8 JANUARY 2016, FRIDAY : RESEPI AYAM BAKAR MADU!!!



Hai semua :) nah resepi Ayam Bakar Madu!!! Campak-campak siap :)




Bahan-bahan Untuk Perap Ayam : 

2 ketul Ayam (Yna guna bahagian dada. **x kisah, ikot suka) 
1 Ulas Bawang Besar + 4 ulas Bawang Putih 
(Ditumbuk lumat)
Serbuk Jintan Manis  + Jintan Putih (1 sudu besar)
Sos Tiram (*x kisah brand apa. Yna guna life)
Kicap manis (*x kisah brand apa. Yna guna Tamin)
Serbuk perasa (Maggie cukup rasa)
Madu 

Bahan - Bahan lain : 
Planta / Marjerin 
Santan

Cara - cara : 

1. Perapkan ayam bersama bahan-bahan perap tadi. Biarkan dalam setengah jam atau sejam ** kalau lama lagi sedap! 

2. Sediakan dulang pembakar yg telah disapu dengan planta/marjerin. Letakkan ayam yang kita perap tadi. 


3. Tuangkan santan (agak2 korang la ya, jgn byk sgt), dan curahkan sedikit madu ke atas ayam tadi. Yang ni sikit je sbb kita dah perap ayam tadi dengan madu. Terpulang ikot selera tekak masing-masing. Yna x suka manis sgt, x tahan pedas hehe.. So memang x letakkan sos cili masa perapkan ayam tu. Kalau nak letak x ada masalah. Sedap jugak.


4. Bakar dalam oven, suhu 220c selama 40 - 45 minit (sehingga masak) 


Taraaaa....Dah siaapppp senang sangat kan..dah dapat satu menu utk lunch/dinner nanti. Bahan-bahan pon bukanlah byk sangat. Simple je...kalau ni dak zara pon pandai buat..dicampaknya je semua bahan hahaha...



Yna suka makan bahan-bahan yg perap tadi tu, makan dgn nasi panass aduhaii sedapnya..bertambah2 nasi bertambah-tambah jugak berat penimbang hihi.. dak zara kalau buat menu ni diratahnya je ayam mcm tu..habis seketul :) 


Okey. next kita share resepi lain plak ya. Yang pasti resepi yna ringkas, x memeningkan kepala korang, senang gila..gila pon x senang haha...campak2 je..siap!! hihi..ok Selamat mencuba uolsss :) Assalamualaikum..

**bahan untuk perap ayam tadi boleh digandakan bergantung berapa ketul ayam yg kita gunakan. 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"

7 JANUARY 2016, THURSDAY : FIRST TIME NAIK ERL PUTRAJAYA!!!



Oittt...rajin!! memang betul rajinn tahun ni hahaha... satu hari satu entry! Yes u can do it!!! daripada sibuk memikirkan hal yang tidak berfaedah. Adalah lebih baik melakukan sesuatu yang dapat memberikan faedah kepada kita! ye dak. Semakin suka berblog! Yey... hari ni nak celoteh sikit. Xsikit la byk jugak. Just sharing gambar-gambar..ngomel sikit2. Ok? :)

First time bawak dak Zara naik ERL/Train! Amboiiiii bukan main suka lagi dia. Excited! dah lama dia minta. Tapi belum ada kesempatan. So minggu lepas penuhi permintaan dia. X bawak jauh pon dari ERL Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan..pusing2 dalam tu, makan KFC then balik! Kenapa x pergi jauh??? Jap lagi yna bgtau kenapa :) 


okey baik, sopan je kan..anak sapa la ni.. haha.. mulut??? erkkk senyap lagi time ni..


after 2 second! manaaaa la train ni???? ahhh dh mula soalan demi soalan dia hahaha.. siap sedia!!! 


lambat lagi ke bu??? hihihi..dah nampak x sabarnya tu. Macam-macam soalan la dia tanya sepanjang tunggu ERL sampai hihihi.. "car ibu tinggal ek" x boleh bwak ke?" ;) ;) 


