Showing posts with label SENDAYU TINGGI. Show all posts
Showing posts with label SENDAYU TINGGI. Show all posts

24 AUGUST 2015, MONDAY : HIGH DEFINITION STUDIO FOUNDATION POWDER BY SENDAYU TINGGI



Boleh tak kalau share gambar je..x menaip apa2...rasa cam krik krik je.. boleh??? boleh kan?? bolehhhhhhh sesangat...camtu ko tutup je blog ni yna! haaaa amikkk kau hehehe...x kira apa pon yang terjadi... kehidupan harus diteruskan.. bila Allah x bagi apa yang kita minta....bermakna, Allah tau apa yang terbaik untuk kita.. in syaa Allah kuat seperti selalu walaupun terkadang rasa x mampu.. chaiyookkkk!!!!. ;) 

Entry hari ni yna nak share dengan uolsss powder yang gojess siap ada bubble warna warni lagi.. hanya di Sendayu Tinggi ;) berminat?? teruskan pembacaan ya. 



Kenapa yna pilih bedak ini?? 

1) Bagi uolss yang x tahu atau kurang jelas apa itu HD.. HD ini maknanya High Definition. Sebab tu bedak ini dinamakan High Definition Studio Foundation Powder. Bermakna bila uolss pakai kat skin, ianya akan nampak luminous dan light walaupun dipakai nipis. 

2) Bedak ni sesuai untuk uolss yang berkulit kering dan berminyak. Yna suggest korang pakai dengan berus yang lebar untuk dapatkan kemasan yang Natural. 

3) Memandangkan bedak ni bukan bedak padat so x boleh apply dengan wet sponge. Kalau apply jugak?? Kalau korang apply jugak...hasilnya akan jadi sopak-sopak.. x rata kat muka..x cantik..x lawo!! haa...so jgn nak derhaka ya..hihihi.. ;) 



Bedak ni ada 3 Code iaitu 01 Porcelain, 02 Soft Sand dan 03 Walnut. Bagi uolss yg kulit sawo matang... boleh beli HD Powder Code 02 atau 03...yna pon gunakan code ni. 



Berapa harganya??? 

RM45... sangat-sangat berpatutan :) boleh dapatkan di Sendayu Tinggi Outlet berdekatan, atau di sini SENDAYU TINGGI ONLINE  or korang juga boleh beli dengan yna wsp 013 - 3854 724 (Liyan) dan jangan lupa like Fan Pages yna here link  LIYAN BEAUTY 




Okey uolsss sampai sini ja dulu ya..next time kita share lagi apa yg boleh di share hehe... stay tuned byk lagi produk ST yg yna akan updated. Sebelum undur diri, up satu gambor.. saja telengkan...bagi korang teleng kepala sendiri! hehe.. mekasih yang sudi review dan baca blog yna. yna jugak nk mintak maaf klu ada terkasar bahasa, atau ada ayat2 yg dlm blog yna ni kurang sedap dibaca... maafkan saya yg sgt kerdil ini..sememangnya diri ini x sempurna... ;( Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua...bukan dunia yg kita kejar..tapi akhirat... senyum selalu... walau apa pun yang kita lalui... yakin..yakin..yakin..kuasa Allah maha mengatasi segalanya.... ;) semoga jumpa lagi...bye2! 





"DO ALL THINGS WITH LOVE"




20 AUGUST 2015, MASCARA SENDAYU TINGGI


Assalamualaikum semua..now ni gigih betul yna menaip! rajin terlampau nak updated blog hehe.. sebabnya banyak sangat dah gambar-gambar yg terperam, dah melimpah-limpah..x tau nak letak dlm mana dah. ambik snap2 tapi biar macam tu je. Lagi satu sekarang ni tengah kejar nak dapatkan BE by NUFFNANG mana tau kan ada rezeki lebih dapatla beli barang makeup lagi hihihi.. kalau betul caranya berblog ni bukanlah perkara yang sia-sia yang paling utama bukan buang masa tau!!. ada benefit bagi mereka yg betul-betul faham. Selain daripada dapat berikan manfaat kpd semua..secara x langsung dengan menulis blog kita akan lebih menghargai semua yg kita miliki. Macam blog ni yna bukan share entry2 khas perniagaan online semata-mata tapi yna juga share mcm-mcm benda. Tips kecantikan, masakan, makanan, beauty produk dan kadang-kadang yna juga selitkan kata-kata semangat yg boleh dijadikan sebagai motivasi dan panduan semua. Best x??? berani ckp x best...nanti yna sumpah jadi batu!!! hahahaha....

