10 MAY 2015, SUNDAY : TEMPAHAN COKLAT OREO UPIN IPIN



TEMPAHAN : PUAN ROSSA, PUTRAJAYA 
29 APRIL 2015 (KHAMIS)

Salam sayang semua...yna harap uolls yg sudi review dan baca blog yna sht2 dan dilindungi Allah sentiasa. beberapa minggu ni kesihatan x mengizinkan..demam! Cik Zara pon sama..kesian sampai kena amik darah...menangis dia siap ckp dgn nurse tu..."lepaskan saya, lepaskan saya" aduhaiiiii....sayu dengar... terpaksa la sebabnya demam dah lebih 4 hari..risau yna klu2 demam denggi..itu yg bawak dia ke klinik dan jalani ujian darah. Alhamdulilah cik Zara hanya demam biasa..x saspek denggi..lega rasa..itu yg entry terperam seminggu..ada lagi 3 entry yg yna perlu share..aduhaiiii kena buat cecepat ni..klu x mmg x terkejar nak updated blog.... :) 

nampak kan gambar oreo bebanyak tu :) confirm uolss dah tau apa yna buat dgn oreo ni kan...kali ni yna nak share dengan uolss tempahan coklat upin ipin from Puan Rossa. Tempahan sebanyak 50 pcs untuk hari jadi anaknya siap sempurna seperti diminta :) Seperti biasa kartun upin ipin pilihan customer yna kali ni. Pn. Rossa bagitau yna dia nak bawak balik kampung di Taiping. 

Memandangkan perjalanan memakan masa lebih 3 jam dari Putrajaya ke Taiping, yna tinggalkan amanat-amanat kpd Pn. Rossa hehehe..mmg pesan kat dia jgn letak coklat ni dlm bonet kereta...sbb coklat ni x blh terdedah dgn keadaan panas atau cahaya matahari. So klu berhenti di R&R nak solat atau lama-lama di R&R jgn tinggalkn coklat dlm kereta (bawa bersama) ;) Bimbang juga klu2 coklat ni cair..sbbnya first time customer yg tempah untuk bawak jauh-jauh ni. Biasanya tempahan adalah sekitar kawasan putrajaya sahaja dan confirm akan makan terus! hihihi...


Untuk tempahan coklat, minimum 5 pcs coklat (1box) Rm10.00 sahaja. Bagi tempahan 50 pcs ke atas yna akan berikan harga SPECIAL..ada diskaun..jgn bimbang :) Untuk sekitar Putrajaya (free delivery) luar kawasan yna x hantar ya..kena ambik sendiri. Coklat upin ipin ni x terhad untuk majlis hari jadi, baby shower dan lain-lain...klu nak makan saja2 pon yna terima (bergantung kpd kekosongan jadual yna).. sebab tu klu nak tempah kena awal2, jgn esok majlis baru hari ni wsp yna nak order..mmg yna xdpt nak terima..maaf ya..yna akan bgtau awal-awal kpd customer. Sebab jadual ujung minggu yna x menentu. Kadang-kadang yna sibuk dgn makeup job... nak tempah?? inform awal-awal tau :)



yna masukkan coklat-coklat ini dalam box (transparent)..ada 50 pcs semuanya. Yna asingkan utk pastikan coklat ni x rosak dan kemas..untuk hiasan atau deco setiap box juga adalah bergantung kpd customer. Yna sedia menerima tempahan utk doorgift. So klu uolls nak hias2 box ni..nak letak reben, bunga-bunga ka..boleh bgtau yna. Senang cita ckp ja nk camna..uolss sedia duit ja hehe... :)


Yna masukkan dalam box seal dgn Sticker Liyan Pages :)

gambar di atas respond from Rossa. Yna pm dia tanya samada coklat tu cair x masa dalam perjalanan..sebabnya masa yna balik kg cuti Hari Pekerja 1 mei tu Ya Allah jalan punyalah jammed gila.x pernah rasanya macam tu.Maybe sebab terlalu lama dalam kereta itu yg sampai demam-demam kami...Seronok sgt bila rossa ckp coklat x sempat masuk dlm freeze dh licin!!!! hihihi..budak-budak mmg confirm suka. Thanks again kpd Pn. Rossa kerana sudi tempah coklat upin ipin dengan yna :) okey lah yna rasa sampai sini je..next entry yna nak share untuk makeup job nikah di Cheras..harapnya ada masa untuk menaip lagi...yna blanja gambar dengan Cik Zara masa hadiri majlis kawin kt kg. X byk gmbr yg ado..sbbnya kami x sihat so cik Zara pon nak mmerap je. tengok lah kemanjaan dan mengada-ngada dia tu terserlah!! hihihi...okey la..salam sayang smua drpd yna a.k.a LIYAN PAGES :)



"DO ALL THINGS WITH LOVE"