9 DISEMBER 2015, WEDNESDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING & SAMBAL TUMIS IKAN BILIS



Tempahan Pulut Kuning daripada Puan Uyun untuk Majlis birthday, suami tercinta :) . Tempahan minggu lepas (5 Disember 2015) baru sempat share dalam blog..ampunnn ek hihi :) Customer nak pulut Kuning dengan Sambal Tumis Ikan Bilis. Nak deco/hiasan pulut yang simple je...so yna buat seperti yang diminta. 

sebelum kejadian hehe...


taraaaa....dah siap :) 


hiasan pulut kuning kali ni MODEN dan RINGKAS 





Pulut Kuning Size 9x9 bentuk Love untuk tempahan korang boleh pilih bentuk petak, bulat, love dan lain-lain. Jangan pelik2 sudah hehe..














Sambal tumis yg awesome ni yna masak dgn penuh kasih syg tau..trust me sekali rasa korang pasti nak..nakkkk dan nakkkk lagi hehe..x caya baca feedback customer2 yna kat FB! Alhamdulilah..syukur sebab depa suka..yna lagi la sukaaaa.... :) 


Siap masuk dalam box..ikat reben comel2 hehe :) 


Okey, done! hehe...Mekasih byk kat Pn. Uyun sudi tempah dgn yna. Semoga Allah murahkan rezeki Pn. Uyun sekeluarga. sekiranya korang ada sebarang pertanyaan or nak tempah, boleh la roger2 yna..samada melalui Facebook (LiYan Pages) or korg terus wsp yna. Insya Allah yna akan reply semua pertanyaan dalam tempoh 24 jam.  Semoga berjumpa lagi di lain entry. Mekasih ek sudi review blog yna. Assalamualaikum (: 

"DO ALL THINGS WITH LOVE" 






2 DISEMBER 2015, WEDNESDAY : TIPS BUAT MAJLIS HARI JADI!


Assalamualaikum semua.. jumpa lagi kita kan. Selepas yna share gambar2 sepanjang majlis Icha/Zara di Fb dan instagram..ada kwn2 yg pm tanya..mcm mana yna boleh buat majlis di taman tersebut, berapa sewa tempat, kena ada surat apa2 tak? Maaf sangat2..ambil masa yang lama utk share dlm blog. Sebab kadang-kadang kita nak menaip kat blog ni pon kena cari masa yang sesuai. Berblog ni pon ada moodnya. Klu x ada mood memang kelaut la hihihi.. 

Sebenarnya tiada sebarang perancangan yg awal utk majlis Icha. First birthday Icha (umur Setahun) yna buat majlis di Rumah sahaja. Sama macam birthday party yg lain2. Then last year, masuk usia dia yang ke 2 Tahun, yna x buat majlis tapi yna bawa dia pi holiday bersama mak Abah dan Kakak. Just sambut secara kecik2 antara kami je. 

So this year bila umur dia ckup 3 tahun, yna tanya Icha. "Icha nak buat birthday party or pi holiday?" and she said "aa...cha..nak party! ramai2..nk ada ballon.." bla bla bla... hihihi so yna dah paham apa yg dia maksudkan. Then tanya family, dorg pon ckp buatlah.ksian kt dia sebab last year x buatkan. Tapi majlis terpaksa ditunda dsebabkan masalah kesihatan kami berdua yg x berapa nk elok. dan Akhirnya date 1hb November 2015 (Ahad) menjadi pilihan. So entry kali ni kita share tips2 untuk buat majlis hari jadi/birthday party!.

**********************************************************

TIPS BUAT MAJLIS HARI JADI / BIRTHDAY PARTY 


1. Budget
-first step yg korang kena buat adalah kira bajet/ tetapkan bajet korg utk majlis yang akan diadakan. Yg ni sangat-sangat penting. Jangan sampai terlebih bajet sampai menyusahkan diri plak! Buat mengikut kemampuan. 