Kali ni yna nak share dengan uolsss mascara by SENDAYU TINGGI  nak tau apa yang buat yna jatuh cinta dengan mascara ni..teruskan pembacaan uolss ya!.

Double Impact Long Lash Mascara tu diaaa nama panjang nya... ;) 

Kenapa yna suka dengan Mascara ni??? 


1) Berusnya Unik - cuba korang fokus kat berus dia.. berusnya pendek dan jarang.. permukaan ni sebenarnya dapat menyaluti setiap helaian bulu mata dan kesannya menjadikan bulu mata uolsss melentik dan panjang dengan sekali sapuan.. mmg betui..yna pakai sekali ja..dah macam bulu mata gajah!! hahaha... melentikssss uolssss ;)


2) Tidak Bergumpal - ni yang paling utama. sebab apa? Ada tiga koleksi mascara yg yna ada Benefit, Maybelline dan Silky Girl. Ketiga-tiga mascara ni mmg paling best.. Bila pakai mmg tidak akan bergumpal. Korang tau bergumpal? mascara penuh dekat berus...bergumpal..Contohnya bila korang cuba pakai kat bulu mata.. hitam tu akan jadi tebal dan nampak x sekata..kadang-kadang buat bulu mata kita jadi rapat. mcm kena gam!



3) Senang dibersihkan  - korang bersih x berus mascara masing-masing?? ini penting ya.. kena basuh sebab salah satu utk elakkan bakteria. kadang-kadang bila dah terlalu lama mascara tu kita guna tenyehhh ja..nanti berus tu akan jadi keras..sbb tu berketul-ketul jadinya..Kalau x bersihkan mungkin menyebabkan sakit mata..atau rasa gatal-gatal kt bulu mata tu. So untuk langkah kebersihan berus mascara seelok-eloknya bersihkan 2-3 bulan sekali. Klu rajin terlebih sebulan sekali pon dah ok. Nak bersih mcm mana??? Mudah ja..amik tisu muka/biasa then lapkan berus tu...tarik mana-mana yang dh bergumpal. Last baru korang gunakan wet tisu/ tisu yg dibasahkan dengan air suam..Then korang biarkan (keringkan). Mudah bukan? ;) 


Harga nya berapa? Harga mascara ni..murah dan berpatutan. Yang penting berbaloi-baloi.. x gitu ;)  harganya RM30 je naaak.... kan mak dh cakap murah hihi... nak beli kat mana? boleh beli dengan yna wsp ja 013 - 3854 724 atau boleh terus ke outlet Sendayu Tinggi yang berdekatan dgn lokasi uolsss x pon beli secara online SENDAYU TINGGI ONLINE  

okey sampai sini ja uolsss klu ada masa yna share lagi tips-tips yang awesome! Yang penting ringkas, simple dan padat!!! Jumpa lagi di lain entry ek... mekasih kerana sudi baca blog merapu raban yna nie hehe..... Assalamualaikum and bye! ;)


tempek satu gambaq ni kat sini ya.. supaya x hilang.. :)

" DO ALL THINGS WITH LOVE" 





BEAUTY SKIN SUPPLEMENT : SENDAYU TINGGI


BEAUTY SKIN SUPPLEMENT 
FAIR & WHITE BEAUTY DRINK 


APAKAH ITU FAIR & WHITE BEAUTY DRINK?? 

