"Bersyukur sepanjang waktu, pagi, petang, siang dan malam, malah pada waktu senang mahupun susah. Usah berterusan mengeluh dengan kesusahan dan dugaan dihadapi kerana ia ada hikmahnya buat kita semua. Begitu juga, apabila dilimpahkan kesenangan, jangan sesekali lupa diri, tetapi berwaspadalah..."
In sya Allah...akan sentiasa tersemat dalam hati. Sentiasa bersyukur.. ingat apa yang berlaku adalah ketentuan. Allah dah rancangkan yang terbaik untuk kita. Dan jangan sesekali menyalahkan takdir. Terus bangkit, dan melangkah..sehingga ke nafas yang terakhir.. keep smiling :)
Entry khas "FOOD LOVER" ni yna create untuk share makanan yg sedap2 hehe..mana tau kalau korang pon berminat, boleh la pegi merasa kan. Kalau yg follow instagram yna.. boleh hashtag #kalauxsedapxshare hihihi..sengaja buat hashtag tu..senang nak tau sedap ke idok :p
Kali ni yna makan nasi Ayam di Restoran Italees.. Sebenarnya, restoran ni lama dah beroperasi tapi yna yang x tahu kemunculannya hehe.. Kebetulan masa tu yna pergi ke Butik Manjaku Bangi. Restoran ni area Bangi Sentral, bersebelahan dengan kedai Dim Sum (Muslim). Sederet juga dengan Jovian Mandagie.. kalau korang x jumpa jugak guna la waze..taip je nama restoran ni, senang je x susah kan hehe.. :)
Yna pergi dengan kawan2 opis hari tu. Waktu lunch hour...kitorang order Set Nasi Ayam Roaster dengan Set Nasi Ayam Steam. Nampak menarik...tunggu ada lagi..nasi mana nasi??? hahahaha... lapa dah ni..dari pagi x makan, minum milo je...aishhh x sabar dah hehehe...
taraaaa penuh meja hehe..makan bertiga je... nampak menarik x??? Nasi Ayam Set ni ala-ala Chicken Rice Shop! Ada Tauge, Sup Kosong, Sos cili. Nampak sama kan??
Deco makanan ni pon lebih kurang Chicken Rice Shop, ada timun salad lengkap! Yna suka sos cili dia sebab pedas2 manis..nak bagitau ni hehehe, pstttt sedap lagi daripada Chicken Rice Shop tau hahaha...harga pon MURAH!. Lepas ni boleh la bawak dak zara datang sini. Sebab dia pantang nampak Chicken Rice Shop tu haaaa confirm nak!
Set Nasi Ayam Roasted + Tauge + Sup Ayam
memang sedap! korang kalau x rasa lagi, pergi la cuba..x rugi! Trust me!!!! sebab yna mengaku yna seorang yg cerewet bab makan ni hahaha..kalau x sedap sumpah aku x datang lagi kedai tu..dapat plak harga berdentum2..erkkk mmg confirm awal dan terakhir jejak kaki hahaha.... :p tapi hat ni memang puas hati sangat2.
Sup kosong dia pon ada rasa..sebabnya ada sesetengah kedai tu supnya Ya Allah cair ya amat...macam air masak je, nak hirup2 cairrr...frust! Tapi yang ni memang sedap. Kena dengan tekak Yna. Lagipun yna x sihat flu hari tu..so makan sup kosong panas2 curah atas nasi..ermm nikmatnya, sambil pejam mata hahaha :)
Dekorasi kedai ni pon nampak kemas...cuma kedainya dah lama..so dekorasi nya pon agak lama..maybe boleh hiaskan bagi nampak menarik lagi..sorry just pendapat daripada juri x bertauliah hihihi..
alhamdulilah..kenyangggg syukur! Makan sampai licin hahaha...nampak betuil laparnya hahaha...sory belanja korang gambar ja ya.
thanks Ida, Kak Ku keluar dengan yna :) gambar yna mana?? x dak! belanja gambar depa je hihihi
Kemas kan? so far tengok kebersihan kedai ni pon okey. So x ada la rasa was2 nak makan kan..
kat meja ni la extra Sos untuk Nasi ayam tadi.. Korang boleh amik je kat sini. Oh ya... selain set nasi ayam..menu2 kat sini mcm kedai yang lain-lain jugak. Ada masakan panas, goreng2 dan juga western food. Maybe next time yna nak cuba western food dia plak.. mana tau sedap..boleh share lagi kat korang kan? :)
Kebetulan yna pergi tu x ada orang..sebab waktu orang sembahyang Jumaat. Jadi dekat kedai tu mmg kami2 je.. x de la segan sangat nak amik gambar hahaha..abis semua cerukk yna amik :p hihihi...
Okey sebelum balik sempat lagi snap gambar betul2 pintu pintu masuk kedai. Korang boleh usya2 menu yang ada. Yna rasa sampai sini je entry kali ni..next kita share lagi makanan2 yg sedap. Review je dalam entry food lover k! Ingat.... #kalauxsedapxshare hihihi... Assalamualaikum... bye2! :)
"DO ALL THINGS WITH LOVE"
No comments:
Post a Comment
TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)