Finally!! first impression dia, super excited terus duduk dan tengok luar ;) hehehe.."kenapa x ada bunyi pon2..macam dalam tv tu bu?? hahahaha.... 


 nasib baik la MakCo ada. Kalau dengan ibu, memang x merasa lah nak naik train nie. Ibu tahu start enjin keretaaaaaa jalaannnnn hihihi...


dah start nak berdiri ni...tapi dia masih lagi x berani.. :)


okey dah berani, berdiri, pegang cermin.. "icha suka bu"




Oh ya, tiket dari ERL Putrajaya ke TBS dalam RM11.50 (pergi) so total pergi balik RM23 (2 orang). Dak zara pon kena charge jugak (separuh harga). Ingatkan x kena sebab dia baru 3 tahun kan badan je besar hehe..Last rasanya 4 tahun lepas kot yna naik ERL ni. Yna memang x pandai haha.. Zaman belajar dulu kakak2 akan hantarkan naik kereta kalau nak pergi mana-mana. Manja!!


Makan sekejap, lepak2..sesak sangat keadaan kat sana, dengan bau asap rokok kat kawasan luar tu. Memang rasa nak balik cepat je. Risaukan dak zara. Tapi tengok dia seronok sangat x sampai hati nak ajak balik awal. 



sedapnya minum milo, bukan air gas ya dont' worry :) 

Dah selesai makan, yna terus ajak dia balik. "Next time kita naik lagi ya, nanti kita pergi jauhh sikit :)" Ada sebab kenapa yna risaukan keadaan dia. Sebenarnya icha baru je keluar drpd Wad...belom lebih 6 bulan pon lagi. Yna ikot nasihat doktor sepenuhnya sebab x nak kejadian sama berulang lagi. Kenangan masa berada kat Hospital Putrajaya untuk kali kedua memang xkan yna lupa. Bila doktor sahkan icha kena infection paru-paru atau dikenali sebagai pneumonia (jangkitan kuman di tisu paru-paru. Gelap gelita sekejap perasaan ni. Dan doktor nasihatkan supaya yna sentiasa pantau keadaan dia, amalkan kebersihan dan persekitaran yang sihat..avoid travel dlm masa terdekat ni, kurangkan aktiviti di kawasan yang ramai  orang (crowded) dan sentiasa pantau keadaan dia. Icha pon x boleh berjalan, berlari sangat sebab mudah sesak nafas..Dia lalui apa yg yna lalui..tapi kami punya hati jiwa yang besarrrrr!! yey hihi :) ;)


Gambar yang diambil masa icha warded 3 hari di Wad Pediatrik Putrajaya. Time ni icha dalam pemantauan rapi pihak hospital. Kenangan disoal siasat lebih 5 orang doktor xkan lupa sampai sekarang.. segala pertanyaan dijawab utk memastikan keadaan icha stabil. Alhamdulilah..dia semakin sihat. Yang pasti dia kembali aktif seperti biasa :) 


So, untuk akhir Tahun 2015..memang kami x bercuti kemana-mana. Yna cuma ambil cuti balik kg. berehat kat sana. In syaa Allah ada rezeki kita pi holiday ya... ksian jugak bila dia tanya "bu bila kita nak holiday...tido hotel" ;) 


cantik, comel, bijak sampai besar ya :) 

Ni gmbar masa tengah tunggu ERL nak balik ke putrajaya. . Sekejap je bertahan haha..sebab dah nampak dia mengantok. Last2 memang dia tertido sampai balik rumah :) 

Before yna akhiri entry kali ni, kdg2 sambil kita bawak anak-anak berjalan, sambil tu kita terapkan sesi pembelajaran kpd dia. Explore sama-sama apa yang ada di sekeliling. Aktiviti macam ni memang sangat baik untuk perkembangan sel-sel otak kanak-kanak.Cubalah, yna yakin kita semua ada moment yang terindah bersama anak-anak. Rakamkan detik tersebut dan kita simpan ia sebagai kenangan yang terindah dalam hidup. Semoga kita berjumpa lagi,assalamualaikum :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

