Thursday, 21 August 2014 - Again


PUSPANITA EVENT, KL TOWER  ;)


Assalamualaikum and hai semua ;) semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..amin.. entry kali ini yna nak share kejadian on 14.8.2014.. hihihi.... Alhamdulilah...sekali lagi yna dipanggil oleh MOSTI utk satu majlis High Tea di KL Tower by PUSPANITA, MOSTI. Majlis nie x rasmi just utk jamuan mkn minum petang dlm Bulan Syawal. So dari segi pemilihan lagu terpulang pada yana. Yg pasti nya lagu raya wajib ada ;) 

Masa hari kejadian tu yna pergi dengan driver by MOSTI. Sampai sana awal around 11.30 pagi. So sempat lah yna buat rehearsal..mcm biasa yna bukan la pro. Menyanyi nie just suka-suka. Jadi time rehearsal tu la baru tau mana yg salah mana yg x ok. Sebabnya yna bukanlah ada practice2 bagai!! Melalak terus je...so mmg ada la jugak sumbang mambang tu ha.. (dah nama pon bidan terjun kan, belasah ikut sedap tekak!!) hahaha.... ^_^

Amik mood dulu :) 

Kita posing dulu hihi :) 
Then macam biasa la kan..before menunggu masa sampai 2.30 majlis bermula tu...apa lagi bergambor la kami! Mcm2 posing dah..tp yna mcm biasa posing yg same! hahaha... xtau dah aihh lagu mana nk pose! ikut je la mana yg rasa nak ye dak? 




Alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar... tetamu pon gembira..datin2 pon suke..mmg happening sangat. Yg penting tetamu2 semua sempoi! Siap boleh menyanyi sesama..ramai2 lagi..Memang terbaik la.. Lagi satu majlis nie semuanya perempuan.. Dah nama pon PUSPANITA kan...So apa lagi....mmg best x cover hahahahaha....Owh ye, lagu yg yna perform masa tu lagu2 raya..salah satu lagu CT - Anugerah Aidilfitri dan Last persembahan lagu Misha Omar - Bunga-Bunga Cinta...  :)

Okey la..malas dan nk menaip hehehe.....Nah yna share gambor masa event tu...biarkan gambor bercerita plak.. hokey!!! Next, yna share lagi.. Insya Allah 30 & 31 Oktober 2014 yana ada job makeup. Nantikan gambor2 hasil makeup yna k. Tq atas sokongan semua..... ;) 





Okey, dh jom balik!! ;)




                             

                                                              "DO ALL THING WITH LOVE"


Monday, 15 August 2014 - SimplySiti



SIMPLY DUAL ACTION MAKEUP REMOVER 



Assalamualaikum.. hai semua :)  kali nie yna nak share produk from SimplySiti. Beli dh lama...baru ko nk update kn yna!! Hihihi....okey Yana rasa x perlu lagi untuk yna perkenalkan produk nie panjang lebar..of cos korang semua tahu kan. Orang Malaysia kalau x kenal Dato' Siti aishh memang saja cari nahas! :)

Produk simplySiti telahpun berada di pasaran bermula pada Tahun 2010..dah hampir 4 tahun. Erm masa tu yana dah start bekerja. Kalau korang ada baca dalam entry yna yang lama2..entry Tahun 2010, waktu tu first job makeup by yna. Yana makeupkan SOFIA dan JUE. Salah satu produk yg yna gunakan drpd SimplySiti adalah BB cream, compact powder, blusher n mascara. Korang yg sukakan looks natural, yana mmg sarankan gunakn produk SimplySiti. Dijamin berpuas hati dan memang terbaik.jangan sibuk nak banggakan produk luar negara je.tp produk negara sendiri dipandang sepi!!.  Tp yna x nak cerita tentang blusher, BB cream or etc tp kali ni yna nak share Makeup Remover by SimplySiti. Yna beli kat watson, Alamanda. Sehari lepas beli produk VJ hihi...perempuan kan!! klu x shopping dlm sebulan tu mmg x SAH!!




Makeup remover ini sgt unik kerana ianya bebas daripada bahan kimia dan dapat membuang sisa-sisa kotoran makeup  with only one application. Mempunyai 7 active organic ingredients yg dapat membuatkan kulit terasa lembut dan segar.  Untuk makluman korang, dual action formula sgt sesuai dengan smua jenis kulit including sensitive skin. Kenapa?? sebab its alcohol free and mengandungi natural active ingredients from 7 natural plants extracts (celery, white cabbage, hyunmi, tomato, pak-choi, carrot and broccoli) Korang nampak x? hehehe..ingredient die mmg terbaik la. Smua drpd sayuran2. jadi Gunakan tanpa was-was :)

Directions : shake well before use.apply onto cotton pad and gently remove makeup from face, lip & eye area.



