Showing posts with label CELOTEH YNA. Show all posts
Showing posts with label CELOTEH YNA. Show all posts

23 AUGUST 2017 : TERUSKAN USAHA TANPA JEMU DAH LELAH





TERUSKAN USAHA TANPA JEMU 
DAN LELAH 



Sekecil apa pun wangnya akan cukup bila digunakan untuk HIDUP. 

.
Tapi sebanyak apapun wangnya tak akan pernah cukup jika hanya untuk memenuhi GAYA HIDUP!



Sila hadam..... :)  #liyanquotes


Alhamdulilah.. setelah berbulan-bulan TAK updated blog, hari ni yna muncui kan diri hehehe... Terlalu sibuk update FB, Instagram sampaikan lupa dgn blog sendiri. Bukan Tak ada hati lagi nak menulis. Memang asyik teringat je.. Lepas dah pindah tempat kerja baru ni, memang msa untuk diri sendiri pon kadang2 tak ada. T
api yna anggap semua ni adalah satu rezeki, satu pengorbanan yg perlu yna lakukan untuk masa depan kami bdua. 

Sedar tak sedar dah setahun sudah yna di Kementerian Pendidikan Tinggi. Banyak pengalaman baru yang yna belajar. Alhamdulillah makin hari makin okey dan bersemangat!!. Cepatnya masa berlalu, hampir 8 bulan juga rasanya yna x menaip apa2 dalam blog ni huhuhu.. TERUK!!

So hari ni, yna cuba luangkan masa utk update blog. Sebelum tu yna nak bgtahu ni,  khas untuk makluman semua, yna dah create new akaun instagram bagi semua Tempahan Pulut Kuning by Liyan Pages. So korg semua boleh follow instagram @pulutkuningputrajaya ye. Jangan lupa follow tau. Follow ramai2 okey ;)

Tq so much atas sokongan semua. Setiap minggu ada je tempahan Pulut Kuning. Kadang-kadang sampai tak menang tangan yna nak siapkan tempahan customer. Alhamdulillah, syukur sgt :) 


In syaa Allah yna akan share semula dalam blog semua tempahan-tempahan pulut kuning customer. Dan juga hasil2 makeup yna. Sebab yna tau ramai juga yang suka review hasil kerja yna dalam blog ini kan. Ye ke hahaha...


motivasi untuk kita semua :) 


Okey rasanya sampai sini dulu. Nanti yna bercerita lagi ye. Ingat lagi tak tagline yana????? sila tengok bawah ........ 
bye semuaaaaaa jumpa lagiii !!!! ^_^



"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


18 SEPTEMBER 2016, SUNDAY : ADA KETIKA MENDIAMKAN DIRI ITU JALAN TERBAIK


Lamanya yna x menaip! 
.
.
RINDU!
.
.

Banyak hal yang berlaku sepanjang 4 bulan yna x updated blog. Klu ikotkan banyak perkara yang yna nak share. Tapi tu la. Tak sempat. x sempat nak bermanja2 dgn blog ni hehe.. Now hari ni baru ada kesempatan untuk menaip seringkas yang mungkin! Wlupon yna x aktif di blog tapi yna masih aktif di FB, fanpages dan Instagram. 

Masih lagi share hasil-hasil kerja by #liyanpages masih lagi menerima tempahan makeup/pulut kuning dan juga jualan SERUM MAWAR yna yang meletop2 tu hehe.. masih lagi share kisah-kisah #cikzaralyana 

Alhamdulilah syukur sentiasa dgn apa yang kami ada :) 

Entah kenapa tetiba mcm x tahu nak menaip apa haha.. padahal tadi
banyak yang yna nak kongsikan dengan korang. Mungkin mendiamkan diri itu adalah jalan yang terbaik. Terbaik untuk semua. Diam bukan bermakna kalah, diam juga bukan bererti kita lemah.... :) 

RINDU!

Yup rindu kamu yang baca blog yna ni. In syaa ALLAH nanti yna akan share dlm entry celoteh yna lagi ek. Buat masa ni mungkin yna perlukan sedikit masa untuk fokus kepada kerjaya dan #dakzara :)

Doakan yna sentiasa sabar, kuat, dan sentiasa tersenyum untuk semua. Awk doa yang baik-baik.. in syaa Allah yang datang kepada awak jugak yang baik2. Ingat tau. Okeylah awak. Next time yna menaip lagi. Mekasih sudi baca entry blog yna yang sejemput ni hahaha.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum. 





