Showing posts with label THEME MAKEUP. Show all posts
Showing posts with label THEME MAKEUP. Show all posts

30 NOVEMBER 2015, MONDAY : GRADUATION MAKEUP!!



MAKEUP FOR KONVO LINDA, 
DI PICC - 28 NOVEMBER 2015 (SABTU) 


Hai semua, bertemu lagi kita... ok entry kali ni yna nak share makeup khas untuk convocation Linda yang telah pun diadakan pada 28 Nov 2015 (Sabtu) yang lalu. Linda ni datang dari jauh tau..from Langkawi...dia search je nama yna kat internet..terus deal and confirm booking makeup. Mekasih dik sudi ambil perkhidmatan makeup akak :) Kita tengok gambar yg sempat yna ambil khas utk entry blog kali ni. 








kesemua gambar yang dirakam tidak diedit sama sekali :) yna gunakan camera oppo (hpone) je..






Alhamdulilah makeup linda hari tu, satu family dia suka..
lega rasa.. depa puji cantik makeup hihi :) 




congratulation for your graduation and tq so much sebab sudi gunakan perkhidmatan servis akak.. ada rezeki, umur yg panjang kita jumpa lagi..mana tau kot akak nak bercuti kat sana hehe....take care ya! Kepada yang berminat untuk booking atau ada sebarang pertanyaan mengenai servis makeup yna, boleh pm yna di facebook atau wsp yna ke 013 - 3854 724 (Liyan). Semoga berjumpa lagi di lain entry.. assalamualaikum ;) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 




29 SEPTEMBER 2015, TUESDAY - MAKEUP PHOTO SHOOT UNTUK FARNI NURSING WEAR



MAKEUP MODEL FOR FARNI NURSING WEAR 
16 SEPTEMBER 2015, PRESINT 15 PUTRAJAYA

Hari ni memang yna dah promise nak siapkan entry yang lama2.. kalau yna tangguh2 lagi confirm terkubur je gambar-gambar ni. Nak x nak kena rajin.. say no malas2!! hihihi... alhamdulilah bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah berikan. kadang-kadang tu rezeki yang diberikan tanpa diduga.. yna berdoa moga Allah sentiasa berikan kerendahan hati dalam setiap nikmat yang diberikan. Yna takot dan berharap tak lupa diri dgn apa yang yna ada sekarang. Sentiasa ingat rezeki pada hari ini dan akan-akan datang adalah daripada DIA..bila2 masa sahaja DIA boleh tarik nikmat tu.. jadi jangan berhenti berdoa dan bersyukur..kerana dengan bersyukur akan bertambah rezeki kita.insya ALLLAH :) 

16 Sept 2015, orang cuti yana keja hehehe... sempurna makeup job utk customer hari tu.. 















Yna share dengan semua detail butik, detail photographer dan juga model sekiranya uolss berminat :) yg penting nak makeup boleh wsp or pm yna ya..Mekasih byk kepada owner butik kerana sudi memilih liyan as MUA. Jangan lupa follow instagram yna tau.. okey semua..semoga kita berjumpa lagi..dan semoga terus istiqamah, ingat ALLAH sentiasa ada bersama. be strong jika terjatuh jangan takot bangun..bangun..dan terusss bangunnnn :) salam sayang semua... bye2! :) 


Mua/Makeup : Liyan Pages
Model : zaqyahfarahana (instagram) 
Butik : FARRNI - NURSING WEAR
Photographer (gambar di studio sahaja)  : MOHYIDDIN.LENSAPHOTOGRAPHY
Instagram : zara_lyana_ 
Wsp utk booking makeup : 013 - 3854 724 (LIYAN) 



"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

28 SEPTEMBER 2015, MONDAY - MAKEUP PHOTO SHOOT ALMAHIJJAZ COLLECTIONS BUTIK




MAKEUP FOR ALMAHIJJAZCOLLECTION BUTIK
12 SEPTEMBER 2015, TAMAN FLORIA PUTRAJAYA 

Assalamualaikum semua ;) hari ni yna nak share makeup job yna untuk Bulan September. Banyak yg yna simpan x sempat nak kongsikan dalam blog. Alhamdulilah sepanjang bulan september ni jadual yna penuh. Hope hari ni dapat siapkan paling kurang 2 entry :) insya Allah... untuk entry ni yna nak share hasil makeup photoshoot untuk Butik Almahijjaz Collections. Lama dah yna x makeup model2 ni..rasanya 2 tahun ada kot stop! 






