29 SEPTEMBER 2015, TUESDAY - MAKEUP PHOTO SHOOT UNTUK FARNI NURSING WEAR



MAKEUP MODEL FOR FARNI NURSING WEAR 
16 SEPTEMBER 2015, PRESINT 15 PUTRAJAYA

Hari ni memang yna dah promise nak siapkan entry yang lama2.. kalau yna tangguh2 lagi confirm terkubur je gambar-gambar ni. Nak x nak kena rajin.. say no malas2!! hihihi... alhamdulilah bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah berikan. kadang-kadang tu rezeki yang diberikan tanpa diduga.. yna berdoa moga Allah sentiasa berikan kerendahan hati dalam setiap nikmat yang diberikan. Yna takot dan berharap tak lupa diri dgn apa yang yna ada sekarang. Sentiasa ingat rezeki pada hari ini dan akan-akan datang adalah daripada DIA..bila2 masa sahaja DIA boleh tarik nikmat tu.. jadi jangan berhenti berdoa dan bersyukur..kerana dengan bersyukur akan bertambah rezeki kita.insya ALLLAH :) 

16 Sept 2015, orang cuti yana keja hehehe... sempurna makeup job utk customer hari tu.. 















Yna share dengan semua detail butik, detail photographer dan juga model sekiranya uolss berminat :) yg penting nak makeup boleh wsp or pm yna ya..Mekasih byk kepada owner butik kerana sudi memilih liyan as MUA. Jangan lupa follow instagram yna tau.. okey semua..semoga kita berjumpa lagi..dan semoga terus istiqamah, ingat ALLAH sentiasa ada bersama. be strong jika terjatuh jangan takot bangun..bangun..dan terusss bangunnnn :) salam sayang semua... bye2! :) 


Mua/Makeup : Liyan Pages
Model : zaqyahfarahana (instagram) 
Butik : FARRNI - NURSING WEAR
Photographer (gambar di studio sahaja)  : MOHYIDDIN.LENSAPHOTOGRAPHY
Instagram : zara_lyana_ 
Wsp utk booking makeup : 013 - 3854 724 (LIYAN) 



"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

28 SEPTEMBER 2015, MONDAY - MAKEUP PHOTO SHOOT ALMAHIJJAZ COLLECTIONS BUTIK




MAKEUP FOR ALMAHIJJAZCOLLECTION BUTIK
12 SEPTEMBER 2015, TAMAN FLORIA PUTRAJAYA 

Assalamualaikum semua ;) hari ni yna nak share makeup job yna untuk Bulan September. Banyak yg yna simpan x sempat nak kongsikan dalam blog. Alhamdulilah sepanjang bulan september ni jadual yna penuh. Hope hari ni dapat siapkan paling kurang 2 entry :) insya Allah... untuk entry ni yna nak share hasil makeup photoshoot untuk Butik Almahijjaz Collections. Lama dah yna x makeup model2 ni..rasanya 2 tahun ada kot stop! 






kenal x model yang yna makeup ni?? korang confirm kenal kan...especially peminat tudung FAREEDA.... tapiiiiiii yna sebenarnya boleh x tau hahaha..maafkan saya sis ;) kita pakai tudung faridohhhh mana nak tau hihihihi... nampak beno ko ni x mengikuti perkembangan semasa yna! zaman batu ek ko ni hahaha :p Tq Kak Lia..akak mmg peramah humble sangat..seronok dapat berkenalan dengan akak :)






makeup yang sweet2 krik2 ni from yna hehehe... boleh review dalam fanpages yna ya ;) 
 link FB kat sini LIYAN PAGES  






credit photographer to IMAGEBYIZWAN ok! bila tengok this picture next time kena makeup muka sendiri jugak hahaha..serabai betoi tukang makeup dia..sapa la dia ni kan hahaha :p

cantik kan semua koleksi baju2 daripada Almahijjaz Collections nie.. okey klu uolss nak dapatkan busana muslimah yang cun melecun ni boleh tengok dalam link nie ALMAHIJJAZ COLLECTIONS BUTIK  harga pun berpatutan. :) 

Sebelum yna akhiri entry ni yna share dengan uolsss semua link butik, photographer dan juga link fanpages yna ya.. terima kasih yang x terhingga juga kepada owner butik kerana sudi bekerjasama dengan yna dan memilih yna as your MUA. Dan x lupa kepada Kak Lia as Model mekasih byk sbb sudi tadah muka hehe..Semoga ALLAH murahkan rezeki akak juga :)  Bagi anda yang berminat untuk booking makeup, boleh terus pm or wsp yna ya..mekasih sebab sudi review blog yna. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry. Teruskan bersemangat dan jangan mudah putus asa!!! bye2 :) 


MUA / MAKEUP : LIYAN PAGES
Butik Almahijjaz Collection : ALMAHIJJAZ COLLECTION BUTIK
Photographer :  IMAGEBYIZWAN
INSTAGRAM : zara_lyana_


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


28 SEPTEMBER 2015, MONDAY - UJIAN DEMI UJIAN




"Mungkin Allah ingin mengajar nilai syukur,
lalu ditimpakan kesusahan.
Mungkin Allah ingin mendidik hati dengan sabar,
lalu diberikan UJIAN.
Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri,
lalu diberikan kegagalan.
Mungkin Allah ingin menguji nilai cinta padaNYA,
lantas diberikan cinta kepada duniawi.