"DO ALL THINGS WITH LOVE"

26 APRIL 2016, TUESDAY : SERUM MAWAR ZEETA LUAR BIASA!



Assalamualaikum semua. Jangan rasa pelik selang sehari yna updated blog. Itu maknanya yna terlebih rajin hehe.. mood menaip pun tengah ada ni. So layankan je tau. Entry kali ni yna nak share dengan korang mengenai satu Serum yang luar biasa! Memang sangat-sangat istimewa. In syaa Allah korang akan suka dan jatuh cinta dengan Serum ini!


Okey meh la yna cerita kat korang latar belakang mengenai Serum ini. Utk makluman semua, serum mawar dikeluarkan oleh Richnine Resources dan Pengasasnya adalah Puan Zaiti Noordin. Kalau korang nak tahu serum mawar ini diperbuat hanya berasaskan bunga mawar melalui proses penyulingan dimana patinya dijadikan sebagai Serum. 


Apa yang buat yna tertarik untuk mencuba produk ni kerana produk ni bebas daripada Bahan Kimia dan Alkohol. 100 % bahan semulajadi tau. Itu yg buat yna tertarik. Sekarang dah sebulan yana gunakan Serum Mawar ni. Yna sangat2 puas hati. Bila kawan-kawan dah mula tegur, perasan dengan perubahan diri yna..dorang pon tanya yna guna apa. Jadi apa lagi terus ambil peluang. Peluang apa? Peluang untuk sertai menjadi agent produk ini. Yna berharap sgt dapat bantu kawan2 yg mempunyai masalah. Nak kita sama-sama muda hihihi. Memang sekarang ni lebih bersemangat. Yna mesti suggest pada kawan2. Sebab penggunaan serum ni sgt simple. Pstt...pstttt.. dah cukup! Memang senang gila la! Tak ada lagi istilah malas-malas. awak nak cantik ke idoookkk!!  hehehe... 


Fefeling duta produk kejap hahaha..Percubaan pertama yna upload gambor kat FB/Instagram..fuhhhh dengan gambar ni yna berjaya jual lebih 20 botol dalam masa satu hari je. Jangan muntah ijo ya..ni kenyataan hehehe... memang rasa seronok la sbb dapat sambutan. Habis semua kat kawan2 yna promote termasuk adik beradik yna juga. Depa pon pakat order sorang satu. Benda baik haruslah kita share kan?


Gambar ni diambil masa yna ambik stok Serum Mawar kat Hq. Pertama kali masuk ke pejabat Hq. Ya Allah rasa tenang jiwa..sebab aroma bunga mawar tu memang menusuk kalbu tau. Harumm sangat... x tipu. Tu belum korang cuba spray Serum ni lagi..erm... Sumpah korang akan jatuh cinta!




Semua Stok ni ada yang yna poskan dan ada juga yang ambil by hand.. Yna pon x sangka dapat sambutan macam ni.Terima kasih lah kat semua.Alhamdulilah Syukur sangat :) 


Kelebihan Serum Mawar Zeeta??

✔Mengecilkan liang pori wajah
✔Menghalus dan melicinkn wajah

✔Gebu dan anjalkan kulit wajah

✔Awet muda
✔Anti stress 
✔Terapi minda
✔Menghilangkan mengantuk 
✔Melegakan selesema dan resdung 
✔Membuat solekan tahan lebih lama

✔ Bebas bahan kimia dan 100 % bahan semulajadi

Penggunaan Serum? 

✔Boleh dipakai selepas mandi
✔Sebelum dan selepas bersolek 
✔Boleh dipakai bila-bila masa


Dah baca? Nampak x kenapa yna teruja sangat nak share dengan korang semua pasal produk ni. Yang buat yna bertambah suka Serum Mawar ni sebab ianya HALAL dan telah mendapat pengiktirafan daripada Islamic Spa Practice (ISP). Jadi kita sebagai pengguna tak akan rasa was-was nak pakai apatah lagi ketika solat. Sekurang-kurang kita juga boleh support produk negara kita sendiri. Betul tak? 