Sapa suka kacang soya? angkat tangan hihi... Yup..yna pon suka minum soya..yna suka minum soya panas drpd sejuk..minum hirup panas2...slurppp..pejam mata..erm mmg sedap!! confirm uolss cari air soya sat gi kan lalala..:) okey kali ni yna nk share dgn uolss khasiat produk beauty Drink by ST yg berasaskan kacang soya. Sekitar tahun 80-an dan 90-an kacang soya merupakan "makanan berfungsi" mmg paling byk digunakan.. dan kajian membuktikan kacang soya dan protein soya blh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yg memudaratkan... Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine Max iaitu salah satu drpd 7 "super foods" di dunia. Penduduk di Benua Timur terutamanya masyarakat cina mula gunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yg lalu. Tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular sehingga sekarang, Nah.... nampak tu?? 



Dengan terbuktinya kajian tersebut, sendayu tinggi telah mengeluarkan beauty drink yang diekstrak daripada kacang soya bagi menyerlahkan kecantikan asli kulit dari dalam. Banyak khasiat yang uolss boleh dapat dengan mengambil beauty drink nie. Nak tahu apa khasiatnya?? Teruskan pembacaan uolss okey. ^_^

Ramuan Fair & White Beauty Drink?? 

Maltodextrin, non dairy creamer, fructose, isolated soy protein, vanilla flavour, vitamin C, soya, pinebark, stevia, vitamin E, Acai Berry Extract & Lycium. 

Paham??? hehehe..yna pon baca smua ni sepatah haram x paham haha..tpi yna buat research..baca satu-satu keterangan produk supaya tiada sebarang perasaan was-was. Takot jugak klu tersalah makan kan. Produk2 kecantikan skrg dh tumbuh mcm cendawan. Jadi kita as pengguna/pembeli perlulah kaji terlebih dahulu sebelum membeli. 

Penerangan ringkas Ramuan Fair & White Beauty Drink

Kacang Soya 
1) Mengurangkan risiko penyakit kanser, kencing manis dan jantung;
2) Mengandungi asid amino yg diperlukan, asid lemak omega-3, 
asid folik, zat besi dan kalsium;
3) Sebagai makanan tambahan protein utama utk mencegah anemia 
dan mengurangkan masalah kesihatan;
4) Melambatkan proses penuaan;
5) Membina dan membaiki tisu badan yg rosak serta membekalkan tenaga;
6) Mempunyai kadar lemak yg rendah dan kaya dgn protein;
7) Mencegah pigmentasi kulit dan mengawet penuaan; dan 
8) Berfungsi sebagai bahan semulajadi utk memulihkan dan melembutkan kulit. 

Acai Berry 

1) Mencegah proses penuaan / awet muda;
2) Mengimbangi tona kulit dengan lebih sekata; 
3) Mengandungi kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral2 dan 
garam galian unik;
4)  Mengekalkan kecantikan kulit;
5) Membantu mengurangkan kolesterol dalam badan;
6) Bertindak sebagai astringen utk mengencangkan tisu kulit; dan 
7) Membantu menguatkan tubuh badan. 


Lycium (Goji) 
1) Kaya dengan karotin, vitamin B1, B2 dan Vitamin C; 
2) Melewatkan anti penuaan;
3) Berkhasiat utk menyuburkan darah, buah pinggang dan hati; dan  
4) Membantu memperbaiki penglihatan. 

Pinebark 
1) Membantu dlm pencerahan kulit;
2) Mengandungi anti oksidan utk memperbaiki kerosakan kulit akibat radikal bebas; dan 
3) Membantu memperbaiki penglihatan. 

Vitamin E

1) Melambatkan penuaan; 
2) Memudarkan parut; dan 
3) Menjadikan kulit cantik dan lembab

KEBAIKAN FAIR & WHITE BEAUTY DRINK!

1. Mencantik, melembut dan menghaluskan kulit dari dalam. 
2. Mengurangkan masalah jerawat, ruam, pigmentasi, bintik hitam dan kedutan wajah. 
3. Mencerahkan kulit yang tidak sekata.
4. Mengatasi masalah dalam wanita seperti kedinginan seksual. 
5. Meningkatkan tenaga dalam badan. 
6. Menenangkan minda dan meringankan tekanan. 
7. Mengembalikan keremajaan, sebagai antipenuaan dan menganjalkan kulit wajah. 
8. Menguatkan gigi dan tulang dan menambahkan tenaga. 
9. Melambatkan Penuaan, membersihkan kulit atau menghalang/mengawal kemunculan melanin kulit. 
10. Mengandungi kalsium karbonat yang menguatkan tulang dan otot. 
11.Mengandungi 22 asid amino dan galian, pelembab semulajadi, protein, vitamin B, polisakarida utk menguatkan metabolisma badan. 

