4 NOVEMBER 2015, WEDNESDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING SET (PULUT KUNING + RENDANG AYAM)



Bersyukur dengan setiap nikmat, setiap pemberian yang diberikan buat kehidupan kita akan lebih bermakna. Sentiasa mendoakan orang lain juga adalah salah satu tips untuk murah rezeki. Kadang-kadang kita terpikir... "kenapa rezeki dia murah?? mcm mana dia dapat tapi aku x dapat. Aku solat, aku berdoa pada Allah tapi kenapa aku masih begini" Ya kata-kata ini juga pernah bermain dalam fikiran yna. Sentiasa stalker orang-orang berjaya.. Teringin sangat jadi seperti mereka. Perlahan-lahan yna jadikan mereka sebagai sumber inspirasi untuk terus kehadapan. Belajar cara mereka berniaga, tapi bukan tiru sebulat-bulatnya. Sebab setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Belajar bagaimana untuk dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Kata-kata sifu "Kalau kita kejar keuntungan semata-mata, kita x kan bertahan lama, berniaga kerana ALLAH, insya Allah berkat hidup sampai bila-bila". Jadi yna ambil segala nasihat utk terus majukan diri. 

Alhamdulilah 3hb Nov semalam hehe..yna terima lagi tempahan daripada Customer..Pulut Kuning Set iaitu pulut kuning dengan rendang ayam. Semua order ni daripada kawan-kawan juga. Terima kasih sebab sokong yna, Yna doakan korang murah rezeki dan boleh order lagi hehe ;)


Set Pulut Kuning + Rendang Ayam (Sudu disediakan) 

Pulut kuning tak lapik dengan daun pisang memang tak lengkap rasanya.. Untuk set ni yna hiaskan juga dengan Tomato + Salad + Timun :) 






Untuk set pulut kuning ni sesuai kalau korang nak buat majlis doa selamat..atau pun pemberian ikhlas kepada orang-orang masjid/surau, kawan-kawan, jiran-jiran dan lain-lain. Makan dapat..pahala pon dapat...mmg niat yna nak berikan yang terbaik untuk Customer. Bila customer suka..yna lagi la suka. Yna share feedback customer mengenai pulut kuning dan rendang ayam yna kat bawah ni ya  :)  






Okey semua,,jumpa lagi next entry.. next order..in sya Allah :) mekasih semua yang sudi review blog yna. Assalamualaikum dan..bye2! :) ;) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"