Harga Serum Mawar ni juga sangat berpatutan. 

30 (ml) RM10
70(ml) RM20 



Kalau korang berminat nak order bolehlah roger-roger yna ek. Boleh whatsapp yna terus 013 - 3854 724. Kalau nak tengok testimoni atau lain-lain boleh review dalam Fb/instagram yna tau. Semua yna share kat sana. 




Dengan penggunaan serum mawar secara berterusan korg akan rasai perubahan pada kulit wajah. Kulit yang dulunya kusam akan menjadi lebih berseri, kelihatan segar dan x lagi kering. Ni apa yg yna alami tau. Yna akan terus setia dengan Serum Mawar Zeeta. So kalau korang berminat, nak apa2 info mengenai produk ini terus contact yna ya. Nanti yna akan share lagi kelebihan yang ada. Ok, sampai sini je. Next time kita jumpa lagi. Terima kasih semua yang sudi review blog yna. Ingat... psttt.psttttt Serum Mawar...pejam mata..korang akan rasa best sangat-sangat. dan rasai sendiri perubahannya! :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

15 APRIL 2016, FRIDAY : FOOD LOVER, VOLCANO SHABU SHABU DI CYBERJAYA




Bila korang tengok gambar ni, apa yang ada dalam fikiran masing2 hehehe... lapar??? suka?? sedap?? nak??? aishhhh semua ada hihihi.. kat mana ni??? ni yna nak share la..kalau korang suka steambot, korg memang patut datang ke sini. Dari dulu rasa dia tetap sama..Yna sangat-sangat puas hati :)  


Tapi kali ni special, sbb yna bawak dak zara.. dulu nak bawak dia x boleh sebab dia baby lagi hihi.. So kali ni yna rasa masa yang sesuai untuk bawak dia. Sebab dia pon suka masak! Tengok tu..laju je tangan dia mencapai... semua nak buat sendiri :) 


Lokasi Volcano Shabu Shabu di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Klu kita dari Putrajaya dalam 20 - 30 minit dah sampai.. X jauh pun..Halal ke?? Jgn risau..makanan kat sini diperakui halal.. Sijil halal memang ada ditampal di ruang pintu luar. Yna terlupa nak snap gambarnya.. So korang jangan bimbang, memang restoran ni dijamin HALAL dan BERSIH. 


Yana order yang Set untuk 2 orang makan. Senang x perlu nak pilih-pilih.. semua dah ada. Korang boleh pilih nak sup/tomyam.. Yna pilih sup dan tomyam.. Untuk Set ni mmg ckup klu makan lebih drpd 2 orang sebab banyak tau.


Favourite ichaaaaa hehehe... crab tu memang dia suka sgt.. yna paling suka slice daging tu.. sedap! Apa yg istimewanya makan steambot di Shabu Shabu ni??? Bagi yna yg buat tempat ni istimewa sebab pilihan sos dia. Ada lebih 6 jenis sos kalau x silap. Ada rasa manis, pedas..masam..semua complete. Wajib cuba tau. 


Master chef dah start dah tu..selalu tolong kita masak kat rumah je..hari ni bawak dia memasak kat luar plak..memang dia suka sangat la hehe.. laju je nak buat itu ini. tapi pada masa sama yna masih berjaga-jaga.


lama lagi ke ni?? lapa dah ni sayang...


Bismillah..kita makan dulu :) 




Alhamdulillah.. so....apa tunggu lagi..ada masa pi cuba ek. Memang confirm korg akan repeat lagi..lagi dan lagi...semua perfect bagi yna. Okey sampai sini je, in sya Allah kita jumpa lagi di lain entry.. Sebelum tu yna tinggalkan detail Restaurant ni untuk korang review. Assalamualaikum. (:

Lokasi : Persiaran Multimedia, Shaftsbury Square, 
Cyberjaya, Selangor. 