Nampak x? Yg pnting bersih dan segar :) 


Caution : Avoid direct contact with eyes. Keep in cool, dry conditions and avoid direct sunlight.


RM : 20.90 
LOKASI : WATSON, ALAMANDA (PUTRAJAYA) 
INGREDIENT : WATER, CYCLOPENTASILAXANE, GLYCERIN, ISOPROPYL PALMITATE, APIUM GRAVEOCIUS (CELERY) EXTRACT, ORYZA SATIVA(RICE) EXTRACT, BRASSICA OLERACEA CAPITTA (CABBAGE) EXTRACT, BRASSICA RAPA( TURNIP) LEAF, SOLANUM LYCOPERSICUM (TOMATO) FRUIT EXTRACT, DAUCUS CAROTA SATIVA (CARROT) ROOT EXTRACT, BRASSICA OLERACEA ITALICA (BROCOLI) EXTRACT, PHENOXYETHANOL, SODIUM CHLORIDE, DIS0DIUM EDTA, POLYSORBATE 20, METHYLISOTHIAZOLINONE, C1 19140, CI 42090 




                                               "DO ALL THING WITH LOVE"


Monday, 4 August 2014 - VJ



VICTORIA JACKSON

Assalamualaikum and hai semua ;) rasanya x terlewat lagi nak wish SELAMAT HARI RAYA. So selamat hari raya untuk korang semua. BEraya2 juga tapi beringat mkn jangan terlampau mkn tup2 x sedar berat badan makin naik...hehehe....Disebabkan kesibukan nak beraya dengan urusan kerja yang x pernah habis... niat berkobar2 untuk update blog pon terkubur hehe...brg yg dah dibeli lama pun terperam sama!! But now yna cuba juga luangkan masa untuk menaip :)

Last before raya 24july, yna pergi Alamanda Putrajaya utk berbuka. Before nak masuk waktu berbuka tu..yna merayap la sekejap sekitar alamanda..decided nak masuk watson.. sebab fokus utama nak beli Bonjela je! Yna kena ulser kat dlm mulut. sakit nya x payah cakap la huhu..nak makan bercakap pun payah. Cuaca pun panas sekarang ini bibir pun jadi kering mengelupas mmg sakit sgt rase. Entah mcm mana tersangkut plak beli barang lain.Terbeli benda alah nie! biasa la perempuan kan!! hahaha....Masa tu gatai nak cuba je..erm tp lepas tgk hasilnya terus fall in love! Apalagi sambar je la... :) nak tahu apa. Jom yna share dgn korang semua.

LIP ADDICTION by Victoria Jackson. 


pernah dengar produk VJ nie?? Sure pernah kan. klu x pernah dengar korg boleh search dgn Encik Google..Confirm byk info yg korg akan dapat ;) Here link web Victoria Jackson dan korang bolehlah review more product dia. Tp nak lagi puas hati korang try sendiri. Produk VJ ni formulated in USA. "No Make up, Make up" tagline VJ. Lips addiction ini ada 4 warna yang soft & sweet. Bau pun sweet candy..mcm bau strawberry hihi..rasa nak makan!! ;) Selain boleh pakai harian yg special nya lips ini korg boleh pakai waktu malam. masa nk tido tu oleskan sikit pada bibir (sekiranya korg mengalami masalah bibir kering). So far yna dh pkai 2weeks memang terasa kesannya..bibir tak mgelupas dah..slain tu bibir terasa lembab je.. dan yg pling penting Bibir Yna x kering lagi hihi!! boleh dikatakan serupa lips balm (pelembab bibir)

tagline

lips addiction 


4 colour of lip addiction

    Set includes:
    • Icy Pink tinted lip balm
    • Cotton Candy Pink tinted lip balm
    • Pink Frost tinted lip balm
    • Peach Pink tinted lip balm
    • Retractable metal lip brush
    • Clear zipper pouch


