Showing posts with label OREO CHOCOLATE. Show all posts
Showing posts with label OREO CHOCOLATE. Show all posts

10 MAY 2015, SUNDAY : TEMPAHAN COKLAT OREO UPIN IPIN



TEMPAHAN : PUAN ROSSA, PUTRAJAYA 
29 APRIL 2015 (KHAMIS)

Salam sayang semua...yna harap uolls yg sudi review dan baca blog yna sht2 dan dilindungi Allah sentiasa. beberapa minggu ni kesihatan x mengizinkan..demam! Cik Zara pon sama..kesian sampai kena amik darah...menangis dia siap ckp dgn nurse tu..."lepaskan saya, lepaskan saya" aduhaiiiii....sayu dengar... terpaksa la sebabnya demam dah lebih 4 hari..risau yna klu2 demam denggi..itu yg bawak dia ke klinik dan jalani ujian darah. Alhamdulilah cik Zara hanya demam biasa..x saspek denggi..lega rasa..itu yg entry terperam seminggu..ada lagi 3 entry yg yna perlu share..aduhaiiii kena buat cecepat ni..klu x mmg x terkejar nak updated blog.... :) 

nampak kan gambar oreo bebanyak tu :) confirm uolss dah tau apa yna buat dgn oreo ni kan...kali ni yna nak share dengan uolss tempahan coklat upin ipin from Puan Rossa. Tempahan sebanyak 50 pcs untuk hari jadi anaknya siap sempurna seperti diminta :) Seperti biasa kartun upin ipin pilihan customer yna kali ni. Pn. Rossa bagitau yna dia nak bawak balik kampung di Taiping. 

Memandangkan perjalanan memakan masa lebih 3 jam dari Putrajaya ke Taiping, yna tinggalkan amanat-amanat kpd Pn. Rossa hehehe..mmg pesan kat dia jgn letak coklat ni dlm bonet kereta...sbb coklat ni x blh terdedah dgn keadaan panas atau cahaya matahari. So klu berhenti di R&R nak solat atau lama-lama di R&R jgn tinggalkn coklat dlm kereta (bawa bersama) ;) Bimbang juga klu2 coklat ni cair..sbbnya first time customer yg tempah untuk bawak jauh-jauh ni. Biasanya tempahan adalah sekitar kawasan putrajaya sahaja dan confirm akan makan terus! hihihi...


Untuk tempahan coklat, minimum 5 pcs coklat (1box) Rm10.00 sahaja. Bagi tempahan 50 pcs ke atas yna akan berikan harga SPECIAL..ada diskaun..jgn bimbang :) Untuk sekitar Putrajaya (free delivery) luar kawasan yna x hantar ya..kena ambik sendiri. Coklat upin ipin ni x terhad untuk majlis hari jadi, baby shower dan lain-lain...klu nak makan saja2 pon yna terima (bergantung kpd kekosongan jadual yna).. sebab tu klu nak tempah kena awal2, jgn esok majlis baru hari ni wsp yna nak order..mmg yna xdpt nak terima..maaf ya..yna akan bgtau awal-awal kpd customer. Sebab jadual ujung minggu yna x menentu. Kadang-kadang yna sibuk dgn makeup job... nak tempah?? inform awal-awal tau :)



yna masukkan coklat-coklat ini dalam box (transparent)..ada 50 pcs semuanya. Yna asingkan utk pastikan coklat ni x rosak dan kemas..untuk hiasan atau deco setiap box juga adalah bergantung kpd customer. Yna sedia menerima tempahan utk doorgift. So klu uolls nak hias2 box ni..nak letak reben, bunga-bunga ka..boleh bgtau yna. Senang cita ckp ja nk camna..uolss sedia duit ja hehe... :)


Yna masukkan dalam box seal dgn Sticker Liyan Pages :)

gambar di atas respond from Rossa. Yna pm dia tanya samada coklat tu cair x masa dalam perjalanan..sebabnya masa yna balik kg cuti Hari Pekerja 1 mei tu Ya Allah jalan punyalah jammed gila.x pernah rasanya macam tu.Maybe sebab terlalu lama dalam kereta itu yg sampai demam-demam kami...Seronok sgt bila rossa ckp coklat x sempat masuk dlm freeze dh licin!!!! hihihi..budak-budak mmg confirm suka. Thanks again kpd Pn. Rossa kerana sudi tempah coklat upin ipin dengan yna :) okey lah yna rasa sampai sini je..next entry yna nak share untuk makeup job nikah di Cheras..harapnya ada masa untuk menaip lagi...yna blanja gambar dengan Cik Zara masa hadiri majlis kawin kt kg. X byk gmbr yg ado..sbbnya kami x sihat so cik Zara pon nak mmerap je. tengok lah kemanjaan dan mengada-ngada dia tu terserlah!! hihihi...okey la..salam sayang smua drpd yna a.k.a LIYAN PAGES :)



"DO ALL THINGS WITH LOVE"

13 APRIL 2015, MONDAY : HOMEMADE OREO CHOCOLATE



Nak cita apa yna buat minggu lepas :) 10hb hari Jumaat macam biasa klu hari jumaat yna akan balik rumah..sebab masa rehat panjang kan...lagipun jarak opis dengan rumah yna dekat je. X jauh 10 minit dah sampai hehehe..so mmg xde masalah klu nak balik rumah. Sambil rehat-rehat peluk cik Zara..tiba-tiba macam rasa nak makan coklat! Lamanya x makan coklat klu dulu dalam peti wajib ada cadbury! mmg yna gila coklat. abis ja beli..abis ja beli..cik Zara pon sama! tapi masih under control hehehe....

