung nyawa ibu. Tarikh dan waktu ibu melahirkan Icha sentiasa segar dalam fikiran ibu. Saat ibu disahkan mengandung dan selama tempoh 9 Bulan ibu membawa icha ke mana sahaja ibu pergi dan icha sentiasa menemani ibu adalah saat yang paling indah manis dalam hidup ibu. 

Ibu sangat bersyukur dengan anugerah  terindah yang diberikan oleh Allah pada ibu. Icha adalah kekuatan ibu. Kekuatan yang tidak ada gantinya. Kekuatan yang menjadikan ibu semakin bersemangat untuk meneruskan hidup ibu. Menjadikan kekuatan untuk ibu terus melangkah. Kerana icha lah ibu teruskan apa yg ibu inginkan. Mungkin sekiranya Allah tidak kurniakan icha pada ibu...ibu tidak mampu berdiri, ibu tidak mampu tersenyum, ibu tidak mampu ketawa bahkan mungkin ibu hilang arah tujuan untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulilah...ibu bersyukur dengan adanya icha untuk ibu. 

Setiap detik, saat, waktu icha sentiasa ada bersama ibu. Ibu ingat lagi waktu doktor beritahu icha baru 4 minggu dalam perut ibu, ibu menangis..gembira sedih suka semua ada. Bermulalah detik icha bersama dengan ibu siang dan malam..memang sesuatu perasaan yang tak mampu ibu gambarkan. Setiap masa ibu bercakap dengan icha, waktu memasak, menyapu, makan, kita solat bersama, apa sahaja aktiviti kita lakukan bersama, bahkan sebelum tido ibu akan baca ayat-ayat al quran untuk icha. Kadang-kadang ibu nyanyikan icha dengan lagu yang ibu buat sendiri. Icha saja yang tahu ;)

Bila icha lahir sahaja di dunia, ibu sudah bersiap sedia dengan apa sahaja ujian dugaan yang Allah berikan.Kerana, ibu yakin Allah berikan icha kepada ibu untuk memberikan semangat kekuatan kepada ibu supaya ibu tidak rebah tersungkur jika takdir Allah telah menetapkan apa yang perlu ibu lalui. 

Semua kenangan akan ibu simpan dalam satu kotak.Di sudut yang lain. Jauh dari hati atau fikiran ibu. Biarkan ianya tersimpan di situ. Ibu tidak mahu menyimpannya.Bukan bermakna ibu tidak sayang kan kenangan kita yang lalu tapi ibu dan icha perlu memulakan kehidupan yang sekarang.Ibu telahpun bersiap sedia dengan segala pertanyaan apabila suatu hari nanti icha betah bijak berkata dan bertanya itu ini. In sha Allah jika Allah berikan ibu masa yang panjang bahkan sehingga akhir hayat Ibu icha ada bersama ibu..ibu akan terus kuat..kuat dalam segala hal :)

Hari ini, genap anak ibu 2 Tahun. Sekejap masa berlalu. Anak ibu semakin membesar. Sudah petah bertutur, bercakap, tanya itu dan ini. Perkataan yang ibu suka bila ayang tanya ibu "ibu ini apa? dan bila icha cakap "Icha sayang ibu dan terus memeluk cium ibu...." Ya Allah gembiranya hati ibu. Dari ayang dalam perut hingga lah sekarang ibu akan sentiasa bisikkan atau cakap pada ayang..please be good girl, be nice, anak ibu cantik, anak ibu lawa, anak ibu cute, u are good girl. Ibu tak kan jemu untuk puji anak ibu setiap hari. Sebab doa dan kata-kata ibu itu akan termakbul. Itu pesanan Opah ;)

