13 NOVEMBER 2015, FRIDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING LAGI, LAGI DAN LAGI!!!!!



Pejam celik pejam celik, dah hari Jumaat. Sekejap je masa berlalu. Pejam lagi mata, bangun lagi... tup2 dah nak masuk bulan 12.. memang x sedar masa berlalu dengan pantas kan? X lama lagi dah nak masuk Tahun 2016. Dah sedia ke? (:  

Rajin plak hari ni nak updated blog. Semalam selesai satu entry. Hari ni klu rajin terlebih bolehlah buat 2 3 4 entry...yo2 oooo je kau yna! hahahaha :p


Nahhhhh.... Rendang daging sekuali khas untuk santapan mata uolsss hihihi.. apa?? comot?? aippppp!! memang la comot dik non mana ada orang masak terus hias timun keliling kuali hahaha..lol! jangan kecam yna ya :p


Tadaaaaa....sempurna tempahan Set Pulut Kuning dengan Rendang Daging hitam.. Pstttt nak bgtau resepi rendang daging hitam ni adalah resepi turun temurun family yna tau. Insya Allah sekali makan..confirm korang akan rasa nak..nak..nak dan nakkkkk lagi hihihi..senang ckp mmg xkan cukup la sebekas ni weiiii! 


Betui ka ni pulut kuning, macam nasi ayam jaa...siap salad timun tomato bagai?? "aipppp suka hati kita la nak letak apa..hahaha.." yang sebenornya yna ni suka deco2 makanan..so bila letak seketui pulut dgn selonggok rendang tu mcm x lawooo je hihi..jadi yna pon cuba la hias2 bagi lawo... 

cantik ke idak??? berani ckp x cantik! sumpah korang jadi batu hahaha...



Pulut kuning kalau x lapik dengan daun pisang mmg x sah!. Bau daun pisang tu yg menaikkan selera..x caya..cuba cium. Yna suka...korang x suka, sudah! hihi.. Set ni lengkap dengan sudu + tisu. So senang la korang nak makan kat mana-mana cerokk pon ;) 


Tu je gambor yang yna nak share..kang upload banyak2 terliur plak korang kan hihi.. kepada yg berminat untuk membuat tempahan Pulut kuning boleh terus wsp yna 
ke 013 - 3854 724 (Liyan). Sila baca syarat-syarat tempahan atau korg review je entry Labels Pulut Kuning. Macam2 adooo kat situ... Terima kasih banyak kpd customer yg tempah pulut kuning ni. Semoga berjumpa lagi di lain entry, kot rajin sat lagi kita sambung menaip hihi.. Mekasih uolsss. Assalamualaikum :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"

12 NOVEMBER 2015, THURSDAY : MAKEUP BERTUNANG SHAFINAS, BANDAR SRI PERMAISURI, CHERAS



Hai semua, hari ni x de nak celoteh banyak sangat haha..iye2 je..sat lagi dah start menaip..x tau nak berhenti ye dak? dekat seminggu jugak la x menjengah kat blog ni..hari ni rasa gatal dah tangan nk menaip..lagipon ada dua tiga entry yang yna x updated lagi..

Korang ada nampak apa2 yang berbeza x??? Nampak??? x nampak?? x nampak sudah!! hahaha.. Yg biasa review blog yna confirm dapat tau ada perbezaan kat blog yna ni. Entah apa mood rajin sangat ni..tukar background..rasa dah bosan yang lama..Kali ni yna pilih design yg biasa2 je..senang x ada rasa semak sesangat. So tepek mana yang penting je kan! Xnak buang masa jom yna share dengan uolss gambar dear customer yg yna makeupkan minggu lepas (7hb Nov 2015) di Cheras. 



Before and after, makeup sweet2jer daripada Yna khas utk shafinas yang memang dah sweet!!!



Senang sangat nak makeup shafinas ni, yna x ambil masa yang lama.. sebab kulit dia dah mmg flawless tau.. jelesss i hihihi... 




masa ni candid picture...dia tengah sibuk cakap dengan Encik Tunang hihihi..sabar dik ;) Oh ya, special thanks to my dear frens coz temankan yna hari tu. Mcm ni rasanya ada assistant, best weiiiii hahaha.. tq awak..next time sila follow lagi tau hihi... (: 




Ini gambar selfie wsp from Shafinas, tq syg..mekasih sudi share gambar ni dengan akak... Mekasih jugak utk pujian yang melambung, nasib akak x terpantul ke depan hehehe.. Alhamdulilah shafinas suka, family, kawan2 pon suka dengan hasil makeup daripada yna.. satu kepuasan bg yna!!! Thanks dik (:


