11 MARCH 2016, FRIDAY : TAMAN BOTANI, PUTRAJAYA



Assalamualaikum semua :) rasa lama x jenguk blog ni...yna tak sibuk pon, tapi kurang sihat. Alhamdulilah sekarang ni dah semakin sihat. Memang bertambah-tambah sihat.. Pipi pau! hahaha.. Bila x sihat tu mood nak menaip pon kelaut jadinya. Asyik bukak tutup, bukak tutup je blog ni. Tapi x menaip apa-apa pon. Soooo...entry kali ni nak share gambar-gambar yg kami sempat ambil semasa di Taman Botani Putrajaya. gambar ni dirakam bulan februari hari tu. Lama kan :p

Kebetulan anak buah yna datang daripada Melaka. Dia nak buat maternity Photoshoot dgn husband dia kat sini. Yna pon pikir la lokasi mana yang sesuai, penyudahnya yna bawak depa pergi Taman Botani. Lokasi pun dekat dengan rumah Yna. Lagipun yna kurang sihat so nak drive jejauh malas. Sekurang-kurangnya dorang ada dapatlah tengok-tengokkan icha, kesian dia memerap je kat rumah. 



taraaaa..besar dah korang! semua ni anak menakan yna..dikelilingi bebudak...so maksu dia pon automatik jadi kanak-kanak riang hehehe.. icha mana??? 




menyelit lagi hehehe... icha mana??? 


nampak dah budak ni hehehe... nak kemana??



"ibu boleh x icha pegang" dengan suara manja ngada-ngada dia tu. peganglah..nak mandi pon boleh hehe..


Mom to be, ni anak buah yna.. :) Dah nak jadi ibu dah dia...Yey..bermakna yna dengan rasminya akan menjadi Nenek yang paling termuda hahaha..perasan! Dah jadi nenek rupanya..adoiiiii. Tapi x pe..ni nenek vouge hihihi.. 


Anak sapa ni hahaha.. ganasss semacam! 
Icha with Kak Yong. sayang sangat kak yong dia tu..



membesar dengan sihat :) 



Kak Yong kena buli! Nasib baik yna x sihat hehe..kalau tak confirm nak bdukung je.. berat berkilo2..huh...


tak banyak gambar yang yna ambil, ni gambar semua dalam phone..yang dalam camera ada dengan anak buah. Tempat ni sesuai la klu korang nak beriadah. Lokasi pon cantik, sesuai jugak untuk uolss yg nak buat sesi Photoshoot. Kalau hari minggu or musim orang kahwin, memang penuh la tempat ni dengan pengantin yg nak buat photoshoot..  Dalam tasik buatan ni ada ikan, ada kura-kura2. Korang boleh bawak sendiri roti nanti lemparkan je confirm timbul ikan-ikan, kura2 yg adoo... berebut2 dorang makan. Bukan kata bebudak, mak bapak bebudak pon join sekaki hihihi :) 


mom and dad to be! sengal dorang ni..otak gila2..
sekejap sgt masa berlalu hehe..besar dah depa ni. 


okey last before balik. nah belanja lagi gambar depa. Kali ni gambar yna mmg x byk hehe... So klu korang datang Putrajaya singgah la sekejap kat Taman Botani ni ya. Tempat nie cun nak posing2.. memang x rugi. K, semoga berjumpa lagi di lain entry. Assalamualaikum :)  




"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

No comments:

Post a Comment

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)