2. Tarikh/Masa
-Then baru tetapkan date. Tarikh/ Masa ni penting ya sebab nak pastikan korang ada waktu yang cukup utk uruskan semua majlis. Jangan 2 3 hari sebelum baru pilih tarikh. Nanti kelam kabut jadinya. Masa tu pon tetapkan sama.. nak buat pagi atau petang.. Sebab bila tetapkan masa kena jugak sesuaikan dengan Menu yang korang nak sediakan untuk tetamu yang hadir. Nampak mudah tapi x sebenarnya huhuhu. Dan x semestinya kena buat ikot tarikh hari lahir anak..buat selepas pon x ada masalah.

3. Lokasi
-Kenalpasti lokasi yang korang rasa sesuai. Samada di rumah, taman, pusat riadah, restoran, taska anak2 dan kalau bajet lebih buat kat Hotel...terbaik! Tapi macam yna bagitau tadi tetapkan budget dan mengikut kemampuan!

4. Tema 
-kena ada tema baru la cantik kan.x kisah la kalau korang tetapkan tema warna warni ke..janji ada tema. Byk animasi kartun yg ada..search je kt internet. mama2 yg paling excited! Macam yna, kami berdua cari sama2 utk tema birthday hari tu..cari punya cari icha suka Sofia the first.. So yna ikotkan je lah :) 

5. Senarai Tetamu/Jemputan 
-yang ni pon sangat penting! kena listkan tetamu yg korang jemput. Jangan x senaraikan takot terlebih jemputan takot kalau2 makanan yang korang order x mencukupi ha...susah tu. Jadi list siap2 dalam buku nota. Cth : yna mmg catat semua yg hadir dan send invitation via wsp + minta RSVP 3 hari sebelum majlis kepada semua tetamu :) 

6. Menu 
-senaraikan juga menu utk majlis korang. Antara menu-menu yg sesuai dan senang nak sediakan seperti sosej, nugget, fun fries, bihun goreng, puding, sandwich, cookies, cupcakes klu x sempat nak buat semua salah satu menu tu korang order je senang! Part menu ni pon korg kena list jugak. 

7. Kek
-birthday party kan wajib la ada kek.. x lengkap kalau x ada kek. So klu mama2 boleh buat sendiri. lebih baik buat sendiri. Selain menjimatkan kos, korang jugak dapat berikan sesuatu yg istimewa kpd anak. Tpi kalau x sempat tempah je dgn mana-mana pembuat kek yg korang suka. Kek pon  mengikut tema yg telah ditetapkan. Baru cantik :) 

8. Gift bag/Cenderahati 
-Untuk gift cuba cari kelainan. Biasa sangat kita terima jajan dlm bag goodies kan. So kalau boleh kurangkan makanan ringan sbb x elok utk kesihatan anak2 ni sebenarnya. Mcm keropok, sweet candy smua tu klu boleh elak..elakkan. Cth : Yana letakkan Apollo Cake + Air Kotak + Jelly dan gula2 cadbury itupon 2 3 ketoi haha..biarla dorg kata kedekot. Niat yna x mau anak2 ni makan jajan banyak sgt! Lepas tu yna tempah fridge magnet dan key chain from Norash Ideas. Cun!!! :) 

9. Pembantu Majlis/ Event Planner 
-Selain daripada family, maybe korang jugak memerlukan perkhidmatan event planner. Mereka ni akan membantu dari segi persiapan majlis. Cthnya penyediaan banner, bunting, decoration dan lain-lain. Juga mengikut bajet yang telah kita tetapkan. Kalau nak jimat DIY sendiri lagi senang dan maybe lebih puaskan hati korang. Make sure korang kreatif ya :) 

10. Pengisian Majlis/Aktiviti 
-Yang ni sekiranya korang ada buat aktiviti tambahan. Kalau korang ada sediakan badut/clown ke ha..boleh la dia hiburkan tetamu yg dtg terutamanya kanak-kanak. Yg ni pon kena tengok semula bajet korang! 

******************************************************************************

Okey dah baca detail kat atas kan? dah nampak step2 nya kan? So korang dah boleh start merancang. Apa yang penting kena senaraikan semua yg ada.  Memang nampak mcm mudah je..tapi kalau x rancang betul2..boleh pening jugak dbuatnya. Biasanya mama2 yg terlalu excited nak buat majlis ni. Dari awal sampai la akhir mmg mama yg over haha... betul x?? :p 


Jemput review Link : HAPPY BIRTHDAY ZARA!!!


