HANTARAN COKLAT | BERTUNANG | 30 MAC 2016
Kadang-kadang bukan susah nak create entry dalam blog ni. Gambar semua dah ada, tapi mood nak menaip tu tersekat-sekat. Ada je menghalang. So dari sehari ke sehari nak updated tapi masih x bergerak-gerak. Makin lama makin banyak plak entry yg ada.. Lepas tu baru menyesal. Bukan cakap org tapi cakap pasal diri sendiri. T_T
Okey la nie yna nak share dengan korg gubahan hantaran yg yna buat khas untuk Puan Aini. Wlupon tempahan dia secara mengejut, datang tetiba..tapi yna x sampai hati nak hampakan permintaan. Cuba buat yg terbaik.
Puan Aini bgtau dia nak bagi hantaran ni pada adik ipar dia. dia mintak yna buat simple2 je janji ado. X kisah. dah serahkan 100 % kepada yna utk deco mendeco hehehe...
ni kalau dak zara nampak ni memang kenduri sakan dia :p
semua coklat ni Puan Aini beli siap2 dan serahkan kpd yna.
bakul ni yna beli kat MYDIN je.. dah x sempat nak cari kat tempat lain, nasib baik la ada...
Puan Aini pon dia cakap memang nak bakul so memang rezeki dia la ada bakul ni kat mydin tu.
nampak tangan budak bam bam tu..dia confirm nak interframe hehe
Bunga-bunga ni pun semua yna beli kat Mydin jugak. Sesuai dengan bajet yg Puan Aini bgtau pada yna.
semua coklat ni yna hiaskan dengan reben dan selitkan bunga comel ni untuk naikkan seri. berseri x?? seri tak? hahaha...
Lepas dah menghias coklat.
yna siapkan bakul dan tapak gubahan ni.
ni tapak untuk letakkan bakul coklat.
Siap dah gubahan ni. Gambar dari pandangan atas :)
bau coklat ni best tau..bau coffee... :)
yang ni memang favorite dak zara.. nasib baik la masa yna mendeco ni dia masih tido lagi :)
Gubahan hantaran Coklat untuk majlis bertunang khas daripada Yna / Liyan Pages :)
Alhamdulilah sempurna, Puan Aini sgt2 berpuas hati dengan hasil gubahan yna...dia siap bgtau pada kawan2 opis lagi hihi..thanks puan. Kepada uolss yg berminat nak tempah gubahan hantaran utk majlis tunang, merisik, kahwin dan lain-lain boleh pm yna di Fanpages LiYan Pages or whatsapp yna terus 013 - 3854 724. Nanti kita boleh roger2 bincang, sampai jadi hehe... okey smoga jumpa lagi di lain entry. mekasih sudi review blog yna. Salam :)
"DO ALL THINGS WITH LOVE"
No comments:
Post a Comment
TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)