Haruslah ada gambar dengan kita kan.. x lengkap kalau x amik gambar dengan Customer. Mekasih banyak2 ya sebab pilih akak untuk melengkapkan lagi majlis awk ;) 


Okey last picture before mengundur diri, cewaahhh... Okey ni nak bagitau Tempahan untuk Next Year 2016 dah pon dibuka ya, uolsss yang berminat nak makeup manis2, natural and soft boleh terus wsp Yna (013 - 3854 724) atau uolss boleh pm yna di FB link LIYAN PAGES dan jangan lupa follow instagram yna untuk review banyaaaakkkkkk lagi gambo! ni link instagram yna ZARA_LYANA_ okey uolsss sampai disini je..next kita jumpa lagi di lain entry ya..mekasih sbb sudi review blog ini.. Assalamualaikum (:


"DO ALL THINGS WITH LOVE"




4 NOVEMBER 2015, WEDNESDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING SET (PULUT KUNING + RENDANG AYAM)



Bersyukur dengan setiap nikmat, setiap pemberian yang diberikan buat kehidupan kita akan lebih bermakna. Sentiasa mendoakan orang lain juga adalah salah satu tips untuk murah rezeki. Kadang-kadang kita terpikir... "kenapa rezeki dia murah?? mcm mana dia dapat tapi aku x dapat. Aku solat, aku berdoa pada Allah tapi kenapa aku masih begini" Ya kata-kata ini juga pernah bermain dalam fikiran yna. Sentiasa stalker orang-orang berjaya.. Teringin sangat jadi seperti mereka. Perlahan-lahan yna jadikan mereka sebagai sumber inspirasi untuk terus kehadapan. Belajar cara mereka berniaga, tapi bukan tiru sebulat-bulatnya. Sebab setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Belajar bagaimana untuk dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Kata-kata sifu "Kalau kita kejar keuntungan semata-mata, kita x kan bertahan lama, berniaga kerana ALLAH, insya Allah berkat hidup sampai bila-bila". Jadi yna ambil segala nasihat utk terus majukan diri. 

Alhamdulilah 3hb Nov semalam hehe..yna terima lagi tempahan daripada Customer..Pulut Kuning Set iaitu pulut kuning dengan rendang ayam. Semua order ni daripada kawan-kawan juga. Terima kasih sebab sokong yna, Yna doakan korang murah rezeki dan boleh order lagi hehe ;)


Set Pulut Kuning + Rendang Ayam (Sudu disediakan) 

Pulut kuning tak lapik dengan daun pisang memang tak lengkap rasanya.. Untuk set ni yna hiaskan juga dengan Tomato + Salad + Timun :) 






Untuk set pulut kuning ni sesuai kalau korang nak buat majlis doa selamat..atau pun pemberian ikhlas kepada orang-orang masjid/surau, kawan-kawan, jiran-jiran dan lain-lain. Makan dapat..pahala pon dapat...mmg niat yna nak berikan yang terbaik untuk Customer. Bila customer suka..yna lagi la suka. Yna share feedback customer mengenai pulut kuning dan rendang ayam yna kat bawah ni ya  :)  






Okey semua,,jumpa lagi next entry.. next order..in sya Allah :) mekasih semua yang sudi review blog yna. Assalamualaikum dan..bye2! :) ;) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 


3 NOVEMBER 2015, TUESDAY : TEMPAHAN PULUT KUNING + RENDANG AYAM



Assalamualaikum..hai semua ;) rasa lama plak x menaip..x updated blog. Untuk entry kali ni yna share dengan semua, tempahan daripada Customer. Tempahan PULUT KUNING DENGAN RENDANG AYAM. Alhamdulilah sempurna dah selamat masuk dalam perut customer hehe...Tempahan daripada Puan Fiza untuk jamuan makan-makan bersama kawan opisnya pada 2 November 2015. 





PULUT KUNING (SEKILO) DAN RENDANG AYAM (SEEKOR)  

Terima kasih sudi tempah dengan yna, uolls yang berminat boleh terus wsp yna ya..tempahan adalah sekitar putrajaya. Yna minta maaf sangat2 no delivery service utk Luar kawasan kena ambil sendiri. Sebelum akhiri entry ini, yna doakan semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki, dilindungi Allah dan dijauhkan daripada sifat-sifat yg tidak baik..keep istiqamah!.. Okey semua..semoga berjumpa lagi di lain entry..bye2! :) ;) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE"