29 MARCH 2015, SUNDAY - MAKEUP BERTANDANG - HADAYAH & KHAIRUL KHUZA (28 MARCH 2015)




MAKEUP BERTANDANG - HADAYAH & KHAIRUL KHUZA 
28 MARCH 2015, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN


Salam sayang semua ;) sihat ke?? Aihhh sekarang ni musim demam kot..yna, cik zara, abah mak, adik pon baru baik demam... mmg x larat dh nak telan ubat..baik demam..lepas tu x sihat batuk-batuk plak. So mmg kita kena bykkan minum air suam..jangan berjemur.Lebih baik berehat di rumah untuk elakkan jatuh sakit!. Tapi alhamdulilah..yna masih mampu bekerja...masih terima job untuk cantikkan customer hehehe... Last week yna makeup customer di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dear customer booking daripada Tahun lepas lagi...bersyukur dan terima kasih banyak kerana berikan kepercayaan sepenuhnya kepada LIYAN PAGES. 

Kak Hadayah ni mesra orangnya..sepanjang makeupkan dia x berhenti bercakap hehe..mcm dah lama kenal...Tq so much kak dgn family (K.Shila + Abg Mus) sebab sediakan penginapan yg selesa untuk yna. Perjalanan daripada Putrajaya ke Hotel Orange, Kuala Pilah pun dipermudahkan. Memang senang sgt tepi jalan je hotel ni. Dari luar nampak mcm biasa-biasa je..tp kat dalam mmg bersih sangat. Susun atur brg-brg dalam bilik pun okey, lengkap dgn  Katil, TV, aircond, toilet + shower, meja tulis, mini cabinet utk sangkut baju. Hotel ni konsepnya mcm kat Korea. Walaupon ruangnya agak kecil tapi kemas dan teratur.Kalau korang nak tau betul ke x apa yg yna ckp ni..kot2 korg jejalan ke sana boleh lah menginap di Hotel ni. Harga pon berpatutan. First time yna menginap di Hotel Bajet dan yna sgt2 puas hati dengan servis yg diberikan..EMPAT BINTANG yna bagi..cewaahhhh mcm duta HOTEL plak hahaha :) :)

Sembang punya sembang sampai yna tak sedar tak tangkap gambar sebelum ;) so snap je lah..time ni yna dah pakaikan makeup base kat muka. Biasanya yana akan mulakan makeup dgn mencantas kening! hehehe.idoklah cantas...tapi gunakan teknik makeup kening tanpa cukur. Sekarang ni x mcm zaman kakak yna dulu..igt lagi makeup zaman-zaman dulu.mmg mak2 andam akan cukur kening tu. Tapi skrg ni kita ada skill yg boleh tutupkan kening yg lebat jadi terbentuk kemas dan cantik! 

Dah Siap! :)

Okey nie yna kongsikan gambar-gambar bilik di Hotel Orange. Korang boleh search hotel di dalam FB Hotelorange/kualapilah. Masuk2 bilik ja..benda pertama yg yna check TOILET! bersihhhh ;) So pada pandangan yna, hotel bajet ni mmg sesuai untuk korg2 yg just nak singgah sekejap atas urusan kerja, pergi kenduri kendara ke kan..bilik untuk family pon ada. Jimat!!! Lagipon kawasannya yg strategik kat tengah-tengah pekan Kuala Pilah. Restoran pon byk so jgn risau. Nak cari makan mmg senang sgt. Yna mkn lewat mlm dekat pukul 12 hihihi.kdai bukak lagi.. so mmg x de masalah la klu nk menginap kt sini!.



antara bilik-bilik yang ada
Sweet je Kak Dayah ni..suka tengok hihi :) 


Alhamdulilah selesai job untuk minggu lepas ;) uollls yg nak booking makeup dgn yna boleh pm or wsp yna ye. In syaa Allah yna akan berikan servis makeup yg terbaik untuk anda semua. Okey salam semua.... jumpa lagi! ^_^




"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

No comments:

Post a Comment

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)