19 OCTOBER 2015, MONDAY: PENGALAMAN.......DEMAM DENGGI!!!




Assalamualaikum semua..tajuk entry kali ni berbeza hehe..bukan nak share pasal makeup, pulut kuning or lain-lain. tapi kali ni yna nak share pengalaman diri sendiri..demam denggi! ya..demam denggi. Alhamdulilah bersyukur sebab ALLAH masih pinjamkan nyawa untuk bernafas di muka bumi ALLAH ni. 2 minggu dah berlalu, terasa diri ni kerdil sesangat.. ALLAH tu maha kuasa, sayang akan semua hamba-hambanya...syukur :)



Okey meh yna share dengan korang semua, walaupon yna rasa semua dah tau apa itu demam denggi kan?? Demam denggi ini adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk AEDES aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus denggi akan terpendam dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus! So kalau korang nak baca lebih banyak info boleh review dalam link ni INFO DEMAM DENGGI


Macam mana tau yna denggi?? Kenapa x sedar yang diri sakit? Kebal betul?? Kuatnya ko?? hahaha..ni soalan2 depa kat yna! Okey nanti sat..cita dari mula supaya korang paham hehe.. sebenarnya Cikzara yang demam start 2hb (jumaat) tetiba je die demam panas. Dah bawak ke hospital mlm sabtu (3hb, jam 3.30 pagi) tapi masa tu mmg x ada amik ujian darah. Doc cuma bagi ubat sahaja. Ari ahad dia nmpk okey dah..x panas sgt badannya. Then hari isnin yna keja mcm biasa (5hb).. Cik Zara pon nampak mcm dah sihat..okey lah..Tapi tetiba malam tu badan dia pnas balik dan esoknya (6hb) bawak dia pegi check up..Biasalah klu dah demam lebih 3 hari klinik confirm akan amik ujian darah kan. So bila dah dapat result, Doktor suspek CikZara demam denggi! Aduhai mmg risau sangat masa tu. Doktor suruh datang semula hari khamis (7hb) untuk ambil ujian darah lagi. Nak tengok **platelet dia..sbb platelet dia rendah. Sebenarnya yna pon dah demam jugak!! Tetiba ja badan panas. kepala mmg sakit tahab maksima masa ni tapi tetap buat mcm biasa. yna kan sado! hahaha.. terpikir jugak aku xde migrain tapi pasai pa sakit gila semacam ni?? tapi still wat relekssss...


7hb Oktober 2015 - masa ni platelet CikZara masih rendah, bacaan 132 (bacaan normal 150 - 400). So doktor suruh yna datang smula untuk ujian darah pada 9hb (Jumaat). Time ni mmg kepala yna dah rasa toing2 dah.Masa daftarkan cikZara, yna daftarkan jugak diri sendiri. Tapi yna xde la buat ujian darah sbb masa tu kan sibuk nak uruskan cikZara. Cuma terpikir nak mintak ubat demam, flu je. Masa nurse check tu dia ckp tekanan darah yna rendah. Bykkan makan bayam kerang dia ckp. Yna pon iya2 je kan apa yang nurse ckp. Yna pikir maybe sebab x cukup tdo kot, itu yg kepala sakit sangat. Yna dpt MC sehari. Sepanjang kt rumah tu mmg baring je..mujurlah mak ada.mak yg tolong jaga CikZara sama..mekasih mak..sayang mak! gambar ni adalah rekod pemantauan Pesakit Denggi Yg pihak Klinik bagi, rekod CikZara.------->>>>>



\
<---------- ni MC yg yna dapat (7 Oktober 2015) disebabkan sakit kepala yg melampau!

Hari jumaat (9 Oktober) pergi keja mcm biasa..walaupun kepala masih lagi berat.Badan mmg x panas dah.rasa dah okey time ni. Petang tu yna bwk CikZara amik ujian darah lagi and finally dapat result doktor sahkan Cikzara bukan demam denggi. Alhamdulilah lega sangat rasa, bukan apa yna ksian kat dia, baru je 3 bulan lepas kena tahan wad sbb infection paru-paru. Tak sampai hati nak tengok dia kena masuk wad lagi..tapi syukurlah dia bebas Denggi!. 