Tidak diberikan sesuatu itu sia-sia,
Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan Ibrah.

Ketika Allah rindukan hambanya, Allah akan mengirimkan
sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibrail yang isinya adalah UJIAN
Dalam hadis qudsi Allah berfirman.
"Pergilah pada hambaku, lalu timpakanlah berbagai UJIAN padanya
kerana Aku ingin mendengar rintihannya....

Usah resah bila diberikan UJIAN,
Belajar Redha dalam mengharunginya.
cuba menjadi Bahagia
walau sedang berduka
kerana kita tahu ada CINTANYA di situ,
Bersama UJIAN yang kita lalui.

subhanaallah...

La tahzan rabbuna ma'ana....







"DO ALL THINGS WITH LOVE"

22 SEPTEMBER 2015, TUESDAY - TEMPAHAN PULUT KUNING BERTUNANG




TEMPAHAN PULUT KUNING  BERTUNANG 
19 SEPTEMBER 2015 - LYANA, DENGKI

Asssalamualaikum dan hai semua ;) lamanya yna x menaip! sepi blog ni tanpa entry... Alhamdulilah jerebu semakin berkurangan. Cuaca pn dah semakin baik...erm isu jerebu ni dah setiap tahun diperkatakan. Hari ni dalam Metro mengatakan bermula jun lalu kontraktor syarikat terbabit disyaki membakar hutan seluas 3,043 hektar dan akhirnya jadi x terkawal dan merebak ke tempat lain (Jerebu). Difahamkan jugak kos bakar hutan ni lebih murah berbanding upah pekerja, jentera utk pembersihan tapak bagi pembukaan ladang baru. So dorg tanpa rasa bersalah, amik jalan mudah dgn bakor je! dah tu akibatnya kita terpalit sama..tiap-tiap tahun mmg kita akan hadap benda ni.. 

So no komen!!! Just nk komen bagi uolsss yg menghidap asthma perlu lebih menjaga kesihatan pada waktu ini. Kena kurangkan aktiviti kat luar, yg penting minum air masak byk2 tau..bior sampai kembung perot hahaha.. just joke!!! ;) Tapi sebenarnya bukan pesakit asthma je, semua golongan perlu utamakan kesihatan...dengan keadaan sekarang ni lebih baik kita penuhi aktiviti yg lebih bermanfaat. Macam yna hehehe... penuhi tempahan customer..Memang memerap je kat rumah.. ada la 2 kali pergi makeup customer, sekali kat outdoor. Tapi banyaknya mmg kat rumah. 

Okey stop cakap hal jerebu! kita bukak kisah tempahan Pulut Kuning from customer ;) Tempahan kali ni Memang lain drpd lain, biasanya yna buat bentuk Bulat, Shape, Heart tapi kali ni customer requested pulut kuning bentuk BULAN SABIT!!! Masa Lyana bgtau dia nak mcm ni mcm tu hehe... hakakkk terkejut jugak..dah kenapa nak bulan sabit?? hehehe...tapi akhirnya siap dengan sempurna ;) Masa tu saja usik dia..klu x jadi bulan akan buat bintang dik! hehehehe.... 


Taraaaaaa!!! Pulut kuning berhias. Klasikkk uolsss burung puyuh 2 ketui yna letak..
then yna hiaskan dengan bunga Rose sekuntum.. yna buat drpd Tomato. cantik kreatif ke idoooookkk hehehe ;)












Okey dah review semua gambar kan? cantik ke idooookkk hehehe..berani ckp x cantik! nanti yna sumpah korang jadi batu hahaha... khas utk sayang2 yg nak tempah pulut kuning dgn yna..sila baca syarat-syarat yang telah ditetapkan kat entry ni SYARAT TEMPAHAN PULUT KUNING  dan uolss boleh wsp yna utk keterangan selanjutnya. Insya Allah yana akan berikan yg terbaik dan cuba memenuhi permintaan korang ;) 


feedback from dear customer hehehe...tq so much Lyana..sudi tempah pulut kuning dgn akak dan berikan sepenuh kepercayaan! dia yakin yna boleh buat hehe..walaupon yna ckp ini lah first time akak wat bentuk bulat sabit yunkkk oiiiii hehe... anyway tq so much and akak ucapkan selamat menjadi tunangan orang :) alhamdulilah sempurna tempahan kali ni.. bila customer puas hati..yna lagi la berganda ganda suka! senyum sampai telinga hehehe..

Okey uolss semoga berjumpa lagi di lain entry, jangan pernah mengalah walaupun kehidupan penuh dengan ujian, tanpa ujian kita x kan dapat pergi jauh...xkan kenal erti kesabaran dan xkan tahu indahnya perancangan Allah.. bye2!


"DO ALL THINGS WITH LOVE"