LAURA MERCIER - LOOSE POWDER (INVISIBLE LOOSE SETTING POWDER)




Laura Mercier Product 

Sebenarnya yna dah beli product laura mercier  ni lama dah..bulan March hari tu.. baru hari ni nak share dengan korang. maap la ye.peram buat pekasam lama betul! nak share product ni pon kdg2 amik masa jugak. Sebab nk snap gambo satu-satu. Yna klu boleh setiap barang tu yna nak gambar sendiri. x nak copy dalam google/internet..tapi klu dah x sempat tu mmg terpaksa la copy. Tapi x banyak ye...ada la satu dua itupon drpd website product tu sendiri. so semua gambar dalam blog ni hak milik yna sepenuhnya okey.. :) 



dalam empat2 barang tu, yna share satu je dulu ya.Yang lain-lain next entry.promise!..Yna nak cita pasal loose powder. tau apa itu loose powder? tahu apa fungsinya?? yg dah tau kalau nak teruskan pembacaan..silakan :) mungkin kita boleh kongsikan ilmu ni bersama. yg tak tahu atau kurang jelas pasal loose powder ni.meh yna nak kongsikan dengan uolssss..



Loose powder ni adalah bedak tabur. Knp nama bedak tabur??? entah la dh bedak tu bertabur kot hahaha...ko ni memain je yna kan. sat gi org x caya nk follow tips ko hehehe...Macam-macam brand loose powder yg ado kat pasaran...tapi so far yg melekat di hati yna adalah loose powder brand laura mercier....mmg terus terpikat! yna follower nuex rosli.Jujur katakan mmg adore dengan solekan dia! superb cantik... 

makeup by Nuex Rosli..cun kan :)

nampak kan?? translucent loose powder ni warna putih ja..teksturnya sangat-sangat ringan..nie kalau dibiar terbukak macam ni confirm cik Zara mainnn buat snow! haha... :p


back to entry kita :) uolss tau x bila nak gunakan loose powder ni?? yna share ya..bagi yg dah tau boleh teruskan pembacaan....loose powder kita gunakan after apply foundation. dengan cara ni foundation kita akan terus stay on face...betui ka ckp nie haha..melekat pd kulit muka kita...amboiiii omputih habaq hang! hahaha...belasah je janji uolsss paham.paham kan?? hihihi...selain teksturnya yg ringan, dengan penggunaan loose powder dpt menutup pori-pori dan menyerap minyak yg berlebihan kpd si pemakai...


klu korang nak finishing yang lebih soft dan natural, boleh guna loose powder jer..x perlu guna compact powder.Tips ni biasa yna gunakan terutama nk ke pejabat!..kdg2 terr..bangun lambat hehe..so xsempat dah nak berbedak bagai...selain jimatkan masa sekaligus memudahkan korang utk bersiap. Caranya mudah sgt..apply foundation, ratakan then sapukan loose powder kat seluruh muka...guna tips blend ya..secara bulatan pada wajah..hasilnya mmg puas hati... 



Apa beza translucent loose powder dan loose powder berwarna?? Ada beza tau..ada kwn2 yg tanya yna..knp bila dah pakai foundation then dia touch up dgn loose powder, makeup jadi warna kelabu..macam x sesuai dengan kulit depa..ok ni tips yna nak kongsi... loose powder jenis translucent boleh apply untuk semua jenis skin tone dari cerah sampailah gelap! Yg penting ianya x mengubah foundation color. 


So memang pilihan yg tepat dan selamat adalah loose powder jenis translucent (tidak berwarna)!  klu uolss  dh tau skin code apa yg sesuai untuk kulit masing-masing, bolehlah gunakan loose powder yg berwarna. tapi...tapiiii sekiranya uolsss perlu menghadiri majlis-majlis rasmi yg mengambil masa agak lama...adalah lebih baik gunakan compact powder after memakai loose powder.Tujuannya supaya makeup anda lebih tahan lama... kenapa?? sebab bedak tabur/loose powder mudah luntur lebih-lebih lagi kalau anda seorang yg kuat berpeluh. 




Kesimpulannya terpulang kat uolsss untuk memilih...yg cantik pon korng jugak klu x okey pon uolllsss jugak yg hadap hehe... Jadi sebelum membeli sesuatu barang makeup/cosmetic item uolss survey dulu dan tengok apa fungsi-fungsinya. Supaya x la membazir...pembaziran tu kan x elok..beli mengikut keperluan :) Okey sekian saja tips daripada yna..next entry yna share lagi tips2 yg maybe uolss boleh gunakan. if ada kekurangan atau tersilap mohon maaf ya..yna juga masih belajar dan akan terus belajar.. :) jumpa lagi di lain entry..salam sayang semua...hargai lah apa sahaja yang telah Allah kurniakan kepada kita, dan jangan sesekali sia-siakan pemberian itu... bye ^_^




"DO ALL THINGS WITH LOVE" 









