31 DISEMBER 2015, THURSDAY : NAK BUAT MAJLIS HARI JADI DI PUTRAJAYA!!!



Dua bulan dah berlalu, dari sehari ke sehari yna nak share, tapi ada je hal yang terpaksa didahulukan. Minta maaf pada kawan-kawan yang pm (fb) tanya bagaimana prosedur untuk buat Birthday Party kat Taman Putrajaya ni. Hari ni baru ada kesempatan tu. Harap maklumat yang yna berikan ni dapat membantu korang ya. :) 


Nampak? hehehe..tapi ejaan nama abah yna silap tu erk.. xpe la..saya maafkan (: keratan ni dorang tampal di setiap ruang Wakaf. Atas meja, atas bangku, tepi tiang hehe..ada 4 keratan kalau x silap yna hari tu dorg tampal... Tujuannya supaya x ada orang lain yg berada di kawasan tersebut. No entry khas untuk penyewa sahaja :) 

Sebelum tu, yna dah pun share dalam dua entry yang lalu. Tips2 untuk mengadakan Majlis Hari Jadi dan Gambar-gambar sepanjang Majlis Hari Jadi Icha. Korang boleh klik link ni ya :) 



LINK 2 : BIRTHDAY ICHA

Yna pon sebenarnya x tau yg kita kena dapatkan Surat kebenaran daripada pihak berkenaan. Ingatkan boleh main redah je hihi..Mujurlah tergerak hati nak review dalam internet. So yna ada terbaca beberapa entry blog yang bagitau kena ada kebenaran bertulis daripada Perbadanan Putrajaya kalau nak buat majlis macam tu kat sini. Then, yna cuba hubungi Perbadanan Putrajaya dan mereka maklumkan yna kena hubungi Pengurusan Taman Wetland sendiri. Difahamkan Taman Wetland di bawah Pengurusan Marina Sdn Bhd. Adooiii banyaknya prosedur hehehe..tapi xpe..nak seribu daya kan!.



Yna pilih lokasi Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland!. Kenapa pilih situ?? sebab dah biasa bawak Icha area situ. So xde la rasa susah sangat. Lagipon dekat dengan area Rumah Yna. Jadi senang la kan. Xde masalah tersesat jalan ke apa hahaha... 



Gambar ni yna ambil untuk serahkan kepada Event Planner sebab dorang nak tentukan decoration for party. Ada tiga Wakaf di Taman Wetland ni. Yna pilih Wakaf no 2. Selain lokasinya yang menarik, strategi menghadap ke Tasik, wakaf ni juga berdekatan dengan Parking kereta. So mudahlah bagi tetamu-tetamu yang hadir. X ada la kena jalan jauh sgt kan. Kalau korang dtg sini, time ramai orang mmg kena parking kereta di atas-atas bukit sebab parkingnya x banyak. Tengok gambar kat bawah ni.  


Okey berbalik kepada prosedur untuk tempahan. Bila dah call Pihak Marina, dorang akan explained detail pada kita. Untuk sewa tapak/tempat dikira sehari mengikut jam.. Cas yang dikenakan jugak berpatutan... Rm100 untuk setengah hari dan Rm200 untuk satu hari. Pihak Marina Sdn Bhd akan emailkan kita quotation dan ada form yang perlu kita isikan. Ni yna bagi korang gambar untuk rujukan ya :) 


Maaf form yang disertakan yna x dpt letak kat sini atas sebab PRIVACY tapi yna share email yang berkaitan untuk makluman ya :) Bila dah isi semua form, dah buat bayaran, korang emailkan semula kpd Marina Sdn Bhd. Then, sehari lepas tu korang boleh follow up..tapi dorg ni cepat. Yna terus dapat confirmation hari yang sama. Bayaran boleh dilakukan secara online atau korang boleh pergi ke Pejabat. Nak mudah, cepat, jimat masa..korang online je. Detail maklumat akaun smua dorang akan email kat kita. 


Bila dah settle booking tempat, baru la rasa lega. So boleh la bernafas dengan tenang hihihi..Then korang boleh teruskan dengan persiapan yang lain-lain. Apa pun perancangan kita, Perancangan Allah adalah yang terbaik. So keep smiling kalau ada kesilapan masa majlis tu...x mengikut kehendak yang korang nak..sebab x ada yang sempurna kan (:  

Yna tinggalkan maklumat Marina Sdn Bhd Putrajaya untuk memudahkan korang berhubung dengan mereka : 

Marina Sdn Bhd Putrajaya
Adress : Jeti Putra, Jambatan Putra 
Presint 1, 62000 Putrajaya
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com
Phone : (603) 8888 5539 
Fax : (603) 8888 3769 

Alhamdulilah, selesai entry untuk tahun ni.. Entry yang tertangguh akan yana bawa ke tahun hadapan huhu...x dapat nak ikot SOP yang diri sendiri tetapkan hahaha...tahun depan sila cuba lagi!! :p Semoga apa yang yna kongsikan, dapat kita manfaatkan bersama. Sekiranya ada kesilapan, terkasar bahasa harap korang maafkan ya. Kepada semua customer Liyan Pages, terima kasih kerana sudi berurusan dengan yna.. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry.. Assalamualaikum :) 





"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


2 comments:

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)