PENYEDIAAN : 



Masukkan 1 paket Fair & White Beauty Drink (20gm) ke dalam 150 (ml) air panas. Kacau /shake dan minum. Ambil 1 kali sehari selepas makan. 

Nota : Sesuai untuk lelaki dan wanita. 

dah baca semua? Klu x baca sampai habis..memang uolsss rugi hehe.yg sudi baca mekasih na...Yna kongsikan apa yg yna guna..supaya org lain pon dapat manfaatnya..tapi diingatkan ya..bukan minum satu peket dah terus cantik putih!!..no.no no.... uolss kena bersabar..dengan penggunaan yang berterusan dan teratur insya Allah akan dapat hasil yg memuaskan. biar lambat asalkan selamat betul x? ;)

So uolsss yg berebut-rebut nak kulit cantik? nak gojes2 boleh la order Beauty Drink ni..Rasanya sgt sedap tau..dengan campuran perasa Vanila... Uolsss berminat, jangan tunggu lama-lama terus order dengan yna. Untuk tempahan, pm yna di Fan Pages Liyan Beauty atau terus wsp yna di 013 - 3854 724 (Liyan) wsp je tau...segala panggilan x kan dijawab..uolss ckp la dengan mesin sampai lebam haha.. :p 


gambar kat atas ni masa yna shopping stok kat ST ;) yg tudung hijau tu staf ST tau..sgt2 friendly.. klu uolsss pi outlet ST kat Bangi jumpa dengan dia..sure uolss geram tengok skin dia cantik..gebuss ja hehe... nak tau apa rahsia?? try la guna produk ST..dh cuba baru tau best ke idokkk ;) okey uolss jumpa lagi di lain entry..insya Allah yna akn share lagi beauty tips khas utk uolsss..assalamualaikum :) 





Harga sekotak (15 paket) 
WM : RM39
EM : RM41
Order anda ke : 013 - 3854 724 (liyan) 
Extra tips : Untuk dapatkan wajah lebih cerah dan gebu, lakukan rawatan scrub pd wajah 2 kali seminggu utk buang sel kulit mati.








"DO ALL THINGS WITH LOVE" 



WEDNESDAY, 18 MARCH 2015 - MAKEUP BRUSH BY SENDAYU TINGGI



MAKEUP BRUSH 


Nah...hari ni kan dah cakap yna rajin hehehe...tengok!! dua entry hari ni..sat lagi klu rajin terlebih yna menaip lagi...yna nak share dengan korang semua berus makeup! Berus ni sangat la penting. Nak makeup tanpa berus?? memang x sempurna jadinya...kali ni yna share 3 jenis berus yg yna suka. Berus ni daripada Sendayu Tinggi. Harga pon sangat-sangat berpatutan. Yna dah kumpul No 2, 3 dan 4.. No 1 coming soon :) Jom kita kenai berus-berus yang ada ni...


ST PROFESSIONAL POWDER BRUSH 

PICTURE BY ST WEBSITE  
Korang nk tau berus ni dperbuat daripada bulu apa???? Bulu kambing. iyeeee bulu kambing!! Ko dah senyum2 kenapa? hahahaha... betui la drpd bulu kambing, tp xde la dorang cabut-cabut bulu kambing tu camtum jadi camni hahaha... ada la proses-proses dia..yg itu kita x payah amik taulah.. kecuali ko nak jual bulu nie :p Berus ni direka khas untuk digunakan dengan bedak LOOSE atau MINERAL. Tips yg mudah untuk korang buat, sapukan berus pada loose powder or mineral dengan lembut, sopan santun,jangan main tonyohh ja. sapukan pd wajah korang. Sapu pejam-pejam mata..fefeling best camtu hahaha...seriuss bulu dia lembut!