Dah tu bila ko sedar yang ko dengginya yna oiiii???? hehehe..sabaq2..ni nak citalah...hari jumaat sampai ahad tu ni semua symptom yang ada pada diri yna.. yna ringkaskan supaya korang boleh sedar kalau-kalau korg juga kena demam denggi..bukan minta kena tapi sebagai panduan dan rujukan semua. Dan yang paling penting jangan buat x tahu mcm yna!! Jangan ikot mcm yna tau! syukur masih panjang nyawa ni :) Bila dah sihat ni baru la sedar semua tu dsebabkan denggi!


1) DEMAM MENGEJUT -  yna demam panas tiba-tiba je start 6hb. Mmg mengigil badan..yg peliknya badan panas tapi terasa sejuk mcm duduk dalam ais.. pakai sweater berselimut pon sejuk lagi last2 tido berselimutkan toto! 


2) SAKIT KEPALA - aduhai mmg sakit gila rasa. yna nak bangun pon xlarat. berdenyut2 lain macam. sakit kepala sebelah je. rasa mencucuk2 kat kepala ni...waktu ni yna banyak baring tido, baring tido..mmg terpikir aku ada migrain ke??? 


3) MULUT PAHIT -  part ni rasa gila payau mulut.. mmg yna x lalu nak telan makanan. semua makanan rasa pahit! kalah makan peria wei. mmg pahit sepahit-pahitnya. sampaikan makan bubur pon terasa pahit ya amat. 


4) BIBIR KERING/ ULSER - Ya Allah sakitnya..tuhan je la yang tahu. dah lah mulut rasa pahit dah tu ulser plak. Mmg x lalu nak makan. bayangkan dua2 belah mulut kat dalam ulser.bibir plak kering..pecah2..mmg kering sekering keringnya! waktu ni boleh minum air je lah..yna letak ubat oral paste pon x jadi apa..last2 yna makan ice cream vanila. mmg berkesan. 


5) HAUS - Sepanjang demam, mmg korang akan rasa haus..haus yg sangat2 haus.. mcm terasa kat padang pasir! ni perumpamaan ye..yna x pernah la pergi padang pasir hehe.. waktu ni sekejap2 yna minum air..mmg berbotol2 air..masa ni yna minum air 100 plus lepas tu dgn air cap badak.. tau air badak?? nah gambo yna bagi. minum air kosong pon bergelen2 habis je mak topup dlm botol.mekasih mak.. penat mak jaga kami dua beranak T_T

<-------ni gambar air cap badak tu ye.. cari kat farmasi kedai2 runcit insya Allah ada..ni mmg air penyejuk badan. klu demam elok minum air ni. 

6)  GUSI BERDARAH - part ni, korang x boleh nak gosok gigi. belum gosok baru letak je berus dah berdarah. dah tu darah x berhenti plak. kumur2 pon masih lagi bdarah. byk hari jugak gusi berdarah ni. last2 yna tenyeh guna jari. x kan la x gosok gigi kan..erkk mana selesa wei! time ni masih lagi x sedo. yna igt biasalah gusi berdarah. sebabnya mmg gusi yna selalu berdarah..cuma kali ni banyak darahnya..x macam biasa. 


7) HILANG SELERA MAKAN - memang hilang terus selera makan. mmg x makan la! sumpah.. x boleh nak masuk apa..nak baring tido.baring tido je. mmg x peduli langsung pasal makan. sampai mak bising2 jugak la.. paksa jugak telan bubur yg mak masak. Tapi yna minum air mmg banyak. cuma masa cikZara makan buah tembikai, yna mmg makan buah tembikai byk gila..mcm x pernah makan buah tembikai hihi. mkn dengan rakusnya tengah sejuk2 tu rasa itu je yang boleh telan...gelojoh kan ko yna haha! 