6 JANUARY 2016, WEDNESDAY : RESEPI KUIH BUAH MELAKA (ONDE-ONDE) CAMPAK-CAMPAK SIAP!!



Hai, semua jumpa lagi kan :) Rajinnya dia, tiap-tiap hari updated blog! hehehe azam baru!! Kalau boleh sehari satu entry, erkkk kalau boleh..in syaa Allah. Cabar diri sendiri ye dak! Okey entry hari ni yna nak share dengan korang Resepi Kuih Buah Melaka (Onde-Onde) CAMPAK2, SIAP!!! hahaha kenapa campak2.  Ko biar betikkk yna, memain kan hahaha :p Betui la ni.. xpe2 jgn risau, in syaa Allah jadi punya :) 


Meh, nak share apa bahan-bahan yg korang perlukan. 

Bahan-bahan : 
Tepung Pulut (secawan)
Tepung Gandum (1sudu besar) 
Pewarna (hijau)
Gula Melaka (gula merah)  
Kelapa parut 
Garam 
Air (suam) secukupnya 

Cara-cara : 

1. Korang campurkan tepung pulut + tepung gandum. Gaulkan dan masukkan pewarna (hijau) nak warna lain pon boleh ikot suka korang. Lepas tu masukkan air suam. Air suam ni korang jangan curah semua sekali. masuk sikit2 tau. Lepas tu gaul uli lagi sampai jadi doh.! Kalau rasa mcm x ok lagi doh korang, boleh la topup tepung sikit lagi. *** Tepung gandum tu utk elakkan drpd doh menjadi terlalu keras/liat. 

2. Dah siap doh, korg ambil adunan tu sebesar ibu jari, ikot suka la nak besar mana. Agak2 la x kan nak besar sangat tercekik plak sat gi hihi. Ok korg gentel la bulat-bulat..leperkan, letak gula melaka. Then korang sambung gentel jadi bulat2 balik!! Ingattt bulat..bukan lonjong hahaha.. ni dak zara pon pandai dah gentel bulat2! (:

3. Jerang air dalam periuk sampai mendidih. Kemudian korg campakkan je semua kuih tadi dalam periuk. Campak elok2 :p 

4. Dalam 10 minit camtu, kuih2 tadi akan timbul...bila dah timbul tu maknanya dah masak la..excited kan?? hahaha..ehh belum siap lagi..jap2..

5. Sejatkan kuih tadi sekejap. Last, korg gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut. Kelapa parut tadi gaulkan dengan garam dulu tau (sesedap rasa). Taraaaa dah siap... selesai masuk peruttt hahahaha..



Nampak??? Senang gila kan... gila pon x senang hahaha....bukan susah mana pun. Nak dengan tak nak je..Rajin dengan Tak je!!!. Bahan yang digunakan pon bukan byk mana. So tak ada alasan la tak boleh nak buat!.. Tapi yna mintak maaf sebab  tak rajin nak ambik gambar step by step jadi yna ajar je cmna nak buatnya ya. Kebetulan buat then share dalam insta/fb hari tu. So next time kalau rajin terlebih kita snap la gambar satu-satu. 

Dah tukar kerjaya ke plak! hahaha..x lah wei. makeup tetap makeup.. Tapi memasak memang hobi yna :) 



Sebelum ni yna memang suka ambil gambar masakan yg yna sediakan, Then yna akan upload dlm instagram...hash tag #dapurliyan. Tapi yna x sediakan resepi...lama-lama rasa bersalah plak. Sebab snap2 share gambar, tapi x kongsi resepi. Sekurang-kurangnya bila share resepi korang smua boleh la buat kan?? Tapiiii yna ada masalah skit bab resepi2 ni hahaha.. sebabnya kalau korang nak tahu semua yg yna buat ni kebanyakkannya RESEPI CAMPAK2!! campak2, siapppp...hebat! HAHAHAHA.. So ni yna create ENTRY KHAS "RESEPI" #dapurliyan semua resepi yna akan share kat sini! 

