18 JANUARY 2016, MONDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING BERHIAS



TEMPAHAN PULUT KUNING 
MAJLIS PERNIKAHAN, 17 JAN 2016 



Tempahan Pulut Kuning dengan Serunding Daging 
khas untuk Pengantin :) 



Tempahan Pulut Kuning Bertingkat :)




Pulut Kuning 2 Tingkat daripada Liyan Pages :) 



Pulut Kuning - Bahagian Atas (Pertama) 








Pulut Kuning Bahagian Bawah (Kedua) 




Tempahan Yang siap dimasukkan ke dalam box :)


Alhamdulilah, tempahan Pulut Kuning ni ditempah oleh Pn. Azida untuk Majlis Pernikahan adik iparnya. Mekasih Pn. Azida sudi tempah dengan yna. Dah dua kali dia tempah dengan yna tau. Sedap sangat katanya hehe.. Thanks puan..Semoga Allah murahkan rezeki puan juga ya ;) Korang nak tempah?? Boleh terus pm (FB) or wsp yna ek.. Semua tempahan mengikut pilihan customer. In syaa Allah yna akan cuba buat yg terbaik utk korang! Ok sampai sini je entry hari ni, semoga jumpa lagi di lain entry, mekasih sudi review blog yna. Assalamualaikum... :) 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"

14 JANUARY 2016, THURSDAY : BUAT SCRUB SENDIRI UNTUK MUKA BERSERI DAN BEBAS JERAWAT!!



SCRUB GULA, TEH HIJAU & MADU 

Hai, jumpa lagi, entry kali ni ringkas, padat dan x banyak cakap sangat..iyeee...memang x banyak celoteh jangan risau hehe..ada banyak lagi urusan belum selesai. Tapi wajib update 1 entry setiap hari. Sahut cabaran! Nak share dengan korang Cara-cara nak buat scrub. Entry sebelum ni yna dah pernah share macam mana nak buat scrub daripada Kunyit dan beras kan. Now cara-cara nak buat scrub drpd teh, madu & gula plak. Senang sangat nak buat :) 

Bahan - bahan : 


GULA (SUGAR) 


TEH HIJAU (GREEN TEA)


MADU (HONEY) 

Cara - caranya : 

  • Bancuh teh hijau (serbuk) menggunakan air panas. Biarkan bancuhan tadi sejuk. 
  • Dah sejuk masukkan gula, kacaukan adunan. Kemudian masukkan satu sudu madu dan gaul sebati.  
  • Akhir sekali, boleh la ratakan scrub tadi pada muka. 
  • Bilas dengan air (air suam lebih baik). 
  • Kalau ada lebih boleh simpan dalam peti ais untuk digunakan semula.

Nah...senang bukan?? For infos, teh hijau ni dapat melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutaan pada wajah, melindungi kulit dari sinar matahari dan mengatasi jerawat. Selain itu, ia dapat membaiki tisu-tisu parut kesan daripada jerawat. Madu pula berfungsi sebagai bahan pelembab. Manakala gula pula berfungsi sebagai bahan pengelupasan untuk menyingkirkan sel - sel mati sekaligus membuat kulit wajah korang rasa lebih segar (:

Korg yg mempunyai masalah jerawat boleh la cuba scrub ni. In syaa ALLAH muka yg kusam akan nampak lebih berseri-seri hihihi... kos nak buat pun x seberapa. Bebas daripada bahan kimia! Kan bagus tu :) Okey yna rasa sampai sini je. Banyak jugak dah berceloteh. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry, selamat mencuba uolsss. k bai!! :) 

GAMBAR SUMBER DARIPADA EN.GOOGLE :)



"DO ALL THINGS WITH LOVE"

13 JANUARY 2016, WEDNESDAY : KOLEKSI LIYAN HIJAB YANG PERTAMA!!!!!




Kadang-kadang menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah, mendatangkan hasil adalah lebih baik daripada duduk termenung, merenung siling, berduka lara.. stop!!!! - move on - 


Alhamdulilah, masih diberikan kekuatan! Ada ketika dimana kita perlu berhenti sejenak..menoleh ke belakang lalu bersyukur.  Cuba bangkit drpd jatuh tersungkur..lelah, penat biarkan berlalu...kerana kehidupan ni xkan lari daripada Ujian..am i right??