Antara semua lips balm nie yna suke pink frost...nice colour for me! hehehe... sbb pinky2 kan.of cos i like!! :) Now VJ tgh buat promosi Member Card. Sekiranya korang membeli mana-mana produk makeup from VJ, korang akan automatik menjadi ahli. Benefit yg akan korg dapat adalah makeup seumur hidup FREE dan juga diskaun2 untuk setiap pembelian produk tersebut. So kalau ada dinner ke, nak kahwin, nak dating pon boleh, just inform and set appointment dengan staf VJ . ..Korang klu berminat tu boleh la ke WATSON, ALAMANDA. Jumpa dgn Cik Mimi, peramah sgt orangnya..kalau x..x kan la yna tersangkut nak beli kan hehe. Owh ye, produk VJ juga sgt dminati oleh Liyana Jasmay dan Miss Nina...kerana hasil yg sgt natural n soft..klu korg tgk wajah dan solekan dorg pon kita boleh agak kn?..makeup but no makeup :) Okey cukup la entry kali nie..ada lagi makeup item yg yna shopping..tp next entry yna share ye.nanti free2 yna menaip lagi. Tq yang sudi membaca! :)

Sekian, terima kasih. 


RM : 85.00 
LOKASI : WATSON, ALAMANDA 
INGREDIENTS : ETHYLHEXYL PALMITATE, RIISODECYL TRIMELLITATE, POLYBUTENE, BUTROSPERMUM PARK11 (SHEA BUTTER) EXTRACT, PETROLATUM, HYDROGENATED MICROCRYSTALLINE WAX, OZOKERITE, TOCOPHERYL ACETATE, PROPYLPARABEN, FRAGRANCE 



"DO ALL THING WITH LOVE"


SUPRA FOUNDATION

KRYOLAN SUPRA FOUNDATION

Hai smua :) kali nie yna nak share bdak asas yg sgt bagus n terbaik! Rasenye ramai yg dah tahu mengenai SUPRA FOUNDATION nie. Bedak asas trend makeup artis & mak andam terkini. Mmg after gunakan supra nie korg akan lihat hasilnya. Muke korg akan nmpak gebuss!! glow...yg penting tahan lame n x berminyak. X percaya..jom Cuba. yna jual supra foundation pack kecik2 sbb klu yg besar tu mahal harganya.. lgpun utk kegunaan sendiri rsenye lebih jimat beli pack2 yg kcik nie. Lg satu nak habaQ kat kwn2 jgn ingat kecik2 x berbaloi ye...berbaloiii sangat...sbb guna sikit je dh cukup. bdak supra nie mmg amat la berguna klu korg nak pi event/mjlis2 rasmi kan...time tu mmg la nk brgaya lebih btul x?? confirm nak penampilan time tu lain dari lain hehe... so amatlah rugi klu supra foundation ni xde dlm salah satu koleksi brg makeup korang.




YG NIE SUPRA FOUNDATION PACK BESAQ. 55ml. TP yna x jual yg besaQ nie. yna jual pack kecik 7grm satu :) 

So nie code rujukan utk mudahkan korg pilih mgikut skin kulit masing2 :) klu ada yg kurang jelas blh pm/email yna ye. So far code yg biase yna gunakan utk makeup customer CODE FS38. ianya sgt sesuai dengan smua jenis kulit melayu..mmg hasilnya mantopp la hehe..


nie supra foundation yg dh yna pack kecik2.. 7grm RM25, bekas lebih cute, cantik dan paling penting nmpak exclusive hehehe...and klu smua nk tahu LM COSMETIC & LIYAN PAGES adalah hak milik yna juga :) korg smua blh review more produk kecantikan di LM COSMETIC (FB). 

SUPRA FOUNDATION 7grm Rm25
(Not include Postage)
CODE FS38 - NATURAL SKIN MELAYU (FASHA SHANDA

CODE 3W -  PUTIH PINK CERAH (ZIZIE EZZETY)
CODE NB - KUNING LANGSAT (ERA FAZIRA) 


CODE 4W - SAWO MATANG (VANIDA IMRAN)

Untuk lain-lain code Supra Foundation boleh juga dapatkan dgn Yana. Tetapi korang kena inform order awal dengan yana. Yg nie yna amik pre order not ready stok. Kalau x pasti skin rujukan korg boleh pm yna di FB untuk dapatkan khidmat nasihat. Insya Allah yna akan cuba bantu. 

Here hasil makeup yna dengan menggunakan supra foundation. Kebanyakan customer yna gunakan CODE FS38. Berminat untuk order blh email or pm ataupun wasap yana ye. tq :)