HARGA : RM32.50


ST PROFESSIONAL CREAM FOUNDATION BRUSH 
Baca nama ni pon kita dah tau berus ni untuk apa kan... pastinya untuk foundation/bedak asas yang berbentuk cream. Berus ni memudahkan korang utk mendapatkan hasil yang sekata pada kulit wajah tanpa kesan coretan. Tips drpd yna klu nak foundation nampak sekata, utk permulaan korang sapukan rata foundation di 4 kawasan (dahi, pipi, dagu dan hidung) kemudian baru korang dap dap kan foundation ni....kena blend...ratakan keseluruhan muka...bagi smoothhh baru la hasilnya meletopss dan tak bercapukk..... Berus ni diperbuat daripada Bulu tiruan sintetik/serat terbaik dan rasanya seperti bulu asli. Yang paling penting Halal! :)

HARGA : RM35

ST PROFESSIONAL TAPERED POWDER BRUSH 
Nampak x bentuk berus ni? Bentuk tirusss.. pandai korang hehe... nak tahu apa fungsinya?? Bentuk ni sangat-sangat sesuai untuk menyapu bedak di part2 tertentu wajah korang. Yna paling suka bila nak ratakan bedak padat di sekitar mata, Memang mudah dan kemas! Dear u can use this brush to blend contouring powder on the cheeks dan tepi muka utk membentuk tulang pipi...Tips ni special for dear2 yg nak nampak wajah lebih kurus/slender face!!! ;) bak kata sifu yna yg paling penting korang kena blend, blend, blend baru dapat result yg superb!.

HARGA : RM33 

ST PROFESSIONAL LIQUID FOUNDATION BRUSH 

PICTURE BY ST WEBSITE 
Berus yg last sekali yna nak share... berus ini direka khas utk membolehkan korang tau had yg tepat untuk liquid foundation yg korang nak guna. Tips yg mudah drpd yna, korang picitkan dulu foundation ke atas permukaan tangan lepas tu calitkan berus ni kt tangan..baru sapukan pada wajah. Selain menjimatkan foundation korang..tips ini juga menjadikan aplikasi foundation pd wajah lebih rata dan sekata. Ianya diperbuat drpd bulu sintetik yg sesuai utk produk berasaskan cecair kerana bulunya tidak kembang apabila basah :) sebenarnya ada kisah di sebalik berus ni huhuhu... berus ni hilanggggg!!! T_T  jenuh dan cari merata alam, segala ceruk pelusok..erm x jumpa jugak..x tau la mcm mana boleh ilang...last yna makeup kat Shah Alam guna ni. lepas tu terus lenyap..ermm xpe lah..anggap bukan rezeki yna..ada rezeki yna beli semula berus nie huhu...sygnya tuhan je lah yg tau T_T

HARGA : RM36 

So dah habis baca semua kan??..dah tau kegunaannya kan?? apa tunggu lagi kan...haaa boleh la pi beli sekarang :) semoga tips-tips ni berguna utk korang..maap klu ada yg tersalah info..sebab yna bukan pro..makeup suam-suam kuku ja hehe.. mekasih sudi baca...nanti kita jumpa lagi ye..nah belanja satu gambaq! gambaq x da kena mengena.. ni gambaq semalam. Memang bosan tahap gaban!! okey bye! :) :)





''DO ALL THING WITH LOVE" 

WEDNESDAY,18 MARCH 2015 - MAKEUP BASE BY SENDAYU TINGGI



MAKEUP BASE - SMOOTHING, OIL CONTROL & PORE CONCEAL


Hari ni mood nak menaip datang hehe...rajin sangat nak updated blog. rajinkah?? rajin la kan klu dah mula menaip ni..teruskan menaip yna! no malas- malas.. banyak lagi barang yg ko beli dh jadi pekasam!! huwaaa maapppp x sempat dan tak terkejar untuk menaip...rasanya sekarang kena buat-buat rajin..kena aktif balik berblog! yeyyyy.....dan korg semua teruskan membaca okey :)



Okey ni la benda yang yna nak cita tu... MAKEUP BASE BY SENDAYU TINGGI. Korang rasa benda ni untuk apa??? pakai kat mana?? ;) yg dah tau mmg confirm la kan boleh jawab..yang x tau..meh yna nak bagitau...kita share sesama..sebab yna pon bukanlah seorang yg Pro psl bab-bab makeup ni. apa yg yna tau, yna suka share dgn kawan-kawan. 

Pernah tak makeup korang jadi crack after sejam or dua jam lepas makeup...paling parah bagi korang yg kuat berpeluh..memang tak sampai 10 minit, makeup dah nampak kesan-kesan crack..kesan bergaris kerap kelihatan di garis senyum, dahi dan garisan mata atau kedutan....mmg korang akn rasa tak selesa..betui x??? dah nampak mcam garisan-garisan tua! erkkkk ngeri...huhuhu..

Biasanya korang pakai apa before apply foundation or bedak kat muka???? ke tak pakai apa-apa.main belasah je hehehe...x apa, yna dulu pon camtu. Tapi lepas dah jumpa dgn MAKEUP BASE ST ni, yna gunakan untuk makeup harian.. harga pon berpatutan tau! itu yg menjadi pilihan yna...produk melayu lagi! :) 




MAKEUP BASE ni penting untuk mendapatkan kemasan bedak sekata dan matte walaupun panas atau berpeluh.. ianya berfungsi untuk melindungi pori-pori daripada tersumbat dan menyebabkan jerawat.. sebab tu kadang-kadang, muka kita mudah ada jerawat..bila kita apply foundation terus pada skin..then kita plak x cuci dengan bersih..jerawat lagi mudah tumbuh dengan suburnya hehe... pempuan klu ada seketui jerawat kat muka pon mau histeria!!! bukan menipu..memang betui pon... Wlupon yna mmg jarang muka ada jerawat..tapi kdg2 bila nak period tu ada tumbuh seketui...alahhh baru seketuiii!! owhh tidakkkk mmg dah nak pitam rasa hahahaha..cepat2 amik air batu, tuamkan kat jerawat yg baru nak tumbuh tu. Ni petua mmg yna buat lama dah..daripada sekolah dulu. Ais batu ni boleh mengecutkan jerawat dan juga boleh menutup pori2 yg terbuka. Tapi jangan lah kau amik berkilo2 ais batu tuam kat muka..sat lagi keras kejung plak muka korang hahaha..seketui agak2 sudah!!!

KURANGKAN KEDUTAN DI WAJAH

MAKEUP BASE atau FACE PRIMER ni juga dapat mengurangkan kesan kedutan di wajah dgn sekali calit ja hahaha..nampak benau membongak hihi..xdelah..maksudnya kat sini...dgn gunakan base korang dapat elakkan kesan kedut2 kat muka tu..biasalah bila faktor usia dh meningkat mmg akan ada kedut2 nie..tima jelah dgn senang hati..nak meroyan buat apa...sebab tu kita kena bermula drpd awal. Jangan tunggu dh berkedut2 baru la sibuk nk telan supplement, minum collagen  bergelen-gelen...time tu mmg jgn la kau igt telah sehari esok dh hilang kedutnya! Memang daku tidak percaya hahaha!! maap ya..mmg kenyataan jujur drpd yna. Nak cantik memang kena banyak sabar...lebih baik gunakan atau fokus dgn satu produk. Jangan caca marba sebab tkot kesannya akan datang pada diri kita..kita jugak yg susah nanti...nak cantik punya pasal! 

BEDAK ASAS MUDAH DISAPU

Dengan penggunaan MAKEUP BASE sebelum korang apply foundation kat muka, menjadikan ianya mudah disapu, halus dan lebih gebu! cewaaahhhh....Sebenarnya klu skin korang x ada sebarang masalah yg kronik seperti jerawat dan sebagainya mmg hasilnya lebih cantik! Sumpah x tipu...sebab bila skin kita bersih..korang apply apa brand foundation pon kat muka akan nampak flawless je..gebu gebas tu pon bergantung kepada skin korang.

NAK GUNA MACAM MANA???

