Friday, 11 July, 2014 - BOLEH..JANGAN KATA X BOLEH!!



This month,  yna tak ada sebarang Makeup Job...so mmg Bulan nie tumpuan sepenuhnya untuk Bulan Ramadhan.. tp...rindu jugak nak pegang berus, nak usung beg makeup!.. Insya Allah after raya back to normal...alhamdulillah rezeki daripada Allah. 

Disebabkan tak sibuk sangat this month, jadual pun free...saja gatai tangan nak edit2 blog nie. So mintak maaf la pada korang2 sebab bila bukak je blog yna..sekejap2 figure x tentu arah hehe.. ampunn ya!! Sebab masih belum siap sepenuhnya. Almaklumlah...macam yna bgtau dlm entry sebelum ni. Yna bukan seorang blogger yg pro! yg Kreatif!!. I'm zero 0-0 ;)  Yup. that's true..So yna blaja search through internet for create my own blog. Tambah sana sini...lepas tu tgk x cantik..hodoh! Delete!! Then try again...again....and again... ;) and now still x siap2 lagi hehe bila taun nak siap nie!! hahahaha... insya Allah yna akan cuba siapkan secepat yg mungkin supaya korang2 semua x pening lalat berpinar-pinar mata tengok blog yana nie :)

So far byk jugak la laman blog yg yna view, habis semua blog tutorial yna selongkar. Memang tahap extremm la hahaha...baru lah tau nikmatnya berblog...huhu sedihh sebab mmg kita nie naif beno pasal blog T_T

Tapi kan orang cakap. kalau nak sesuatu tu..berusaha dgn sekuatnya.Yana nie memang jenis..kalau nak sesuatu memang yana akan usahakan sampai la dapat. Sama jugak mcm dlm situasi nie. So kat sini yna nak share dengan korang2..walaupn yana tau korg2 sure dh expert kan  pasal berblog2 nie..tp Yna nak jugak share blog tutorial yang yna tgh skodeng sekarang nie. Sebab blog2 nie mmg banyak info2 berguna dan telah merealisasikan impian yna untuk berblog! Cewahhh ;)  Tapi setakat nie yana nak share DUA antara blog yang yna mula2 skodeng.  

2) Jom Bina Blog  ~ http://jombinabelog.blogspot.com

Untuk korang yang baru sahaja nak berjinak-jinak, bertatih mcm yna nie hihi..blog ini memang sangat berguna. Info-info dan tutorial yang di kongsikan sangat mudah dan senang untuk difahami. Iye la mcm yana yang baru je nk buat blog, confirm tercari-cari semua design/bentuk yg ada..ada sesetengah tu x paham pon. Tapi bila terjumpa je dgn Blog nie. Yna terus ikut step by step yg diajar. Lagi satu yang buat yna rase blog nie membantu sebab bahasa yang digunakan mudah untuk kita fahami. Banyak tutorial dlm blog nie. Dari first step kita create blog sehingga la untuk mencantikkan/design blog kita nie jadi lebih kreatif. Yana yakin korang semua pun akan rasa yg sama. Blog ini adalah saluran pertama yana apabila mula2 sign in utk wat blog. Alhamdulilah sangat-sangat membantu yana. 


2) The Cutes Blogs On The Block ~  http://thecutestblogontheblock.com

Okey after yana dah create blog, then updated sikit2..lepas tu yna masih lagi x puas hati. masih lagi tercari-cari design yg cute untuk blog yna. Bukan x suka dengan yang ada sebelum nie cuma yana rase nak lebih nampak kemas. Then yna pon search kat internet. taip2 la CUTE BLOG. then terjumpa this blog..bile review je terus jatuh hati!!Then belek punye belek ada tutorial jgak. Untuk skrng nie..mmg yna follow step by step from this blog. So far semua yg yana cuba menjadi. Alhamdulilah..Blog nie juga menggunakan bahasa English yg mudah difahami. So memang mudah utk korang buat. Dari step nak buat template design, background, button labels, dan byk lagi ada dalam blog nie. Byk tips2 yg blh jadikan sebagai rujukan. 


Sebenarnya nak dengan tak nak je..dan rajin dengan tak rajin je. Kalau rajin semua menjadi. Yang penting korang nak mencuba. Kalau tak jadi, tak keluar macam apa yang korang nak..cuba buat lagi...teliti betul2 step by step. Maybe ada code2 yang kita terlupa nak copy or tersalah letak. Yna pun x pandai nak ajar. So mungkin dua tutorial nie blh jadikan panduan kita bersama. Insya Allah kalau ada blog-blog yg yana rase sesuai untuk dikongsikan yana share ye. Sekian, terima kasih...lain hari kita berblog lagi. Sebelum tu, nah sweet candy untuk korang yg sweet swoottt sangat hehe... bye2  ^_^














Thursday, 10 July, 2014 - TIPS TEMPAHAN GUBAHAN HANTARAN




Tips Untuk Tempahan atau Menyediakan Gubahan Hantaran 


Hai semua :) lama betul rasenya tak menaip, dah berhabuk giler dah blog nie...dh blh hantar muzium!! hihihi..So before mood nk menaip ni hilang jom kita teruskan!!!!