Yna rasa dah panjang lebar ni..kita share next entry boleh? :) Yna akan buat entry khas utk korang yg planning nak adakan Birthday party anak2 area Putrajaya ni. In syaa Allah Yna akan share bagaimana berurusan dengan pihak Marina Putrajaya Sdn Bhd dari a-z dan lain-lain. Promise! Ok semua, semoga berjumpa lagi. Bye2.. :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"

1 DISEMBER 2015, TUESDAY: HAPPY BIRTHDAY ZARA!!!



Alhamdulilah sempurna majlis untuk dear Zara a.k.a ayang, icha, chacha, intan payung jantung buah hati cap kelompokkk haaa terkeluar semua haha.....majlis diadakan pada 1 November 2015 (Ahad) jam 3.00 petang di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya. Sebenarnya hari jadi Cik Zara dah pun lepas, sebulan yang lalu..CikZara punya besday 11 September...tapi atas sebab-sebab yg xdpt dielakkan..dgn masalah kesihatan kami berdua yg x ok..itu yg tertangguh2 nak celebrate birthday dia. Apa pun yna bersyukur sbb dapat jugak buat majlis utk dia.. Ni nak updated entry pon berjanggut hahaha..sebulan dah wei!! sorry ;) entry kali ni special sebab nak share gambar-gambar sepanjang majlis. So x perlu banyak sangat celoteh..kita tengok gambar2 yg ada ek. 







gambar yang dirakam sebelum majlis bermula. 
Decoration by majhlisrasmi (instagram) 



orang kuat yna! yang banyak membantu dari segi penyediaan menu utama #lovelyfamily ;)


Persiapan sebelum majlis 



Label air mineral ni buat sendiri je design khas by adik yna :) 




Fridge Magnet by Norash Ideas 


Key Chain by Norash Ideas 



fridge Magnet dan Key Chain untuk tetamu by Norash Ideas 


Cak!!! hihi..birthday girl malu-malu masa ni :p


Happy birthday sayang!!! ;)



fuhhhh..fuhhhh tiup sayang!!



tiuppp lagiiiii hihihi,  penuh camera kiri kanan ;)


happy family! syukur...



ibu dia over hahaha ;)






potong...potonggggg ;)



with atuk dan opah! :) 

Kita share gambar-gambar tetamu yang hadir plak ye :) 













Lokasi taman ni memang sangat cantik dan menarik. Berhadapan dengan Tasik Putrajaya (tasik buatan) kalau  ada rezeki dapatlah tengok burung Flamingo or Itik berenang2 kat tepi tasik ni. Tapi klu bawak budak2 korang kena hati2 tau.. kena pantau sebab bahaya jugak. so beware! :) 


Cik Zara asyik menyelit kat Pak Teh dia (: 







         

kembung2 mulut tu nak meniup hahaha :) 




antara menu-menu yang ada, simple dan sesuai untuk birthday party




coklat oreo khas yg yna buat sendiri, 
sofia the first theme :) 







dear Zara with her cousin :) 


dah besar dah dia..semoga Jadi anak yang solehah, sentiasa bahgia dunia akhirat... be good girl ya :) 



potong kek yang kedua plak :) 




Next pulut kuning! special by #liyanpages





elok bersandar sampai x sedar cekak 
tu dah nak tutup mata haha 


Kakak sulung yna bersama puteri2nya.. 
as photographer sepanjang majlis hehe 



decoration by majhlisrasmi (instagram) 


suasana petang yang mendamaikan...berangin je sekali hujan hehe.mujurlah hujan dah nak akhir2 majlis.kalau x huhuhu, nangis mak! :p



icha with kak Ana :) 


photographer kami yang awesome hehehe... 
merangkap abang iparku!! :) 


thank you for coming :) 


suasana dah gelap masa ni..sebab nak hujan..

main belon :) 
 tengah cari apa tu! 





with Pak Teh + Mak Teh 


thank you for coming :) 



tengok tu ha..bergayutttt je!! :p


Pak Cik + Mak Cik  + Firas 


cari ibu hahahaha... "ibu mana!!!" ibu nyorok hahahaha 



Puding by dear Sista (Yani) 


Thank you for coming :) 




Pak Teh + Mak Teh :) 


Pak Cik + Pak Chu 


ambil lawo2 k hahahaha 


Yna dengan anak buah :) 


icha with Pakcu :) 


PakLang (abg ipar) + Anisya 


Makcik (Sister) + Firas 

dah petang2 tu dalam pukul 5 hujan plak..so memang x dptlah nak buat sesi photoshoot..klu ikotkan planning lepas majlis nak la bgambor kt sekitar taman tu..tapi xpe lah..maybe next time.