8) SAKIT SENDI SENDI - badan terasa lenguh2 jer. mcm yg yna ckp korang xkan rasa nak buat apa2 melainkan baring tido! terasa pelik jugak waktu tu kenapa nak tido je....macam lalok hahaha.... tapi still lagi buat x tahu. x ada terasa nak pergi klinik pon. "ahhhh biasalah ni sbb demam! itu je yg ada dalam fikiran". erk :p



9) BINTIK-BINTIK MERAH - part last ni lahhhhh akhirnya yna tau yang diri yna kena denggi! Subhanallah... dah penghujung baru sedor diri demam denggi. Ko ni mmg cari penyakitlah yna oiii..nasib baiklah nyawa ko pnjang! erk... syukur..mmg bersyukur sangat... time ni mmg rasa insaf menyesal sbbnya selalu anggap sakit tu benda remeh temeh!! Mmg banyak kali termenung berpikir.. kenapa la aku ni degil sangat! Lepas kena paksa dengan family baru la pergi hospital. Itupon sebab dah rasa semacam.. hari Isnin (12 Oktober) lepas seminggu dah baik demam, dah baik semua2 tu..cuma terasa lenguh2 badan ni..tetiba keluar bintik2 merah. Penuh la kat tangan badan, kaki.. terasa mcm udang bakar dah! merah menyala.. masa tu kat opis, then search la kat internet simptom2 denggi ni. Pap!! smua yang yna senarai kat atas mmg dah terjadi kat diri..ermmm lama pikir.. aku denggi ke??? gambar ni yna ambik 12hb Oktober 2015 (kat opis)  ------->>> 

semua tanda-tanda yang yna senaraikan tu adalah simptom demam denggi. Kecuali yna x muntah atau loya dan sakit perut..Part ni yna x ada..jadi yna x rasa yang yna denggi. tapi kesemua senarai kat atas tu yna ada T_T


Then, balik rumah tunjuk kt abah mak..abah sempat wat lawak lagi.."xkan la demam campak.kan kecik dah kena..ni dah beso gajah" hahaha..aku gelak je la. Abah nk sedapkan hati ckp "ni mesti sebab aku alergic x tahan makan kerang". Memang aku ni alergic x boleh mkn kerang..dsebabkan nak HB tinggi..aku telan jugak la kerang hari tu!. Tapi kepala still lagi pikir "AKU DENGGI KE???" Pastu yna pon wsp dlm group family bgtau kakak2..send gambar tangan yna. Atas nasihat semua..lepas dah kena bebel tahap maksima hahaha..dengan pengalaman Kak Yani yg pernah kena denggi..dia cita mcm2 mula la pikir yang bukan-bukan.klu aku mati sapa la nak jaga Zara huhu...Pap!! So dalam takot2 tu yna beranikan diri pergi Hospital Putrajaya. daripada pukul 8.30 malam sampailah pukul 1.30 pagi. huh, gila tunggu berjam jam lamanya. Sebab itu la yna mmg malas nak pergi hospital x pon klinik. huhuhu... x sanggup nak tunggu!! Nasib baik masa tu ckp kat abah mak.. xyah ikot. Nampak?? kuat ke idok hehe... drive kereta sendiri je masa tu. Alone! Yg adik dh wsp2 dah..riso dorg tunggu kat rumah..Yna??? releksss je la hahaha... dalam hati Tuhan je la taunya..releks la sangat!! nunggu punya lama kat situ. 


Akhirnya bila dah selesai buat ujian darah, dah kena soal siasat dengan Doktor..last doktor sahkan yna Demam Denggi tapi peringkat pemulihan/akhir. Sebab doktor jelaskan yang simptom ruam atau bintik merah di kulit tu adalah proses akhir..bila kita dah pulih baik daripada demam denggi. Dalam yna mendengar penerangan daripada doktor,  sempat lagi gelak hihihi..Doktor tu pon sama senyum2 kat yna hahaha...Dia siap perli lagi "dah hujung-hujung baru datang jumpa doktor ya?? takot kena tahan wad ke?" hahaha yna gelak la..selamba jawab. mana tau saya Denggi hihihi..yang sebenarnya yna DEGIL! Cuma doktor ckp mmg jarang ada kes mcm yna. Ada tu mmg la ada..


