MAKEUP TUNANG YANTI 10 MAY 2015
TAMAN HARMONI, KAJANG
Alhamdulilah..hari ni dapat menaip lagi..dapat meneruskan apa yang yna minat, masih dipinjamkan nafas daripada Yang Maha Kuasa. bersyukur sangat dengan apa yang dikurniakan :) entry kali ni yna nak share hasil makeup bertunang pada 10 May 2015 yang lalu. Seperti biasa yna akan pastikan customer berpuas hati dengan servis yg diberikan. Biasanya selepas makeup yna akan tanya apa yg customer nak tambah. terutamanya part lipstick hihihi..yna nak customer senyum gembira saat bahgia mereka..so bibir tu mmg penting..nk merah menyala ka..nk pink2 ka..nk mcm mana..gtau kat yna..insya Allah yna berikan sentuhan yang terbaik untuk dear2 customer yna. Mekasih Yanti atau panggilan mesra Yan sebab sudi pilih yna as your MUA!
Macam biasa sepanjang sesi makeup Yna x benarkan sesiapa masuk dalam bilik. hanya yna berdua je dengan Pengantin! wajib kena ikut..klu ramai-ramai nak masuk bilik...nak tengok yna makeupkan customer..mmg awal2 yna sound hehe..tutup pintu terus! dah siap berduyun2 nak masuk tengok pon x pa hihihi..bukan apa ini adalah utk keselesaan yna dan customer. Yna ada share dlm entry dulu knp dan mengapa :) bukan yna kekwat tau!
Yan ni peramah lembut orangnya..mmg selesa sangat berborak dgn dia. walau pun ada cabaran masa makeup dia! hahaha... mmg berpeluh sekejap dibuatnya. Nak tau apa dia??? 3 kali blackout...tup2 bekalan elektrik terputus...tapi kami releksss ja..bertenang..stop makeup sekejap..lepas 5 minit ada elektrik sambung makeup semula..mmg dugaan..Yan bgtau x pernah blackout mcm ni..Yna ckp kat Yan x per..bertenang ujian ni untuk Yan.... Kami sama-sama senyum! ;)
sebelum dan selepas |
X lama tu masa makeup ujan mmg lebat sangat2...sepanjang 3 kali bekalan elektrik terputus tu kami sembang2 je..sambil2 tu tanya kat Yan pasal dress yg yan pkai. bekenan tengok. rupa-rupanya Yan jahit sendiri..semua dia buat sendiri. dress, veil dan shawl mmg lengkap..mmg berbakat Yan ni :)
tahi lalat yan tu mahal..manis sangat ;) |
gambar ni no filter |
peace Y ;) |
simple, bekenan dress Yan ni tau pic tanpa edit :) |
apa kecik bebeno?? aisshhh suka ati la kecik ke beso ni nama dia camera trick hahaha...knp gemok sgt nie T_T diett pleasee :p
Akhir kata, terima kasih kepada Yan sekeluarga atas layanan yg tersangat lah mesra. sampai sediakan makanan dalam bilik utk Yna. Memang terharu la huhu..first time dilayan begini..malu aihhh sampai makanan dihidang dalam bilik...tq2 syg... semoga Allah murahkan rezeki Yan sekeluarga.... dan tq untuk doorgift yang cute ni! dah selamat masuk dalam perut kami hihihihi..comel sarang burung tu.coklat pon sedap! nampak kerakusan di situ sampai x sempat snap gambor hahaha... okey la, salam sayang semua..semoga berjumpa lagi di next entry... :)
"DO ALL THINGS WITH LOVE"