Okey semua semoga berjumpa lagi...mekasih sudi review blog yna. Selamat mencuba. Assalamualaikum..k bai! :) 



"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


4 JANUARY 2016 : MAKEUP TAHUN BARU 2016!!!


MAKEUP PERTAMA, 1 JANUARY 2016 BY LIYAN PAGES 


Assalamualaikum, hai semua :) alhamdulilah..3 hari dah berlalu..masih ada yang tersilap lagi tulis date 2015 ke?? Yna pon sama hehe..tersilap jugak menaip, menulis..macam tak sedar cepatnya masa berlalu kan? dah masuk Tahun 2016 dah. Tak lama lagi 2020..dulu kalau zaman sekolah ingat tahun 2020 nanti ada kereta terbang, ada motor kat atas udara, ada robot, keretapi ada di tengah jalan raya tanpa pemandu..semuanya dikendalikan oleh Mesin yang berteknologi tinggi. Semua pikir jauh kedepan... x mustahil kan?? hehe..ermm.. Entah! Melihat keadaan ekonomi sekarang memang macam-macam perasaan ada. Sampaikan kelu lidah, kelu tangan nak memberikan sebarang komen. Dan apa yg kita boleh buat sekarang melainkan BERUSAHA!!! 

Dalam kehidupan nie, tak kan lari daripada ujian dan cabaran..bila ada cabaran baru lah rasa dicabar dan tercabar kan. Yang penting jangan putus asa.. kalau masih x dapat capai cita-cita atau azam tahun lepas, cuba berusaha lagi.. dan jangan lupa sentiasa senyum..salah satu kunci kejayaan juga adalah dengan SENYUM. :) 

Oh ya!, entry kali ni yna nak share MAKEUP pertama untuk Tahun 2016! Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk LiYan Pages.  Sekali lagi yna dipilih untuk bekerjasama dengan Butik Almahijjazcollections. Dan ini adalah kali kedua yna makeupkan Model mereka. 


Kak lia ni dah memang semula jadi cantik. Kulit dia putih gebu tau..x puas tengok macam anak patung kan! :) Salah satu sikap yang yna suka pada dia, dia very humble...masa makeup x banyak cakap..xde komen apa-apa pon..dia memahami yang kita as MUA perlukan fokus. And last, bila dah siap..dia akan say thank you, and ckp dah perfect x perlu tambah apa-apa :) 
gambar close up! makeup belum final lagi masa ni :) 



makeup sweet manis macam gula hehehe..khas untuk beautiful Sis Azalia :) 


gambar close up plak! :) 


soft and natural makeup.. nak sweet2 macam ni korang boleh booking dengan Yna ya.. Tempahan makeup Tahun 2016 dah pon dibuka..Yey!! (:



snap lagi..lagi dan lagiiiii hehehe...
photographer x bertauliah! :p 



Untuk sesi makeup kali ni more natural, soft and sweet!!! :)



Gambar selfie daripada Kak Azalia plak! ;) 




mekasih akak, sudi layan yna ni haa hahaha...sanggup snap gambar banyak2 camni...hihihi..In sya Allah kalau ada rezeki, jodoh.. kita jumpa lagi ya :) 


Ni lokasi photoshoot diadakan. Yna x tunggu sampai photoshoot selesai. After makeup yna terus gerak sebab ada urusan lain. Tapi sempat bergambar dengan owner Butik Almahijjazcollections. Mekasih banyak kak kerana sudi beri peluang kepada yna. Semoga jumpa lagi ya :) 





Jika berminat, ada sebarang pertanyaan, nak booking makeup boleh pm yna di FB (LiYan Pages) atau wsp terus ke 013 - 3854 724 (Liyan). Semoga kita berjumpa lagi di lain entry...terima kasih kerana sudi review blog yna. Assalamualaikum..bai! :)


"DO ALL THINGS WITH LOVE"