29 APRIL 2015, WEDNESDAY : PULUT KUNING & KARIPAP KARIPAP CINTA



TEMPAHAN PUAN ZANA - PRESINT 14, PUTRAJAYA 
25 APRIL 2015 (SABTU) 

mesti uollls senyum2 kan...yg part karipap karipap cinta!! hahaha.. saja x tau nak tulis tajuk apa..boleh la kan..belasah ja! Okey sebenarnya customer yna tempah pulut kuning untuk majlis hari jadi anaknya, Yusof. Nak dijadikan cerita, mcm mana tetiba die nak tempah karipap karipap cinta tu....alkisahnya satu petang yna pi upload gambar karipap ni dalam facebook..mmg saja suka-suka..hihihi..tetiba puan zana terus pm nak tempah 200 ketui!! terkedu hahaha...sebabnya x de dalam senarai pon.... tapi memandangkan puan zana sungguh2 dan berminat nak jugak karipap, yna pon terima dengan senang hati..mekasih ya puan :) satu permulaan yang baik untuk LIYAN PAGES. Tambah lagi senarai servis yang diberikan!


Majlis Puan Zana pd 25 April 2015. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. siap tempahan pulut kuning untuk Yusof. Yna hiaskan dengan hiasan yg lebih moden tapi masih kekalkan tradisi hiasan pulut kuning dengan telur burung puyuh (dijadikan seekor burung). Kali ni yna tidak gunakan cili sebagai hiasan. Yna berpandangan kurang sesuai untuk budak2. Jadi yna gunakan cherry tomato sebagai hiasan untuk paruh burung dan hiasan yg lain. Yg ni kalau budak2 termakan pon x de la menjerit pedassssss hihihi...

Kemudian yana taburkan nips warna warni bg menarik dan nampak lain daripada yg biasa.untuk budak-budak kan. mesti dia akan teruja tengok sweet candy atas pulut..sbb biasanya kita yg dewasa ja gemar makan pulut ni hihi..yna hiaskan juga dengan dua kuntum bunga rose..yg ni yna buat sendiri ya! buat drpd Tomato :) mak yna ajarkan..klu dulu kat kg selalu tgk mak buat hiasan utk makan meja beradap pengantin.lauk pauk mmg mak akn hias cantik-cantik sampai kdg2 sayang rasa nak makan :) 



yang seketul atas pulut kuning tu hihihi..malu nak ckp..yg atas tu sebenarnya kereta.kereta?? boleh la kan hahaha.. ^___*  dapat ja tau Pn. Zana nak tempah untuk majlis hari jadi anak lelaki dia, yna dah pikir..design camna la nak buat ni. Biasanya yna buat deco bunga-bunga, gigirl2 punya hihi, untuk majlis doa selamat, majlis konvo, ckur jambul, nikah, tunang...tapi kali ni teringin buat lain drpd yg lain..jadi terjadilah bentuk ni hehehe...yna dah siap masuk dlm kotak ikat reben cantik2.. mmg berat pulut kuning ni..3kg pulut! Puan Zana masa sambut kotak nie drpd tangan yna, yg keluar drpd mulut dia..beratnya! hehehe.... berat, penuh dan padat!!


karipappp....ehhh lupa plak cita pasal karipap hehehe...asyik pasal pulut ja! maafkan saya ^___* okey yg karipap-karipap cinta nie yna masukkan dalam box..ada 2 box (transparent) 1 box ada 100 ketui.... yna ikat dengan reben bagi cantik-cantikk..haruslah nak cantik kan hehe.. yna letak business card yna... siap ada label LIYAN PAGES lagi hihi....inti karipap mcm biasa haruslah ubi kentang kan..tp ada secret resipi turun temurun drpd mak yg buat karipap ni lagiiiiiii sedap. wlupon nampak biasa-biasa ja..tp bg yna ni lahhh karipap karipap cinta dr mak untuk anak-anaknya...mak masak paling sedap dalam dunia! syggggg mak... :)


peneman setia yna cikZara ;) mcm biasa mmg akan bwk dia bersama2...alhamdulilah cikZara makin bijak..kadang-kadang dia sibuk nak menolong sama.."meh cha buat" kemainnn lagi dia hehe...semoga kami sentiasa bersama! :) 

Baiklah sebelum jari-jari ni berhenti menaip hihihi..yna share gambar-gambar yang ada.. ada gambar yg daripada Puan Zana sendiri. Alhamdulilah puan zana sangat puas hati dgn perkhidmatan yna. Siap promote lagi dlm facebook dia bgtau karipap sedap inti padat!! cewaaahhhh malu lak rasa hahaha...okey lahhh salam sayang semua. klu ada sebarang pertanyaan boleh pm atau wsp yna ya. Like fanpages yna okey.... LIYAN PAGES.... jumpa lagi ;) 





Selamat Hari Lahir Yusof ;)




"DO ALL THINGS WITH LOVE"