12 MAY 2015, TUESDAY : MAKEUP BERTUNANG


MAKEUP TUNANG YANTI 10 MAY 2015 
TAMAN HARMONI, KAJANG 

Alhamdulilah..hari ni dapat menaip lagi..dapat meneruskan apa yang yna minat, masih dipinjamkan nafas daripada Yang Maha Kuasa. bersyukur sangat dengan apa yang dikurniakan :) entry kali ni yna nak share hasil makeup bertunang pada 10 May 2015 yang lalu. Seperti biasa yna akan pastikan customer berpuas hati dengan servis yg diberikan. Biasanya selepas makeup yna akan tanya apa yg customer nak tambah. terutamanya part lipstick hihihi..yna nak customer senyum gembira saat bahgia mereka..so bibir tu mmg penting..nk merah menyala ka..nk pink2 ka..nk mcm mana..gtau kat yna..insya Allah yna berikan sentuhan yang terbaik untuk dear2 customer yna. Mekasih Yanti atau panggilan mesra Yan sebab sudi pilih yna as your MUA! 
nah main cak cak dulu hehehe...
Macam biasa sepanjang sesi makeup Yna x benarkan sesiapa masuk dalam bilik. hanya yna berdua je dengan Pengantin! wajib kena ikut..klu ramai-ramai nak masuk bilik...nak tengok yna makeupkan customer..mmg awal2 yna sound hehe..tutup pintu terus! dah siap berduyun2 nak masuk tengok pon x pa hihihi..bukan apa ini adalah utk keselesaan yna dan customer. Yna ada share dlm entry dulu knp dan mengapa :) bukan yna kekwat tau!

sebelum dan selepas
Yan ni peramah lembut orangnya..mmg selesa sangat berborak dgn dia. walau pun ada cabaran masa makeup dia! hahaha... mmg berpeluh sekejap dibuatnya. Nak tau apa dia??? 3 kali blackout...tup2 bekalan elektrik terputus...tapi kami releksss ja..bertenang..stop makeup sekejap..lepas 5 minit ada elektrik sambung makeup semula..mmg dugaan..Yan bgtau x pernah blackout mcm ni..Yna ckp kat Yan x per..bertenang ujian ni untuk Yan.... Kami sama-sama senyum! ;)

X lama tu masa makeup ujan mmg lebat sangat2...sepanjang 3 kali bekalan elektrik terputus tu kami sembang2 je..sambil2 tu tanya kat Yan pasal dress yg yan pkai. bekenan tengok. rupa-rupanya Yan jahit sendiri..semua dia buat sendiri. dress, veil dan shawl mmg lengkap..mmg berbakat Yan ni :)

tahi lalat yan tu mahal..manis sangat ;)
gambar ni no filter

peace Y ;)
simple, bekenan dress Yan ni tau pic tanpa edit :)

apa kecik bebeno?? aisshhh suka ati la kecik ke beso ni nama dia camera trick hahaha...knp gemok sgt nie T_T diett pleasee :p



Akhir kata, terima kasih kepada Yan sekeluarga atas layanan yg tersangat lah mesra. sampai sediakan makanan dalam bilik utk Yna. Memang terharu la huhu..first time dilayan begini..malu aihhh sampai makanan dihidang dalam bilik...tq2 syg... semoga Allah murahkan rezeki Yan sekeluarga.... dan tq untuk doorgift yang cute ni! dah selamat masuk dalam perut kami hihihihi..comel sarang burung tu.coklat pon sedap! nampak kerakusan di situ sampai x sempat snap gambor hahaha... okey la, salam sayang semua..semoga berjumpa lagi di next entry... :) 



"DO ALL THINGS WITH LOVE" 




11 MEI 2015, MONDAY : MAKEUP NIKAH



MAKEUP NIKAH AIN, 1 MEI 2015 
TAMAN CHERAS JAYA, BALAKONG


seperti yg yna janjikan dalam entry tempahan oreo coklat, yna akan share hasil makeup job yna pd 1 Mei 2015 (Jumaat).... klu korang nak tahu Ain booking makeup dengan yna drpd Tahun lepas lagi tau..around Bulan Oktober 2014... mekasih banyak ain kerana memilih yna/liyan pages untuk melengkapkan hari bahgia ain :) yana sangat-sangat hargai! :)

BEFORE AND AFTER BY ME :)




NO FILTER!
NO FILTER!
NO FILTER! 
OKEY GAMBO NI PENUH PENCAHAYAAN HAHA..TETIBA JADI QU PUTEH!!!
SNAP PIC NI KAT LUAR BILIK MMG TENGAH PANAS KOT TIME NI..NK COVER LA TU HAHA :p

Yna bekenan dengan baju nikah ain...simple, cute dan cantik..kat belakang baju ada button deret2 tau biasa dress yna tengok zip biasa ja kat belakang..tapi yg ni mmg sweet sangat..nampak comel sangat..tapi sayang yna lupa plak nak snap gambar baju drpd sisi belakang...crown tu pon yna suke..cute sangat2 mcm ain jugak!! hihihihi...Okey lastly thanks again ain :) minta maaf jika ada kekurangan kesilapan sepanjang kita berurusan..yna doakan semoga Ain dan suami kekal bahgia hingga ke syurga, dikurniakan zuriat soleh dan solehah..amin..... :)