Oh ya, sebenarnya entry hari ni yna nak bagitau mengenai LiyanHijab yg baru sahaja yna promosikan. Untuk jualan pertama alhamdulilah dapat sambutan yang baik drpd semua. Sekarang ni tengah fokus untuk promosi jualan tudung yang KEDUA. 


Macam mana boleh terpikir nak adakan LiyanHijab ni??? Meh nak habaq hehe.. sebelum ni mmg yna ada jual tudung-tudung biasa. Then stop and fokus pada (FB) Liyan Pages. Yna utamakan tudung untuk pengantin sahaja. Yna juga adalah stokis berdaftar kepada Butik Raudhah. Semua koleksi shawl daripada butik raudhah sangat menarik dan exclusive. Korang boleh tengok kat sini FACEBOOK : LIYANPAGES

So bila yna promote kat FB, kawan2 ramai plak minta yna jual tudung biasa-biasa, sebab dorg nak pakai hari biasa, ke pejabat..memang kerap sgt depa tanya..smpaikan tudung yg yna pakai sendiri pon depa nak hahaha.. x sampai hati nak hampakan permintaan.. Pikir punya pikir, makan tahun jugak la, sebab nak meniaga ni bukan boleh main redah je..kena ada perancangan yg betul dan tepat!..

Akhirnya 16 Dis 2015 yna terus buka akaun Instagram LiyanHijab..kenapa letak nama tu..Senang, x yah pening kepala nak pikir nama. Guna je nama sendiri :) Demi menyahut cabaran buat kerja 2 3 4 5 6 dalam satu masa hahahaha...why not?? apa ada hal kan? Kecooohh sangat..Ok, sat lagi kena kecam plak blog aku ni!! x de pon rasa apa2 sbb since 2009 dah mmg meniaga. tapi adatlah dalam meniaga ni ada turun naiknya..yna stop hampir 2 tahun. Then bangkit semula. Cuba atasi kelemahan yg ada sebelum2 ni. Finally yna mampu hadapi semua tu..alhamdulillah.. Wlupon ada kerja hakiki, tapi minat meniaga tu dh memang melekat dlm diri, dah sebati..keturunan :) :)






Yna pakai printed shawl pertama daripada LiyanHijab. Cantik? Cute kan?? Corak bermotifkan Eiffel tower, ada ribbon, umbrella, bintang, meriahhh la hahaha.. kalau pakai shawl ni korang akan feeling2 cute. x caya try pakai hahaha...shawl ni paling banyaaak permintaan. Kenapa muka seriussss bangattt!!- Banyak kerja wei! semua atas kepala huhuhu -  


Antara  printed shawl pertama daripada LiyanHijab. Semua dah sold out!!!!

Now utk jualan kedua, yna cuba siapkan secepat yang mungkin. Masih lagi proses menjahit.. Kali ni kita perbanyakkan warna dan pilihan.. In syaa Allah yna dah selesai berbincang dengan designer utk label khas LiyanHijab. Coming soon, lebih kemas, cantik dan gojessss. 

macam biasa, bos kecik ni confirm dia nak try dulu hehehe..


dak zara ni memang interframe betui hahaha... gambar semasa photoshoot Model utk LiyanHijab



okey ni bukan model hahaha.. sapa tah.. xkenal! hihi



Kalau korang nak tau, makeup model by yna, ambil gambar tudung pon yna, edit gambar2 pon yna buat sendiri.. kelebihan yang ada gunakan sebaik-baiknya..Sekurang-kurangnya dah jimat dari segi semua tu kan. Untuk permulaan awal nak meniaga ni bukan mudah. Apetah lagi kalau kita x punya modal yang banyak. Pelan-pelan usaha.

