Tajuk kali ni mmg berbeza..khas untuk uolss yg suka makan! bab makan ni mmg yna agak cerewet...yna mengaku! klu kedai tu x jaga kebersihan mmg confirm yna x masuk. biarlah orang kata kita mengada-ngada asalkan xde sakit di kemudian hari hahaha..kisahnya yna penah makan kat satu kedai ni.balik2 terus sakit perottt cirit birit..ha amik kau..then lepas tu mmg yna klu nak pegi tapau ka nak makan ka tengok dulu sekitar kedai....bagus ke idookkk bersih ke idoookkkk klu okey baru on! :)
hari ni yna nak share dengan uolss salah satu kedai yg yna dah cuba. sedap..lembut ja mee dia sampai sekarang masih ingat hahaha..penangan mee tarik warisan asli bangi! tu diaaaa.... yna pergi sana waktu rehat (office hour) hari jumaat tp x ingat la bapa hb.. lama dah... maafkan saya :p
ni gambar dalam kedai. nampak tak dekat ruang board ada tv3.. kedai ni dah masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan tau (JJCM) so bermakna mmg makanan kat sini menarik dan sedap.
masuk je dalam kedai, terus cari tempat, then bukak menu :) sambil-sambil belek snap gambar menu-menu yg ada..sebab masa tu mmg terpikir nak share pasal kedai ni kat korang..
belek punya belek..sekali waiter datang bgtau menu yg ada hanya tinggal lamen soup with sliced beef ja..yang lain-lain x ada. sbb staff lelaki semua pergi sembahyang jumaat.. so yna pon order je la yg tu...dengan air sirap limau..
nampak simple je mee dia kan? terliur x hehehe..lepas baca doa..ktorang pon makan dengan pelahapnya hahaha... alhamdulilah..mmg sedap..mee dia tu lembut sangat-sangat... berbeza la dgn mee kuning yg biasa kita makan. Daging slice pon lembut je.. lagi satu cili tu x pedas sangat..boleh tahan la.. sebab yna mmg x kuat makan pedas..klu uolss yg suka pedas tu boleh tambah banyak-banyak..ikot suka! Oh ye, klu hari biasa korang akan dapat tengok cara-cara mee ni dibuat... boleh tengok live tau. tapi masa yna pi tu, yna x dpt nak tengok sebab chef tu sembahyang jumaat... xpa next time serbu lagi okey!
So uolss yang berminat nak pergi..nak rasa kesedapan mee tarik ni.. boleh la serbu ramai-ramai... ni yna bagi alamat dia.. nak mudah, pergi ke Bangi Sentral..kedai ni sederet dengan MINAZ BOUTIQUE.. senang ja nak jumpa.. payah-payah sangat guna waze! confirm sampai la dun worry :)
Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Bangi
No. 3A-47-01, Common Area,
Bangi Sentral Business Park
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor.
Okey uolsss next yna share lagi makanan yg best2 utk uolss.. mekasih ya sudi review blog yna..semoga kita jumpa lagi... salam mesra..sayang daripada Liyan Pages/yna..bye2! :)
"DO ALL THINGS WITH LOVE"