"DO ALL THINGS WITH LOVE"


10 MAY 2015, SUNDAY : TEMPAHAN COKLAT OREO UPIN IPIN



TEMPAHAN : PUAN ROSSA, PUTRAJAYA 
29 APRIL 2015 (KHAMIS)

Salam sayang semua...yna harap uolls yg sudi review dan baca blog yna sht2 dan dilindungi Allah sentiasa. beberapa minggu ni kesihatan x mengizinkan..demam! Cik Zara pon sama..kesian sampai kena amik darah...menangis dia siap ckp dgn nurse tu..."lepaskan saya, lepaskan saya" aduhaiiiii....sayu dengar... terpaksa la sebabnya demam dah lebih 4 hari..risau yna klu2 demam denggi..itu yg bawak dia ke klinik dan jalani ujian darah. Alhamdulilah cik Zara hanya demam biasa..x saspek denggi..lega rasa..itu yg entry terperam seminggu..ada lagi 3 entry yg yna perlu share..aduhaiiii kena buat cecepat ni..klu x mmg x terkejar nak updated blog.... :) 

nampak kan gambar oreo bebanyak tu :) confirm uolss dah tau apa yna buat dgn oreo ni kan...kali ni yna nak share dengan uolss tempahan coklat upin ipin from Puan Rossa. Tempahan sebanyak 50 pcs untuk hari jadi anaknya siap sempurna seperti diminta :) Seperti biasa kartun upin ipin pilihan customer yna kali ni. Pn. Rossa bagitau yna dia nak bawak balik kampung di Taiping. 

Memandangkan perjalanan memakan masa lebih 3 jam dari Putrajaya ke Taiping, yna tinggalkan amanat-amanat kpd Pn. Rossa hehehe..mmg pesan kat dia jgn letak coklat ni dlm bonet kereta...sbb coklat ni x blh terdedah dgn keadaan panas atau cahaya matahari. So klu berhenti di R&R nak solat atau lama-lama di R&R jgn tinggalkn coklat dlm kereta (bawa bersama) ;) Bimbang juga klu2 coklat ni cair..sbbnya first time customer yg tempah untuk bawak jauh-jauh ni. Biasanya tempahan adalah sekitar kawasan putrajaya sahaja dan confirm akan makan terus! hihihi...


Untuk tempahan coklat, minimum 5 pcs coklat (1box) Rm10.00 sahaja. Bagi tempahan 50 pcs ke atas yna akan berikan harga SPECIAL..ada diskaun..jgn bimbang :) Untuk sekitar Putrajaya (free delivery) luar kawasan yna x hantar ya..kena ambik sendiri. Coklat upin ipin ni x terhad untuk majlis hari jadi, baby shower dan lain-lain...klu nak makan saja2 pon yna terima (bergantung kpd kekosongan jadual yna).. sebab tu klu nak tempah kena awal2, jgn esok majlis baru hari ni wsp yna nak order..mmg yna xdpt nak terima..maaf ya..yna akan bgtau awal-awal kpd customer. Sebab jadual ujung minggu yna x menentu. Kadang-kadang yna sibuk dgn makeup job... nak tempah?? inform awal-awal tau :)



yna masukkan coklat-coklat ini dalam box (transparent)..ada 50 pcs semuanya. Yna asingkan utk pastikan coklat ni x rosak dan kemas..untuk hiasan atau deco setiap box juga adalah bergantung kpd customer. Yna sedia menerima tempahan utk doorgift. So klu uolls nak hias2 box ni..nak letak reben, bunga-bunga ka..boleh bgtau yna. Senang cita ckp ja nk camna..uolss sedia duit ja hehe... :)


Yna masukkan dalam box seal dgn Sticker Liyan Pages :)

gambar di atas respond from Rossa. Yna pm dia tanya samada coklat tu cair x masa dalam perjalanan..sebabnya masa yna balik kg cuti Hari Pekerja 1 mei tu Ya Allah jalan punyalah jammed gila.x pernah rasanya macam tu.Maybe sebab terlalu lama dalam kereta itu yg sampai demam-demam kami...Seronok sgt bila rossa ckp coklat x sempat masuk dlm freeze dh licin!!!! hihihi..budak-budak mmg confirm suka. Thanks again kpd Pn. Rossa kerana sudi tempah coklat upin ipin dengan yna :) okey lah yna rasa sampai sini je..next entry yna nak share untuk makeup job nikah di Cheras..harapnya ada masa untuk menaip lagi...yna blanja gambar dengan Cik Zara masa hadiri majlis kawin kt kg. X byk gmbr yg ado..sbbnya kami x sihat so cik Zara pon nak mmerap je. tengok lah kemanjaan dan mengada-ngada dia tu terserlah!! hihihi...okey la..salam sayang smua drpd yna a.k.a LIYAN PAGES :)



"DO ALL THINGS WITH LOVE"