26FEBRUARY2015, TUESDAY - THE HISTORICAL CITY OF MALACCA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ;)  semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan hidup kita diberkatiNYA amin.... Tajuk Entry omputih hahaha.... menaipnya bahasa Melayu...harus lahh kan...bior la klu org omputih yg tengok x paham hehehe..ade yna kisah!!. wlupon sekarang nie memang sgt2 perlu penggunaan Bahasa Inggeris nie. tp klu boleh janganlah kita membelakangkan bahasa kita sendiri. Sebab kadang-kadang yna sendiri rasa meluat tengok bangsa kita sendiri yg langsung x nak menggunakan bahasa Melayu. Mcm malu plak nk ckp melayu. Apa beranak teruih2 ckp omputih ka...klu yg itu kita x boleh ckp apa la kan.ini tak..menetap kat malaysia jer..hihihi..maaf ya..jangan terasa..nie just pendapat.

Bagi yna bahasa inggeris boleh guna mmg xdak masalah..Tp kan jgn lah klu kita berjumpa dengan org2 tua ataupon mmg kita dh tau die kurang bahasa omputih ni..kita ckp dengan dia guna bahasa omputih..Ko rasa??? x rasa gedik ka?? meluat kot...erggghh..mcm yna bercakap dgn cik Zara klu berdua mmg speakang hahaha...berterabur ka apa..janji kami berdua paham...Alhamdulilah..dari kecik mmg yna terapkan bahasa omputih dengan Cik Zara. Now dia dh 2 tahun dh paham apa yg cuba yna sampaikn. Kdg2 dia sendiri ckp balik bahasa omputih dengan kita. 

Tapi klu tengah ramai2..yna ckp bahasa melayu dengan Cik Zara..Itu yg sebaiknya yna rasa. Sebab yna rasa, yana bukan baguih mana..ckp pon ikot sedap tekak ja... Tapi budak2 skrg memang kita perlu ajar die dari awal. Akan datang kita x tau la mcm mana. Skrg pon penggunaan bahasa Inggeris sgt2 penting! Okey dah kelaut semangat patriotik plak hari nie hahaha...Balik semula cita asal entry hari ni hihi...yna nak share dengan uolsss semua... Percutian yna dgn Cik Zara di Melaka. Alhamdulilah tertunai hajat nak bawak Cik Zara holiday lagi hihihi.. cita nie dah sebulan dah haha...pergi hari tu 24 January 2015. Macam biasa lambat benau nak menaipnya hahaha..okey jom le tengok gambar-gambar kami sepanjang kat sana :) 
 
Sebaik sampai melaka kami terus check in di Bayou Lagoon Park Resort  Cik Zara excited hihi..Yna booking studio room + pakej (include breakfast & waterpark entrance) lengkap semua senang..uolss boleh review detail kat website resort ni...Kitorg lepak2 dulu kat hotel. Bagi cik zara berehat dulu, baring-baring, minum susu :) around 3petang baru la kami merayap!


First tempat yg kami pergi adalah Menara Taming Sari. So apalagi sesi bergambor la ;) Cik Zara masa tu mood malas lagi..memang x nak bergambar sgt...Yna x naik menara ni sbbnya x brani nak bawak cik zara naik atas.. risau kalau2 die menjerit takut..Memandangkan yna x naik pon so yna x de benda nak cita haha.boleh camtu erghhh..okey yg yna tau klu uolss naik menara nie uolss boleh nmpak bandar melaka nie. Sampai kat atas dia akan berpusing klu x silap dalam 7 minit berada kat atas..dalam ketinggian 100m atau 330 kaki. Klu nak tahu lebih lanjut uolss review dlm website ni http://menaratamingsari.com/ So kitorang pusing-pusing di sekitar kawasan ni je dulu. amik mood kat budak kecik nie hehe....

Menara Taming Sari.


Pusing punya pusing...Cik Zara ternampak boat..Terus jerit nak naik cruise!!! Sudah...kecoh die menjerit...hihi..nmpk sgt excited.. hahahaha..so yna pon pi kaunter Melaka Duck Tours untuk beli Tiket. Time tu around 6 petang... Penjual tiket tu ckp dalam 6.15 pm boat akan sampai dan boleh gerak. Erm masa nak tunggu tu Cik Zara dh bising dah..ckp 'Mana boat?" "Mana boat".... puaslah memujuk dia hihi...sampai2 je boat tu terus laju naik...memang suka sangat...xnak taip! uolss tgk gambar-gambar kami ye. Kalau nak tahu detail uolss boleh review harga tiket, perkhidmatan yang Melaka Duck tours sediakan kat sini  http://www.melakaducktours.com.my/home.php   :)
IBU, MAMA & CIK ZARA
Masa ni Cik Zara teruja sgt..nak duduk tepi sekali! 
Kami diberikan Penerangan Sejarah Melaka sepanjang Naik Cruise  
 ;)


Yna rasa dalam 30-40 minit jugak tempoh kami dibawa pusing-pusing kat bandar melaka tu. Banyak sejarah yg dapat kami tahu. Teringat zaman-zaman belajo kat sekolah dulu :) kesimpulannya sambil-sambil menikmati keindahan dan peninggalan sejarah di Melaka korang boleh enjoy naik Cruise ni. Yna suggest korang naikkk... Pegi Melaka naik ni tau! 