Entry kali ini, yana nak share tips2 utk tempahan gubahan Hantaran. Terpulang samada ada nak hasilkannya sendiri or nak tempah.Klu nak tempah, tempah dengan yna lagi baik hihi ;) Hampir kesemua tips ni adalah rata-rata soalan from Customer yna. Biasanya korg2 tentu akan mengalami masalah untuk tentukan warna/tema, nak berapa hantaran? bajet cukup ke tak? dan bermacam-macam persoalan lg lah.. Tak percaya?? tak percaya korg tengokla pe'el korang time nak kawin nanti hihihi (jgn marah!!). Ha time tu semua gaya pah bedah keluar!! Kita paham yg korg2 semua dah kalut pikirkan mcm2 persiapan nk diselesaikan. Mana nak pikir hal tempah pelamin lagi, baju lagi, catering lagi, kad kawin lagi..aishhh mcm2 la...silab2 ari bulan pengsan!!! 

Tapi sabooo bawak bertenang...tarikh nafas dlm2..lepas tu korg hembus!! pikir dengan jiwa yg tenang. ini tidak!!! semua korg campur adukkan dlm kepala..ha!! mmg confirm la kan pening.  So yna tak nak lagi merapu mcm2 kita ke jalan yg lurus hehe.. Berikut tips-tips utk anda semua yang mungkin blh dijadikan sebagai panduan. 


Tips 1 : Tentukan Berapa Kuantiti Hantaran 

Okey, part ni mmg sangat..sangatlah penting! Sebab apa? Sebab dgn tentukan berapa hantaran yang akan diberikan kepada pihak lelaki/perempuan, automatik dapat menjimatkan duit korg. dalam istilah mudah paham..senang nak BAJET! So bergantung kepada individu masing-masing. Kot kalau nak 20 Dulang pon blh x de masalah hehehe tp biar la berbelanja berpada2 ikut kemampuan. Yang penting biar sikit asalkan barang berkualiti, cantik, comei..cun melecun!! tak gitu :)

Tips 2 : Tentukan Bajet Untuk Gubahan Hantaran 

Kalau korang nak buat hantaran sendiri maybe tak ade masalah/mungkin tak terpikir untuk tentukan bajet beli barang-barang menggubah sebab beli sendiri kan so korg sure tak perasan punye duit yang mengalir :) Tapi kalau korang nak upah orang yang buat, memang tips kedua ni perlu! 


Tips 3 : Tema Hantaran (Warna) 

Warna. Ok sure mcm2 warna yg dh ada dlm kpale korg kan.Pikir punye pikir penyudahnya Tema Warna Warni..Choi!!!! jgn la buat pasal..huhuhu tak dpt nk bygkan hantaran yg korg buat tu warna warni..mcm rainbow..tak mau la cmtu huhu..tp kalau dah suka no komen hihi. Korang kena tetapkan 1 warna Utama dan 2 lagi untuk menaikkan seri gubahan tersebut. Sbgai contoh. Klu pilih Tema warna Pink. So blh la korg combine dgn warna Putih/Hijau/Purple or warna2 yg bersesuaian. Baru la nmpak sweet je gubahan anda nanti. Yg penting jgn terlalu banyak warna sebab akan nampak serabut a.k.a SEMAK!!!! 

Tips 3 : Buat Catatan Barang - Barang Yang Diperlukan 

Semua barang yg dah dibeli korang perlu listkan. Kenapa? Sebab utama bagi  mengelakkan sebarang pembaziran. Kalau korang tak buat macam tu, sure bila dah tiba  kat kedai, smua nampak cantik, confirm mcm2 la yg korg akan ckp...yg tu lawa, bakul nie pon cun! eh guna dulang yg ini la.... bunga color merah pun cun!..eh bunga pink nie lawa..aishhh macam2 lagi la sat lagi,..itu tak masuk lagi bab kain untuk renda2...nak beropol2 la..penyudahnya pening nak buat keputusan beli ikut mana yang ada..balik rumah baru sedar dah tersalah beli. Kan ke membazir namanya tu. So mcm yna sarankan better korang listkan dulu semua barang-barang ye.