tapi sejak berita pasai cadbury ada bxxx!!! tu yna terus stop beli huhuhu...wlupon pihak berkuasa telah mengeluarkan kenyataan yg coklat ni halal dan tiada unsur-unsur berkaitan tetttt!!...tapi yna mmg terus stop membeli.yna membayangkan erm..rasa tekak loya bila nak menelan...perasaan yna mungkin, tapi masing-masing ada hak untuk memilih kan... :) 

Tengok jam banyak masa lagi..Buat coklat sempat lagi ni..hihihi..terus tanya Cik Zara "ayang nak coklat?? kita buat jom".. dia apa lagi suka sangat la...Yeyyyy!! Yna pon selongkar la brg2 dlm cabinet.tengok2 klu ada barang yg boleh buat coklat! Dalam cabinet khas yna cewahhh mcm poket doremon plak hihi..mmg ada brg2 bakeri.Bila ada masa..klu mood rajin tu dtg mula lah nak buat macam-macam.Tp klu time kemalasan melanda mmg terperam je brg2 x bersentuh. ada sampai yg dh expired bru perasan..teruk betui kan! membazir..ampunkan saya!...cari punya cari fuhhh ada...lega..klu x kena berlari pi kedai beli coklat sbb cik Zara dah over excited terkinja-kinja nak..dia x tau ibu dia ingat lagi ke dak nak buatnya hahaha..klu x jadi mampuih.... :p

masa buat coklat ni, cik zara pon sibuk la nak buat sama...kecoh la kat dapur. kita nak kacau coklat dia pon nak buat sama..dah berebut!! korang rasa camna?? cik zara confirm kalah hahaha.. ye ke?? huhuhu T_T suara cik zara kuat melantun-lantun bergegaq rumah dia buat... "cha nak kacauuuuuuuuu!!!!!" penyudahnya teriakkk nangis hahaha..kena marah dgn ibu..lepaih tu buat drama "ibu marah cha ni x sayang cha" huhu..sabo je lah.. hehehe..nah lah amik la nak kacau sangat...tapi moment ini idaklah yna snap gambaq..x sempat lah aihhhh nak fokus buat coklat!! kejar masa!

dah elok2 letak dalam acuan..yna masukkan dalam peti ais..yna cepatkan sedikit suhu x lama dalam 15-20 minit ja dah keras..alhamdulilah nampak menjadi hehehe...yg cik zara x nyempat-nyempat nak makan. dia acah-acah kita nak tekan coklat tu..ishhh suka tau! x pasai-pasai kena gomoiii haha saboooo je dak kecik ni :) masa nak buat deco yna umpan dia dengan cita upin ipin..itu yg dia pi ruang tamu tengok cita faveret dia...layann je..confirm dia x kacau klu dah tengok cita tu. so dapatlah yna mendeco dengan aman hihihi :)


tadaaaaaa ni lah hasilnya...lepaih dah deco...dapat 8 ketui ja..ini je yg sempat buat sebelum masuk opis...siap2 ja yna terus snap gambar. masa snap gambar ni cik zara dah tido. :) patutlah senyap ja x menyibuk ke dapur. rupa-rupanya dia tdo hehe..ni klu dia bangun tengok dlm peti ada coklat ada gambaq karton upin ipin..confirm la dia menjerit suka hehehe..dah siap-siap yna saja share dalam FB. tup-tup dapat tempahan! Ya Allah bersyukur sangat..kadang-kadang yna buat benda yg yna suka..share dan ada yg berminat...terus tempah. mekasih la kt kwn2 yg slalu support yna. Semoga Allah membalas jasa budi baik korg semua...dan rezeki kita semua diberkati Allah..amin....terharu T_T 

Sebenarnya oreo chocolate ni salah satu menu yg ada dalam iCandyBuffet by Liyan Pages.. yg ni ada masuk dalam pakej. dalam entry yg lepas yna ada bagitau kan...smua coklat dan cupcakes adalah homemade... yna buat khas utk customer... :) 


budak-budak mesti suka..sebabnya gigit ja coklat ni terasa keenakan oreo..sapa yg x suka oreo kan..penuh coklat dan vanila cream..nyummmy :) tapi yna x suka manis-manis sgt..jadi yna x letakkan gula dalam coklat. no sugar cuma butter utk rasa lemak-lemak krim..apa igt gulai ja nak kena berlemak hehe...coklat pon ado okey..:) yna biarkan rasa manis-manis original biskuit oreo tu. Yna gunakan dark coklat. sebab tu itam legam ni hihi...coklat nie sesuai untuk dijadikan sebagai doorgift, majlis hari jadi dan lain-lain.bukan bebudak ja.mak bebudak, bapa bebudak pon pulun mkn sama!
BETUI BETUI BETUIII HEHEHE....NGAP MASUK MULUT! :)



nampak?? nampak kan hehe..sampai macam tu sekali dia makan..sedap beno nampaknya..mmg sedap pon hahaha..ni adalah coklat yg terakhir! itu pon kena sorok sbbnya dia nak makan lagi.. disebabkan manis so yna kena kawal jugak la kan...dh habis licin dia boleh tanya "bu abis dah?" amboiiii mintak buat lagi la tu hehehe.... tempahan coklat oreo ni yna dah masuk dalam diary... nanti dah siap untuk customer yna share dlm blog ya... :) okey la sampai sini saja. nanti kita jumpa di lain entry..mekasih luangkan masa review dan baca blog yna! Semoga jumpa lagi..salam....







"DO ALL THINGS WITH LOVE"