2 DISEMBER 2015, WEDNESDAY : TIPS BUAT MAJLIS HARI JADI!


Assalamualaikum semua.. jumpa lagi kita kan. Selepas yna share gambar2 sepanjang majlis Icha/Zara di Fb dan instagram..ada kwn2 yg pm tanya..mcm mana yna boleh buat majlis di taman tersebut, berapa sewa tempat, kena ada surat apa2 tak? Maaf sangat2..ambil masa yang lama utk share dlm blog. Sebab kadang-kadang kita nak menaip kat blog ni pon kena cari masa yang sesuai. Berblog ni pon ada moodnya. Klu x ada mood memang kelaut la hihihi.. 

Sebenarnya tiada sebarang perancangan yg awal utk majlis Icha. First birthday Icha (umur Setahun) yna buat majlis di Rumah sahaja. Sama macam birthday party yg lain2. Then last year, masuk usia dia yang ke 2 Tahun, yna x buat majlis tapi yna bawa dia pi holiday bersama mak Abah dan Kakak. Just sambut secara kecik2 antara kami je. 

So this year bila umur dia ckup 3 tahun, yna tanya Icha. "Icha nak buat birthday party or pi holiday?" and she said "aa...cha..nak party! ramai2..nk ada ballon.." bla bla bla... hihihi so yna dah paham apa yg dia maksudkan. Then tanya family, dorg pon ckp buatlah.ksian kt dia sebab last year x buatkan. Tapi majlis terpaksa ditunda dsebabkan masalah kesihatan kami berdua yg x berapa nk elok. dan Akhirnya date 1hb November 2015 (Ahad) menjadi pilihan. So entry kali ni kita share tips2 untuk buat majlis hari jadi/birthday party!.

**********************************************************

TIPS BUAT MAJLIS HARI JADI / BIRTHDAY PARTY 


1. Budget
-first step yg korang kena buat adalah kira bajet/ tetapkan bajet korg utk majlis yang akan diadakan. Yg ni sangat-sangat penting. Jangan sampai terlebih bajet sampai menyusahkan diri plak! Buat mengikut kemampuan. 

2. Tarikh/Masa
-Then baru tetapkan date. Tarikh/ Masa ni penting ya sebab nak pastikan korang ada waktu yang cukup utk uruskan semua majlis. Jangan 2 3 hari sebelum baru pilih tarikh. Nanti kelam kabut jadinya. Masa tu pon tetapkan sama.. nak buat pagi atau petang.. Sebab bila tetapkan masa kena jugak sesuaikan dengan Menu yang korang nak sediakan untuk tetamu yang hadir. Nampak mudah tapi x sebenarnya huhuhu. Dan x semestinya kena buat ikot tarikh hari lahir anak..buat selepas pon x ada masalah.

3. Lokasi
-Kenalpasti lokasi yang korang rasa sesuai. Samada di rumah, taman, pusat riadah, restoran, taska anak2 dan kalau bajet lebih buat kat Hotel...terbaik! Tapi macam yna bagitau tadi tetapkan budget dan mengikut kemampuan!

4. Tema 
-kena ada tema baru la cantik kan.x kisah la kalau korang tetapkan tema warna warni ke..janji ada tema. Byk animasi kartun yg ada..search je kt internet. mama2 yg paling excited! Macam yna, kami berdua cari sama2 utk tema birthday hari tu..cari punya cari icha suka Sofia the first.. So yna ikotkan je lah :) 

5. Senarai Tetamu/Jemputan 
-yang ni pon sangat penting! kena listkan tetamu yg korang jemput. Jangan x senaraikan takot terlebih jemputan takot kalau2 makanan yang korang order x mencukupi ha...susah tu. Jadi list siap2 dalam buku nota. Cth : yna mmg catat semua yg hadir dan send invitation via wsp + minta RSVP 3 hari sebelum majlis kepada semua tetamu :) 

6. Menu 
-senaraikan juga menu utk majlis korang. Antara menu-menu yg sesuai dan senang nak sediakan seperti sosej, nugget, fun fries, bihun goreng, puding, sandwich, cookies, cupcakes klu x sempat nak buat semua salah satu menu tu korang order je senang! Part menu ni pon korg kena list jugak. 

7. Kek
-birthday party kan wajib la ada kek.. x lengkap kalau x ada kek. So klu mama2 boleh buat sendiri. lebih baik buat sendiri. Selain menjimatkan kos, korang jugak dapat berikan sesuatu yg istimewa kpd anak. Tpi kalau x sempat tempah je dgn mana-mana pembuat kek yg korang suka. Kek pon  mengikut tema yg telah ditetapkan. Baru cantik :) 

8. Gift bag/Cenderahati 
-Untuk gift cuba cari kelainan. Biasa sangat kita terima jajan dlm bag goodies kan. So kalau boleh kurangkan makanan ringan sbb x elok utk kesihatan anak2 ni sebenarnya. Mcm keropok, sweet candy smua tu klu boleh elak..elakkan. Cth : Yana letakkan Apollo Cake + Air Kotak + Jelly dan gula2 cadbury itupon 2 3 ketoi haha..biarla dorg kata kedekot. Niat yna x mau anak2 ni makan jajan banyak sgt! Lepas tu yna tempah fridge magnet dan key chain from Norash Ideas. Cun!!! :) 

9. Pembantu Majlis/ Event Planner 
-Selain daripada family, maybe korang jugak memerlukan perkhidmatan event planner. Mereka ni akan membantu dari segi persiapan majlis. Cthnya penyediaan banner, bunting, decoration dan lain-lain. Juga mengikut bajet yang telah kita tetapkan. Kalau nak jimat DIY sendiri lagi senang dan maybe lebih puaskan hati korang. Make sure korang kreatif ya :) 

10. Pengisian Majlis/Aktiviti 
-Yang ni sekiranya korang ada buat aktiviti tambahan. Kalau korang ada sediakan badut/clown ke ha..boleh la dia hiburkan tetamu yg dtg terutamanya kanak-kanak. Yg ni pon kena tengok semula bajet korang! 

******************************************************************************

Okey dah baca detail kat atas kan? dah nampak step2 nya kan? So korang dah boleh start merancang. Apa yang penting kena senaraikan semua yg ada.  Memang nampak mcm mudah je..tapi kalau x rancang betul2..boleh pening jugak dbuatnya. Biasanya mama2 yg terlalu excited nak buat majlis ni. Dari awal sampai la akhir mmg mama yg over haha... betul x?? :p 


Jemput review Link : HAPPY BIRTHDAY ZARA!!!


Yna rasa dah panjang lebar ni..kita share next entry boleh? :) Yna akan buat entry khas utk korang yg planning nak adakan Birthday party anak2 area Putrajaya ni. In syaa Allah Yna akan share bagaimana berurusan dengan pihak Marina Putrajaya Sdn Bhd dari a-z dan lain-lain. Promise! Ok semua, semoga berjumpa lagi. Bye2.. :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"

No comments:

Post a Comment

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)