Gambar ni dirakam sebaik sahaja tiba di lokasi 
 Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland. 
Adalah jugak gambar kat luar taman hehehe...



Ayong with Anisya :) 


Rasa macam retissss plak hahahaha :p muntah hijo!!! 
erkkk lariiiiii....





penyudahnya nak berdukunggg 
itu lahh dak zara hehe..manja sangat T_T



Alhamdulilah selesai Majlis kat Taman! kita sambung gambar kat rumah plak hehehe... kan dah ckp gambarnya mmg banyak...nak masuk semua aisshhhhh jenuh wei.. .sikit2 la ni pon dah berderet kan....



okey ibu ke dia yang x sabar nak buka adiah hahaha


peace yo! :) 


koyak je bu hehehe :) 


pada zaman dahulu ada budak nama dia dak zara..manja sesangattttt hahaha


taraaaaaa, opssss sory terover! :p icha dah pandang ibu semacam hahaha


kita buka pelan2 la sayang...konon! sekali ganazzz  haha... 


peace yo..x abis2 hehe 




ni ibu punya kan hahaha..mau guling2 dia sat lagi hehehe.. 


mata dah mengantuk..tapi maintain peace yo hahaha...


oowwwhhh besarnyaaaaa... 
last buka hadiah from Lovely Family.. 

Pak Chu tolong meh :) 


suka la tu lepas ni buat konsert hari2 hihi 



okey main sama2 kak icha dh x kedekot sekarang 
hahaha... klu x.."ini icha punya! erkkk :p



terima kasih semua... 
semoga Allah murahkan rezeki korang semua..amin... :) 





terima kasih semua yang hadir.. maaf jugak andai ada kekurangan sepanjang majlis.. part peluk memeluk zara ni dah biasa haha..mengada dia ni! ;)

************************************************
Alhamdulilah sempurna majlis utk Icha.. Bersyukur dengan rezeki yang diberikan.. Dikesempatan ini jugak yna nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya Family yang tolong daripada awal sampai la akhir majlis. Special Thanks jugak kpd kakak Yna (Shima) dalam x sihat2 sanggup datang jugak ke rumah yna. sama2 ada wlupon x dpt nak raikan bersama kat taman hari tu. Kami doakan Chek (Shima) semoga cepat sembuh ya. Syg korang semua! Tq jgk kwan2 yang hadir ke majlis Icha..Yg last minit bgitau x dpt hadir..its okey yna memahami.. X lupa jugak buat semua yang berikan hadiah untuk Icha. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. Dan kita semua sentiasa dilindungi Nya. Yna juga memohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung..sekiranya x sempat beramah mesra dengan semua..maafkan yana ya..Di entry ini juga yna senaraikan mereka-meraka yang terlibat dalam menjayakan majlis Birthday Zara. Sekiranya korg berminat dengan servis yg ditawarkan boleh terus deal dengan FB/Instagram masing-masing. Semoga berjumpa lagi..assalamualaikum :) 

Special Thanks to : 

Decoration and helium balloons by event planner :
instagram : @majhlisrasmi

Photographer by : 
@norash ideas (FB) & @Yatie Qaseh (FB) 

Main Dish : 
Nasi Lemak Goreng Ayam by @foodloverymy (instagram) 

Pulut Kuning : 

Coklat Oreo Sofia the First :

Dessert, Sandwich, Nugget, Hot Dog, Puding & others :  
#lovelyfamily

Creampuff & Cake : 
@yusgreatidea

Fridge Magnet + Key chain (Gift) :
@norash ideas (FB) 

Label (Air/Gift) : 
@nizashaniza (FB) 

Awesome Place : 

Pusat Rekreasi Air, Tmn Wetland, 
Marina Putrajaya Sdn Bhd 

THANK YOU SO MUCH!!! 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"