Destinasi seterusnya kami pi Dataran Pahlawan sebabnya dah dekat dengan kawasan tu. Jalan kaki je dari Melaka Duck Tours. Yna beli souvenir! Sambil-sambil yna shopping..Cik Zara main bubble dengan MAMA..good girl ;) Lepas dah membeli apa yg patut kami terus gerak ke Seri Muara Alai Nasir Ikan Bakar. Org cakap klu pergi Melaka nie wajib rasa seafood tp agak frust sebab masa tu ramai sangat la rakyat malaysia! so makanan yg dipesan pon sampai lambat sangat2. Masakan pon x menepati citarasa yana, maaf ya :). Memandangkan lambat sgt siap apa yg kami order mmg yna x sempat nak tangkap gambar bagai...ada ketam, ikan, udang, seafood!! Erm tp memang x boleh lawan seafood kat JB dgn Bagan Lalang. Memang terbaik!!!! Jom tengok gambar lagi. 

PAHLAWAN WALK MARKET


Balik hotel dah lewat malam, igt cik Zara tdo..erm mata dia bulat lagi..tengok la gaya dia..nie dh pukul 12mlm, sakan lagi berjaga hehe...



<------ Suasana pagi yang mendamaikan, x sabo dah nak main air..yg Cik Zara dgn mama die sedap tdo. Ibu lepas subuh dah x boleh nak lelap mata..Tengok dorg sedap je tdo..last2 ibu kejotkan dorg..paksa bangun hehe...lepas bfast kami terus pi main air..ibu yg over..cik Zara menangis x nak pada mulanya. Takot sebab air sejuk gile..dekat setengah jam jugak la sesi memujuk bagi die masuk dlm air..last2 korang rasa???? satu bab plak nak memujuk balik bilik..dah main air x nak keluar-keluar hehehe.... kat sini semua brg peribadi korang kena tinggal kat locker. So better klu nk pi mandi x payah bawak apa2. tinggai je kt bilik Hotel..
with Ibu :)
with MAMA ;)


Check out time ~~~

Lepas dah mandi semua, kitorg siap-siap untuk check out...dah selesai urusan check out, destinasi seterusnya naik beca di dataran pahlawan! Before naik beca kena isi perot dulu. Lunch Time kami makan ayam penyet..Dengan mcm biasa-biasa2 kan sebab bersepah area KL ada..tapi Yg kat sini rasa lain sgt...memang terbaik..sedap sangat-sangat... ayam penyet yg paling best yna pernah rasa...Cik Zara pon berselera...First time bagi dia makan ikan keli goreng.licin hihihi.uollss klu pi melaka wajib datang sini tau. Restaurant berdekatan dgn Dataran Pahlawan betui2 depan menara Taming Sari. Sebelah dengan Restaurant Upin Ipin. Senang sangat la..tepi jalan je. Cuba tau..memang terbaikkk! Tapi itulah kerana terlampau sedap sampai lupa nk snap gambar makanan..dah licin hahaha..Yg ada gambar cik Zara ni ha ja... ;) :)




Dah kenyang..apa lagi....naik beca la plak! hihihi...Yey...first time nk naik nie. tapi bila dah sampai tengok dorang mengayuh mcm kesian la plak...awal-awal pesan kat mama, kita cari beca yg budak-budak muda. Kitorg naik beca pusing dataran pahlawan ni. Jom tengok gambar kami! Meriah habaq hang penuh kartun dalam beca nie..hello kitty ada, frozen ada, princess ada, doremon pon ada..mcam2 ada hahaha.. :) x nak menaip dah uolsss tengok ja gambar kami ek..








Mkn sudah, naik beca pon sudah..destinasi terakhir kami adalah ke Zoo Melaka.... :) Cik Zara paling suka tengok animal show..memang fokus habis..ibu tangkap gambar die pon x sedar hehe :)
















Alhamdulilah percutian kali nie dipermudahkan..next time yna share lagi ye.. mekasih semua yg sudi baca! Cik Zara tdo lena sepanjang perjalanan balik..kepenatan la tu hehehe....  ;) :)







"DO ALL THINGS WITH LOVE"





1 comment:

  1. jalan sakan icha tp bagus utk dia explore benda baru

    ReplyDelete

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)