kenal x model yang yna makeup ni?? korang confirm kenal kan...especially peminat tudung FAREEDA.... tapiiiiiii yna sebenarnya boleh x tau hahaha..maafkan saya sis ;) kita pakai tudung faridohhhh mana nak tau hihihihi... nampak beno ko ni x mengikuti perkembangan semasa yna! zaman batu ek ko ni hahaha :p Tq Kak Lia..akak mmg peramah humble sangat..seronok dapat berkenalan dengan akak :)






makeup yang sweet2 krik2 ni from yna hehehe... boleh review dalam fanpages yna ya ;) 
 link FB kat sini LIYAN PAGES  






credit photographer to IMAGEBYIZWAN ok! bila tengok this picture next time kena makeup muka sendiri jugak hahaha..serabai betoi tukang makeup dia..sapa la dia ni kan hahaha :p

cantik kan semua koleksi baju2 daripada Almahijjaz Collections nie.. okey klu uolss nak dapatkan busana muslimah yang cun melecun ni boleh tengok dalam link nie ALMAHIJJAZ COLLECTIONS BUTIK  harga pun berpatutan. :) 

Sebelum yna akhiri entry ni yna share dengan uolsss semua link butik, photographer dan juga link fanpages yna ya.. terima kasih yang x terhingga juga kepada owner butik kerana sudi bekerjasama dengan yna dan memilih yna as your MUA. Dan x lupa kepada Kak Lia as Model mekasih byk sbb sudi tadah muka hehe..Semoga ALLAH murahkan rezeki akak juga :)  Bagi anda yang berminat untuk booking makeup, boleh terus pm or wsp yna ya..mekasih sebab sudi review blog yna. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry. Teruskan bersemangat dan jangan mudah putus asa!!! bye2 :) 


MUA / MAKEUP : LIYAN PAGES
Butik Almahijjaz Collection : ALMAHIJJAZ COLLECTION BUTIK
Photographer :  IMAGEBYIZWAN
INSTAGRAM : zara_lyana_


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


TUESDAY, 06 JANUARY 2015 - RETRO MAKEUP



RETRO MAKEUP | PUTRAJAYA 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ;) doa yna masih sama seperti tahun2 yang lalu..Yna doakan agar kehidupan kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah... Selamat Datang 2015.. Macam biasa gambar dah terperam lama baru yna nak updated hehe..maaf ye..dah biasa kan..so biasa2 kan lah  hahaha... Kali ini yna share dgn uolss semua gambar customer yg yna makeup pada 20 Disember 2014 (Sabtu). Ika minta yna makeupkan die tema Retro untuk hadir ke Majlis Annual Dinner (Office). Thank you so much Ika kerana sudi gunakan servis makeup by Yna. Take care yourself and baby too... Semoga Selamat bersalin hehe..u are so cute and hot mummy! ;) 



BEFORE AND AFTER BY ME

IKA X TUKAR BAJU LAGI TIME NIE ;) 








So cute dear hehe..mumy to be! ;) 







"DO ALL THINGS WITH LOVE"


FRIDAY, 19 DECEMBER 2014 - MALEFICENT & SNOW WHITE MAKEUP




MALEFICENT & SNOW WHITE THEME | PUTRAJAYA 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah amin...entry kali nie yna share makeup from my dear customer, makeup for dinner. First time yna makeup bertema hihi..before just makeup pengantin je. Klu yg makeup for dinner pon xada yg tetapkan tema. Yg penting dear customer nk nampak cun melecun hihi. Tp kali ini mmg berbeza. Tapi yna sahut cabaran dan terima job nie sebab Dear Sis (Customer) sgt2 berharap. Sampai die msg yna berulang2 mintak yna setuju hihi. Yna x brani nak amik job nie pada mulanya sebab takot x jadi. Mau x risau. Lagipun yna bukanlah seorg yg PRO hihi. Klu ikot kan watak sebenar dlm filem maleficent nie muka bengis garang..tp yna buat ala- melayu comei gitu haha.. yg berbeza yna x pernah kot gunakan celak hitam pekat kat kening..mak aihhh memang seram..yg Sis Bzah suruh tekan kuat2 hahahaha..seram mak nokss hahaha... apa2 pon semua nie pengalaman buat yna. Tq kak. Okey lah x nak cita panjang lebar, yna share gambar2 sepanjang yna makeup dan juga gambar from dear Sis dengan baju/kostum masing-masing.


makeup done by me - maleficent theme



maleficent theme versi melayu hehe ;) 


tq so much Sis Bzah :)




Snow White Theme Makeup done by me ;)

snow white theme ;)



tq so much! both of u are really SEMPOI haha ;)



TERBAIK SIS ;) Makeup done by me



Sekali lagi yna ucapkan terima kasih kpd Sis Bzah bcoz ini kali kedua gunakan servis makeup yna hehe..tq kak. Semoga Allah murahkan rezeki akakberdua..amin.. next time nak makeup2 lagi boleh roger2 yna! ;)  mekasih ya... 




"DO ALL THINGS WITH  LOVE"