20 AUGUST 2015, MASCARA SENDAYU TINGGI


Assalamualaikum semua..now ni gigih betul yna menaip! rajin terlampau nak updated blog hehe.. sebabnya banyak sangat dah gambar-gambar yg terperam, dah melimpah-limpah..x tau nak letak dlm mana dah. ambik snap2 tapi biar macam tu je. Lagi satu sekarang ni tengah kejar nak dapatkan BE by NUFFNANG mana tau kan ada rezeki lebih dapatla beli barang makeup lagi hihihi.. kalau betul caranya berblog ni bukanlah perkara yang sia-sia yang paling utama bukan buang masa tau!!. ada benefit bagi mereka yg betul-betul faham. Selain daripada dapat berikan manfaat kpd semua..secara x langsung dengan menulis blog kita akan lebih menghargai semua yg kita miliki. Macam blog ni yna bukan share entry2 khas perniagaan online semata-mata tapi yna juga share mcm-mcm benda. Tips kecantikan, masakan, makanan, beauty produk dan kadang-kadang yna juga selitkan kata-kata semangat yg boleh dijadikan sebagai motivasi dan panduan semua. Best x??? berani ckp x best...nanti yna sumpah jadi batu!!! hahahaha....

Kali ni yna nak share dengan uolsss mascara by SENDAYU TINGGI  nak tau apa yang buat yna jatuh cinta dengan mascara ni..teruskan pembacaan uolss ya!.

Double Impact Long Lash Mascara tu diaaa nama panjang nya... ;) 

Kenapa yna suka dengan Mascara ni??? 


1) Berusnya Unik - cuba korang fokus kat berus dia.. berusnya pendek dan jarang.. permukaan ni sebenarnya dapat menyaluti setiap helaian bulu mata dan kesannya menjadikan bulu mata uolsss melentik dan panjang dengan sekali sapuan.. mmg betui..yna pakai sekali ja..dah macam bulu mata gajah!! hahaha... melentikssss uolssss ;)


2) Tidak Bergumpal - ni yang paling utama. sebab apa? Ada tiga koleksi mascara yg yna ada Benefit, Maybelline dan Silky Girl. Ketiga-tiga mascara ni mmg paling best.. Bila pakai mmg tidak akan bergumpal. Korang tau bergumpal? mascara penuh dekat berus...bergumpal..Contohnya bila korang cuba pakai kat bulu mata.. hitam tu akan jadi tebal dan nampak x sekata..kadang-kadang buat bulu mata kita jadi rapat. mcm kena gam!



3) Senang dibersihkan  - korang bersih x berus mascara masing-masing?? ini penting ya.. kena basuh sebab salah satu utk elakkan bakteria. kadang-kadang bila dah terlalu lama mascara tu kita guna tenyehhh ja..nanti berus tu akan jadi keras..sbb tu berketul-ketul jadinya..Kalau x bersihkan mungkin menyebabkan sakit mata..atau rasa gatal-gatal kt bulu mata tu. So untuk langkah kebersihan berus mascara seelok-eloknya bersihkan 2-3 bulan sekali. Klu rajin terlebih sebulan sekali pon dah ok. Nak bersih mcm mana??? Mudah ja..amik tisu muka/biasa then lapkan berus tu...tarik mana-mana yang dh bergumpal. Last baru korang gunakan wet tisu/ tisu yg dibasahkan dengan air suam..Then korang biarkan (keringkan). Mudah bukan? ;) 


Harga nya berapa? Harga mascara ni..murah dan berpatutan. Yang penting berbaloi-baloi.. x gitu ;)  harganya RM30 je naaak.... kan mak dh cakap murah hihi... nak beli kat mana? boleh beli dengan yna wsp ja 013 - 3854 724 atau boleh terus ke outlet Sendayu Tinggi yang berdekatan dgn lokasi uolsss x pon beli secara online SENDAYU TINGGI ONLINE  

okey sampai sini ja uolsss klu ada masa yna share lagi tips-tips yang awesome! Yang penting ringkas, simple dan padat!!! Jumpa lagi di lain entry ek... mekasih kerana sudi baca blog merapu raban yna nie hehe..... Assalamualaikum and bye! ;)


tempek satu gambaq ni kat sini ya.. supaya x hilang.. :)

" DO ALL THINGS WITH LOVE"