Sekarang anak ibu semakin membesar, Ibu harap satu hari nanti bila ayang dah boleh membaca.. ayang dapat baca blog ibu ini ;) mungkin masa itu ibu pun dah tua hehe... Ibu fikir kalau ibu tulis dalam diary ibu, sekiranya hilang mungkin ayang tak dapat jumpa. Sebab ibu memang seorang yang pelupa, suka letak barang merata hehe. Kalau dalam tab pun sama nanti boleh hilang or terdelete.. Jadi ibu rasa biarlah ibu curahkan rasa ini tanpa berkata-kata dengan menaip di blog ibu. Khas untuk anak ibu walaupn ada insan lain yang akan membaca. Ibu izinkan. Sebab ini juga kehidupan ibu sebagai manusia biasa yang suka menulis dan inilah dunia ibu sekarang. :)

Saat bila ibu menangis dan ayang memeluk ibu dan kita sama-sama menangis..ibu berjanji pada diri ibu. Yang ibu takkan lagi menangis di hadapan ayang... ibu akan sentiasa tersenyum utk anak ibu. Walaupun kadang-kadang sikap anak ibu membuatkan ibu rasa mahu menangis tapi ibu tetap bersabar. Sebab ibu terlalu sayangkan icha. Bahkan bila ibu marah icha, icha menangis dengan nada yang sayu, membuatkan ibu terdiam kaku. Ibu mintak maaf kerana ibu perlu bertegas. Bukan bermakna ibu tidak sayangkan icha, Tapi ibu perlu mendidik, mengajar icha supaya icha kenal, tahu mana yang baik, mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Alhamdulilah ibu bersyukur sebab icha adalah anak yang bijak. Dalam usia yang kecil icha mudah faham apa yang cuba ibu sampaikan.. Memang ibu bersyukur. 

Untuk hari jadi Ayang Tahun kedua ini, ibu tak buat big party macam last year. Maaf sayang... ibu pasti ayang akan mengerti dan paham. In Shaa Allah kita akan buat next year. Tapi ibu dah pun sediakan kejutan untuk Ayang..Ibu tak sabar nak bawa ayang ke satu tempat. Ibu yakin anak ibu pasti suka dan seronok di sana nanti. Kita holiday sama2,,,have fun together ;) 

Ibu ucapkan selamat Hari jadi Yang ke 2 Tahun untuk anak ibu yang paling ibu sayang. Semoga Anak ibu jadi anak yang baik dan solehah. Semoga anak ibu sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Ibu doakan agar anak ibu akan berjaya dalam hidup apabila meningkat dewasa. Semoga Allah pinjamkan icha pada ibu hingga akhir hayat ibu. Semoga kita berdua akan sentiasa bersama walau apapun ujian yang mendatang. Terima kasih ayang menjadikan hidup ibu lengkap. Ibu akan sentiasa doakan untuk anak ibu tidak kira saat dan waktu. Ibu sayang Icha sangat...sangat.... muahhhhhhhh! ;)

Ibu edit gambar-gambar ini khas untuk Icha. Gambar dari icha dlm perut ibu hinggalah lahir ke dunia ini :) Ibu dah buat album-album ada yang potret tergantung di dinding. Sekarang icha dah pandai. Bila ibu tanya itu sapa? Icha akan jawab.. "tu cha' hihihi. Ibu sayang icha sangat-sangat... Moga anak ibu juga akan kuat seperti ibu.... amin... :)



icha new Born :)




50 hari :)













10 September 2014 ;) 



   











8 comments:

  1. semoga icha sentiasa dilindungi NYA..bahgiakan ibu dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. Tima kasih kak :) seperti maksud alisha..semoga icha sntiasa dlindungi Allah...nama yg maktih pilih ♥♥

    ReplyDelete
  3. happy birthday to icha... bila ada masa nanti syikin ajak mama datang putrajaya... :)

    ReplyDelete
  4. wish happy bday kat icha have fun this weekend..moga menjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
  5. Happy birthday icha ank makngah.. Moga trs mmbsr sbg ank yg solehah dn brbkti kpd ibu dn insan2 d sekeliling mu yg sentiasa menyayangi mu..

    ReplyDelete
  6. tq ikin syg... ;) mksu bru baca hehe..tq2 muahhhh

    ReplyDelete
  7. tq mak ngah..terima kasih utk doa mkngah.. amin... :)

    ReplyDelete
  8. tq mk yang :) lambat reply hehe..sory

    ReplyDelete

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)