Dibuka : 11.00 am - 10pm 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"


29 MARCH 2016, TUESDAY : SEMARAK CINTA RUNWAY SHOW BY ZEETA ZARITH



Assalamualaikum..masih diberikan kesempatan untuk menaip! Alhamdulilah... entry kali ni yna nak share gambar-gambar sepanjang Majlis Semarak Cinta Runway Show by Zeeta Zarith yang telah pun diadakan pada 26 Mac 2016 di Hotel Laman Seri, Shah Alam. Mesti korang tertanya-tanya. Event apa sebenarnya ni kan?? 

Untuk makluman uolsss, ni adalah event Fashion Show memperagakan koleksi2 rekaan daripada Zeeta Zarith. Majlis ini juga diadakan khas untuk wanita je. Tetamu istimewanya adalah Anis Al Idrus dan juga ada beberapa lagi undangan khas yang turut dijemput. 


Ni lah poster event tu. Mcm mana yna boleh terlibat dgn acara ni??? Yna ringkaskan ya, pertemuan dgn Farah, salah seorang team drpd Zeeta Zarith telah membawa yna ke sini. Pd mulanya yna makeupkan mereka utk satu event. Then mereka telah tawarkan yna utk terlibat sama dlm menjayakan majlis ni. Lepas dah dengar detail drpd mereka. Yna setuju.. deal! (:  Hari kejadian bergambar bagai nak rak hahaha.... dah x nak banyak cerita uolss tengok je la gambar yang ado....


sampai je kat lokasi Hotel, yna snap gambar dorg tengah rehearsal. Event start pukul 2 petang. Tapi yna sampai awal sebab nak makeupkan team Zeeta Zarith. Pukul 8 pagi dah terpacak kat Hotel. Tepati masa!! 


Ni kerusi yang yna akan duduk sambil menonton fashion show cewaahhh rasa seseorang plak bila tengok macam ni hehehe. thanks team Zeeta dah lama x rasai suasana macam ni. 


Dalam pukul 9.30 pagi, yna naik ke bilik Hotel untuk 
sesi makeup...  


Senang sangat makeupkan aisyah ni. kulit muka dia bersih. Klu korang nak tahu dia lah anak kepada Pengasas Produk Kecantikan by Zeeta Zarith. 


Taraaa dah siap. Simple and natural. Makeup tanpa bulu mata dan tanpa cukur kening.. Done!!! :)





makeup manis-manis untuk awak yang memang manis!! 

okey nah belanja pic BEFORE AND AFTER. .
Nak Booking makeup??? Roger yna tau :) 

 Staf kedua yang yna makeupkan :) 


makeup tanpa bulu mata dan tanpa cukur kening. 
simple sweet2 untuk awak jugak :) 




Ada lagi team lain yg yna makeupkan tapi dsebabkan 
nak kejar masa x sempat nak amik 




kagum dengan mereka.. Photographer wanita yang hebat!! ;)


antara gambar yang sempat yna rakamkan


after selesai fashion show.. yna ambil peluang untuk bergambar dengan mereka-mereka yang terlibat :) 

  
with farah...tq farahh bagi peluang pada yana. Yna makeupkan farah jugak! ni je gambar yang sempat yna ambil. Dia memang superb buzy time event tu! :) 


With Anis Al Idrus... Tak kenal??? 
Okey search kat google sekarang hihi. 


with leesya,,Penyanyi muda yang sangat berbakat!!. ada sweet moment dengan dia ni sebenarnya hehehe..tapi rahsia hahaha.. akak doakan semoga Leesa terus berjaya dalam bidang yang Leesa ceburi ya sayangggg. :)



Bersama Puan Zeeta Zarith 


Senyum :) 


Gift Box khas kepada semua MUA yang telah menjayakan Event ni.. 


nahhh..banyak x??? best kan.. yang paling best.. Serum Mawar tu... memang yna pon dah jatuh cinta dengannya. Asyik nak spray je.. Bau rose dia tu...buat kita rasa terbuai-buai je hehehe... tq so much kepada semua.. terutamanya kepada Farah yang berikan kepercayaan dan peluang kepada yana. Hope akan datang kita boleh bekerjasama lagi. Banyak lagi gambar yang ada tapi malu la nak share hahaha...so before kita akhiri entry ni, nah belanja satu gambar kiteeee hihihi..jangan muntah hijo ya hahahaha!!! k bai...


ada mak cik kisah hahaha.. 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"