Gambar ni yna jumpa kat google...pinjam kat depa je la ;) 


Mudah sangat...korang picitkan sikit kt jari, sapukan di forehead, pipi, hidung and bawah dagu (chin). Then korang ratakan menggunakan jari...nk guna span pon boleh..tapi yna lebih suka gunakan jari..hasilnya lebih sekata...sambil-sambil korang ratakan makeup base ni buatlah sedikit urutan..ala-ala spa tu hehehe.. sebenornya ada gambar yna buat tutorial ni..tapi dah x tau kat mana..terdelete gamaknya huhuhu puas dh mencari...dah la yna nie mmg pemalas! hahaha..nk buat tutorial lg tu mmg rasa azabnya haha...maap so x ada gambar untuk tuto sapu-sapu picit2 nie hahaha..korang pandai-pandailah ye.paham kan yg yna terangkan ni :) 




Kita x pakai jenama murah-murah nie, produk melayu??? X percaya lahh..baik pakai MAC, NARS, BOBBI lagi best.... Haaa ko adoooo?? rasa camna ek bila ada kawan yg cakap camtu...rasa nak cilikan ja muka dia betui dak hahaha...kecik besaq kecik besaq ja tengok kan2..kan haha...jangan la sampai camtu. Klu dpt kawan yg camtu..korang iyakan je..yna dah biasa haha..so mmg buat bodoh ja..penyudahnya nanti, dorang tanya jugak kat kita..Psstttt best ka produk ni???? :) 

mmg lah ada yg ckp foundation yg branded2 ni harga ratus2 ni lebih baik, kualiti..tapi pada pandangan jujur yna...skin kita sendiri itu juga memainkan peranan yg penting...oleh itu repair dulu skin kulit muka kita dan barulah berbelanja dgn sekuatnya untuk memenuhi kehendak korang yg mmg gila makeup mcm yna hihihi... (idaklah sampai gila) harga murah atau mahal adalah terletak kepada kemampuan masing-masing. Macam yna segala jenis mak nenek makeup yna cuba, mahal murah...yg tiruan pon adooo pernah cuba..tapi bila dh timbul kesedaran tu..memang x berani lagi mencuba sebarang jenis makeup tiruan...sbb takot kesan-kesan yg x elok kat diri. Dan untuk pilihan dan pandangan yna, barangan cosmetic by Sendayu Tinggi ni mmg harganya sgt-sgt berpatutan. Tidak lah terlalu mahal dan mampu dibeli oleh semua golongan. Nah belanja gambar yna tanpa makeup, tanpa edit, tanpa 360 camera! Ceewahhh sempat lagi kan ko yna. X kisah wlupn mmg bawah mata yna lebam (eyebag) dh mmg ada..jadi terima jelah...so nak edit-edit bagai pon yna malas..jadi tataplah muka yna tanpa makeup ini puas-puas itu je yg adoooo!!! HIHIHI okey bye..kita jumpa lagi lain entry wokey..mekasih semua yg sudi baca! Salam..... 




HARGA MAKEUP BASE SENDAYU TINGGI : RM29.00 




"DO ALL THINGS WITH LOVE"




Friday, 12 September 2014 - DOLL SKIN FOUNDATION & LIPSTICK SENDAYU TINGGI



DOLL SKIN FOUNDATION  
MATTE CREAMY LIPSTICK - Lips Art

Assalamualaikum dan hai semua ;) semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah amin...Yna nak kongsikan dua produk by Sendayu Tinggi yg yna beli. Yg lain-lain yana share kemudian ye. ;) Doll Skin Foundation dan Matte Creamy Lipstick. Dua-dua memang terbaik dan memenuhi citarasa yana. Jom kita kenali dua produk ini. 

DOLL SKIN FOUNDATION 


Doll skin foundation ini bedak asas dengan kemasan penyamar noda terbaik dalam satu bekas. Ianya mudah disapu dan lembut pada kulit. Automatik yang akan korang perasan bila pakai je foundation nie menjadikan kulit korang licin dan gebusss! X percaya? Kalau nak tahu gebus ke tidak..beli then cubalah sendiri hihihi.