Mulailah dari satu langkah yang kecil.... dan seterusnya besar" - :)

Sebelum yna akhiri entry ni, yna share dengan semua Instagram LiyanHijab.. Korang boleh follow sekarang ya. Tapi akaun ni masih lagi dalam proses kemaskini tau :) masih banyak lagi perlu diperbaiki. Terima kasih korg yg dah follow. Thanks for support. Yna sangat2 hargai. Semoga jumpa lagi..Assalamualaikum. 

Instagram : @Liyanhijab





"DO ALL THINGS WITH LOVE"

12 JANUARY 2016, TUESDAY: RESEPI DAGING MASAK HITAM/KICAP CONFIRM SEDAP!!



Hai semua :) jumpa lagi kan.. azam baru! kalau boleh nak sehari satu entry..tapi semalam x sempat nak berblog! maaf ya.. Okey entry hari ni Yna nak share dengan korang resepi daging masak hitam confirm sedap!!! 


Resepi Daging Masak Hitam Confirm Sedap!! 

BAHAN UTAMA : 
Daging (setengah kilo) - dihiris nipis

BAHAN UNTUK PERAP DAGING : 
Jintan Manis 
Jintan Putih 
Gula merah
Kicap Manis (Tamin) 
Sos Tiram (Life) 
Sos Cili (Life)
Cili Kering (Dah dikisar) 
Bawang Merah + Bawang Putih (Dikisar/Ditumbuk lumat)  

BAHAN - BAHAN MENUMIS : 
Bawang Merah + Bawang Putih (Dikisar/Ditumbuk lumat)
Bunga lawang 
Kulit Kayu Manis 
Serai (diketuk)
Halia (diketuk)

BAHAN - BAHAN LAIN : 
Bawang Merah (Potong Bulat)
Daung Bawang/Sup
Cili merah
Tomato 



CARA - CARA : 

1) Okey dah ada semua bahan ni korang dah boleh start perap daging dulu dengan semua bahan perapan tadi. Korang campur je semua..gaul-gaul..Rasalah...rasa tau..ikot tekak masing-masing.. Letak la smua agak-agak korg. Nak pedas ke nak manis ke tambah la ikut suka.. Kan dah ckp yna masak main campak2 je hehe... 

2) Daging tu kena perap dalam setengah jam or sejam..lagi lama lagi sedap... tapi jangan korang peram sampai esok. plak!.tips x nak daging tu liat..korang kena ptong ikut urat dia..x tau urat?? xtau potong?? ha google hihihi...xsempat teman nak ngajo :p

3) Then, korang dah boleh start menumis.. Tumis la semua bahan menumis tadi sampai naik bau wangi..Lepas tu korang campak je daging yg dah diperap tadi...Kacau-kacau letak air sikit. Ni pun agak-agak korang jugak. Jangan sampai banjir plak hihi.. masukkan serai + halia yang telah diketuk tadi. Kacau lagi..

4) Dah nampak daging tu macam empuk..lembut, korang masukkan Bawang besar yang dipotong bulat, dan tomato. Kacau-kacau...masak...Siap! Senang kan?? sapa kata susah sangat nak masak.. petik jari je pon boleh hahaha... 




Kalau nak best letakkan kerisik sikit..urmmm sedap! confirm sedap.. lagi satu dalam resepi ni yna x gunakan garam sebab kicap tu dah terasa manis masinnya..jadi mmg x perlukan garam. Tapi terpulang kalau nak letak jugak :)




So selamat mencuba uolsss :) next kita share lagi resepi campak2 hahaha... yg pasti resepi mudah, ringkas dan senang..x gitewwww.. ok bai uolsss.. assalamualaikum (: 




"DO ALL THINGS WITH LOVE"