Biasanya orang yang demam denggi mmg akan terus rebah, x mampu nak buat apa2. Ada yang sampai kena tahan wad dan juga dimasukkan air. Tapi ada jugak yang x perlu ditahan wad bergantung kpd individu tu. Ada yang pergi kerja macam biasa, lakukan rutin harian juga seperti biasa tapi masih perlu lakukan ujian darah sehingga lah Doktor sahkan pesakit/individu itu bebas Denggi. Yang aku ni..langsung x buat ujian darah masa demam dah lebih seminggu!!! DEGILLLLL BETUL LA!!!!! Syukur nyawa panjang T_T Doktor juga nasihatkan next time klu dah sakit mcm tu jangan tunggu2..terus je pergi klinik/hospital. Kira yna bernasib baik, antibodi yna masih mampu melawan virus tu. Doktor juga nasihat, kepada pesakit denggi ni perlu minum air yang banyak. Tiada ubat yg khusus melainkan air, air, air....Memang kena minum air yg banyak. Tu je ubatnya. Denggi ni mmg berbahaya klu terkena denggi berdarah..boleh membawa maut! Please alert..dan jangan jadi macam yna T_T


Bila yna ingat-ingat balik. memang yna minum air yang banyak..banyak sangat...stiap masa minum air.. haus je...lepas tu sepanjang CikZara suspek denggi, apa yang dia makan semua yna makan sama. Contoh makanan yang baik utk denggi Sup Ketam, Buah Tembikai, Buah Kiwi, Air 100 plus, Kurma, Air Zam Zam... Mungkin sebab semua benda tu yna makan, yna pon dapat melawan virus tersebut. Alhamdulilah syukur.... now after seminggu yna dah rasa sihat..cuma masih lagi terasa lemah2 sendi tu..terutamanya bila naik tangga. Apa yang yna baca..kesan denggi ni jugak makan masa... sakit lenguh2 sendi tu ambik masa yang lama utk pulih. Kesan yang ketara, berat badan turun dengan mendadak..kakak ckp "dah kurus bertambah2 kurus cekedinggg hahahaha".


Syukur.itu yang yna mampu ucapkan. Sangat bersyukur dalam keadaan ni Allah masih panjangkan usia yna...bila sendiri, merenung balik apa yang berlaku ada hikmahnya. Apabila kita diberikan sakit, itu tandanya Allah sayangkan hambanya. Sakit itu juga adalah sebagai penghapus dosa-dosa kecil kita. Subhanallah...x mampu nak luahkan dengan kata-kata.. bersyukur sebab yna dah mampu solat seperti biasa, x perlu lagi solat duduk. Hilang sekejap nikmat yang Allah bagi mmg betul-betul buat yna insaf, membayangkan ada insan yang lebih hebat ujian nya daripada kita. Yang kita ni baru demam sikit dah mengeluh, terus lupa pada kekuasaan ALLAH. Jadi sentiasa berlapang dada dengan setiap ujian yang diberikan. Allah Uji sebab sayang.. lngat sentiasa dalam hati :) 

Sebelum akhiri entry kali ni, jom kita sama-sama mencegah Denggi!!!! Jaga kebersihan persekitaran, yang mana tempat berpotensi untuk denggi tu, bersihkan..jangan biarkan air bertakung!... yna dah ambil langkah penjagaan sekarang nak tido mesti pasang ubat nyamuk hehe... dulu x kisah sangat...sekarang ambil kisah!!! Okey semua. mekasih ya pada family, kawan-kawan yang mendoakan kesihatan yna dan Cikzara.. Semoga Allah juga melindungi kalian semua..dan hidup kita sentiasa diberkatiNYA..... semoga jumpa lagi di lain entry..ingat mencegah lebih awal itu lebih baik daripada menyesal x sudah T_T.... SYUKUR, ALHAMDULILAH...... 





"DO ALL THINGS WITH LOVE"