Doll skin foundation ini ada 3 code mengikut jenis kulit anda : very cute, so sweet and too pretty. Yna gunakan code Too Pretty yang sesuai untuk kulit sawo matang atau kuning langsat. Untuk makluman semua, doll skin foundation ini juga bertindak 3 in 1 sebagai penyamar, pelindung matahari dan juga sebagai asas solekan. Yang yana suka sgt bila pakai je foundation ini wajah kita akan nampak natural, rasa ringan je. Macam x pakai foundation :). Betul...x tipu hihihi... Yang best, foundation ini tidak menyumbat liang pori  dan kelihatan tidak bercapuk. Kalau korang nak nampak natural, boleh pakai doll skin tanpa bedak! Lepas tu gunakan maskara utk melentikkan mata, blusher sikit, jangan tebal2 ye... just layang-layangkan je blusher tu kat pipi korang. Then last sekali oleskan dengan lipstick by ST code POSH Pink....wahhhh confirm. cun melecun korang!! Sure like barbie doll!! hehe


HARGA : 38.00 
INGREDIENTS : RICINUS COMMUNIS (CASTOR) SEED OIL, TITANIUM DIOXIDE, OZOKERITE, CAPRYLIC, CAPRIC TRIGLYCERIDE, SILICA, MICA, SIMMONDSIA CHINENSIS (JOJOBA) SEED OIL, BEESWAX, ISOHEXADECANE, SORBITAN OLIVATE, SILICA DIMETHICONE SILYLATE, TOCOPHEROL, PROPYLPARABEN. 

Formulated by : ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

                                                                           MATTE CREAMY LIPSTICK - Lips Art



Produk kedua by Sendayu Tinggi yang membuat yna terpikat jatuh cinta! adalah Mate Creamy Lipstick - Lips Art. Memang terbaik. Yana bagi 100 bintang hehehe...First time masa yana cuba lipstick nie, tengok cermin...wau!!!! aku ke nie hahaha..Sebab yna memang jarang pakai lipstick. Kalau pakai pun warna soft...memang klu korang duk bdepan2 dengan yna baru la nmpak pakai, itu pon nasib baik kalau nampak hahaha.... Masa nk cuba lipstick nie pikir banyak kali jugak la. Sebab warna die fuhhh..memang terang..pink giler! Tapi bila dah sapu kat bibir, terasa lain macam aura die haha...rasa mcm bibir angelina jolie dah! perasan!! hahaha...

Code lipstick nie POSH Pink. Memang pink wei.... yana berani jamin..memang terbaik. Walaupn ada sesetengah yg cakap lipstick sendayu tinggi buat kering bibir..tapi tidak pada yana!! hehehe...yna dah pakai 2 minggu nie..memang selesa sangat. Yg paling best lipstick tahan lama, minum air pun lipstick masih lagi ada di bibir. Kalau korang x percaya, beli dan rasalah sendiri. Gincu nie dilengkapi lembapan utk solekan bibir seperti baldu! Cewah..best x? Nak tahu lebih banyak..Beli lah ye. ;)


Cun kan? pakai lagi cun beb! :)


Owh ye,..yna beli barang-barang sendayu tinggi hari tu dengan buat kad sekali. Untuk kad ahli hanya RM25 seumur hidup. Memang berbaloi. Sebab harga untuk ahli bagi setiap barang-barang Sendayu tinggi tak sama dengan bukan ahli. Selain daripada itu, korang juga boleh kumpul mata/point setiap kali membeli produk drpd Sendayu Tinggi. Then korang boleh tukarkan/reward dgn barang-barang yg ada. Hadiah-hadiah pun menarik..bukan barangan kecantikan semata-mata. Barang elektrik pun ada. Okey lah. Next entry yna share lagi produk sendayu tinggi. Sebab ada 5 lagi item yana beli. Cukup lah untuk hari ini ye. Tq semua kerana sudi membaca blog saya. 


Member Cad :)

HARGA : RM31.00 
CODE : POSH PINK 
INGREDIENTS : ETHYLHEXYL PALMITATE, ISOHEXADECANE, CANDELILLA CERA, OCTYLDODECANOL, TALC, MICA, POLYMETHYLSILSESQUIOXANE, CERESIN, METHYL METHCRYLATE CROSSPOLYMER, COPERNICIA CERIFERA CERA, PHENOXYETHANOL, BUSTYROSPERMUM PARKII OIL

Formulated by : ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd 




"DO ALL THINGS WITH LOVE"