Tips 4 : Sewa Dulang Hantaran

Biasanya butik-butik pengantin or penggubah2 hantaran ni mmg ada sediakan dulang hantaran untuk disewa. Selain dapat jimatkan kos dengan menyewa korang jugak tak ada nak pening-pening pikir mana nak beli dulang-dulang ni. Automatik jimat masa dan tenaga!! Lagi satu pada pendapat yana la kan, membazir jugak beli dulang-dulang ni. Sebab apa? sebab.....lepas majlis bukannya korang nak guna semula dulang2 tu. paling kurang kalau guna pun 2 3 dulang je. Kan tu dah satu pembaziran!!! Lain la klu korang ramai adik beradik nak gunakan semula dulang yang sama...(tp mesti dh tak ikut trend kan) so pikir2 kan lah  ;)  

Tips 5 : Variasikan Barang Hantaran 

Next step korang variasikan barang hantaran. Contohnya gunakan bakul/balang untuk isi buah/coklat/cookies. Balang/Bakul ni boleh gunakan semula. Kan jimat! Untuk kasut/camera/hpone boleh la korang letakkan dalam dulang hantaran..Nampak simple tapi biar exclusive. Yg nie pon korang blh reuse. So gunakan kreativiti anda untuk menjadikan sesuatu gubahan tu nampak menarik. Yang pasti jimat ;) 

Tips 6 : Gabungkan Barang Hantaran 

Tips ini pun boleh save bajet korang. Sebab apa?? sebab...bila korang gabungkan satu dua barang tu dalam satu gubahan (bekas hantaran) automatik boleh jimat. Tak ada la korg habis beratus2 ringgit semata-mata untuk bakul hantaran je kan. Contohnya : kasut & beg, kameja & tie, Jam & Tali Pinggang, dan lain-lain yang bersesuaian. Kat situ korang dah pun berjimat :) 

Tips 7 : Kotak Hantaran 

Kotak hantaran ni mmg paling famesss... sebab apa?? sebab...zaman kakak2 yana dulu mmg gunakan kotak2 hantaran ni :) tp zaman sekarang pn ada yg guna jugak. Yana x cakap salah... tak boleh guna. Tapi kat sini yna nak bagi pendapat, ada customer yang sure akan cakap "guna kotak je la kak. jimat!! Jimat ye?? hihihihi... Meh nak habaQ, sebenarnya guna kotak lagi la banyak modal kena keluar. 

Sebabnya, cuba  korang pikir. Tak kan nak letak barang hantaran dlm kotak macam tu je. (kotak xberhias). Memang x semenggah!! Confirm korang sendiri tengok pon nangiss huhuhu... Sure korang nak hiaskan kotak tu kan, dengan kain renda, dengan lace pastu dengan bunga-bunga lagi kan. Dah beli renda tak kan x letak bunga. X ada seri la kan. Ha....kat situ korang dah nampak tak berapa bajet yg korang kena keluarkan plak. Dah la habis byk beli kotak-kotak tu. Then kena plak keluarkan duit beli barang2 hiasan.. Kan ke dah membazir tu.   

So ada baiknya korang klu nak jugak guna kotak, yana cadangkan beli beberapa kotak je. Yg betul2 korang pastikan ada kegunaannya. Maksud yana korang campur2kan barang hantaran (rujuk Tips 5). So x ada la sama je smua. Baru la nampak menarik dan ISTIMEWA. Nak bagi pada yang tersayang kan?? So buat la secantik yg boleh. Dan yg paling penting ikhlas!! ;) 
            
 _______________________________________________________


Okey lah, yna rasa cukup sampai sini je dulu tips yang dapat yna kongsikan. Semua tips ini hanyalah pendapat dan cadangan yana untuk korang. Terpulang pada individu masing-masing. Mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan/panduan :). Apa-apa pun sebelum membeli buatlah list terlebih dahulu. Bila dah beli buat checklist. Mana-mana barang yang dirasakan x perlu jangan lah membazir. Berbelanja la dengan bijak dan mengikut kemampuan. Yang paling penting hantaran barang-barang yg kita nak bagi pada buah hati tu ikhlas, hasilnya confirmmm CUN, MELETOP, KEBABOMMMM Hihihihihi.... Okey semua! Kalau nak tempah hantaran boleh call or email yana ye.. insya Allah sedia membantu ;)  
Assalamualaikum.............................






Makeup Tunang Ima 14 Jun 2014 | Kuala Kangsar, Perak

BEFORE N AFTER 





Congret dear :) terima kasih kerana sudi menggunakan servis andaman from Liyan Pages ^_^ 

Makeup Nikah Ina

MAKEUP NIKAH INA, 13 JUN 2014 | KUALA KANGSAR, PERAK


Before & After 



Sempat tunggu mjlis nikah selesai :)



Congret dear :) and many thank coz sudi gunakan servis makeup by Liyan..
Kutk uooolllss yg nk dptkn sentuhan by Liyan...blh wasap or pm di FB ye..
Kami Sedia membantu ^_^