27 MEI 2015, WEDNESDAY : NO TITLE



seboleh-bolehnya...pagi2 mmg x nak pon ada perasaan yg x baik
sekelumit pon x mau..nak buang jauh2..
seboleh-bolehnya...setiap hari nak think positif...
terapkan dalam diri, tanamkan dalam minda...
set mind..supaya benda-benda yg negatif terus hapus..
buang jauh2 dlm kotak fikiran...letak tepi satu sudut..
bungkuihh baik2..supaya semua yg negatif tu x datang pada kita
dan aura positif tu sentiasa ada......tapi mcm mana pun kita manusia biasa..
rasa letih jugak. ada ketikanya rasa DOWN jugak..so la ni aku rasa aura2 DOWN tu datang!
satu ja sikap aku ni...klu aku buat..aku buat teruihhhh
x ada nak toleh-toleh belakang dah..NEKAD.
Tapi bila hari ni terdetik dalam hati...
KENAPA, KENAPA dan KENAPA...
memang aku cuba lari daripada perasaan tu...dari tadi cuba sibukkan diri..
buat apa-apa yg patut..supaya dlm fikiran ni x timbul perkataan KENAPA. 
Dalam kamus hidup aku memang aku bukan org yg mudah putus asa.
memang aku kuat semangat! sungguhpon dalam family aku lah yg nampak lembik, kuat nangis, mengada-ngada, manja..ahh mmg aku manja dgn mk abah. Baru semalam mak mandikan aku hahaha korg ada?? wat pa nak malu?? sama jugak konsep..nanti kita mati org lain jugak mandikan kita..bukan kita mandikan diri sendiri ye dak?? Mengada betui dia nie???? ahhhhh korang bukan family aku mana korang tau hahaha....
tapi memang betui pon aku ni mengada drpd kecik lagi..bukan gedik okey! aku gedik dgn mak abah ja.  Dari dulu mmg aku x boleh nak buat keja berat2 tapi dengan pengalaman hidup lalu aku belajar lebih kuat dan kadang-kadang aku tertanya-tanya mana datang super shaya nie..mcm mana aku boleh sekuat nie??? eemmm...

Aku ni klu buat keja lebih sikit mula la kelautttt..adik aku selamba ikot abah pergi kebun, pi jungle tracking, kayuh basikal jauh2.dia memang aktif sgt la..semua benda dia buat..seronok ah tengok dia..kecik2 tapi bukan sebarang kecik!.. aku?? bukan aku xnk..ishhh memang teringinn nak buat semua tu...tapi aku sedor yg antibodi aku lemah...pi shopping x ingat dunia pon sat lagi balik2 aku mau demam! 
korg rasa aku melawak ka??? nmpk memang lawak tapi realiti nya betui. 
pasai tu klu nak shopping or berjalan aku kena pandai-pandai bahagikan masa..
kena betul2 set..klu x aku jugak yg seksa nanti....
ermmm mcm2 dh aku lalui...
tapi sampai la nie aku elok..hidup lagi..
alhamdulilah bersyukur! 

tapi kenapa perkataan KENAPA ni ada dalam fikiran aku sekarang
Allahhuakhbar perasaan apakah ini???
Laju dah menaip...xde edit2 wei..
apa terlintas dalam kepala, aku tulis.
aku jarang la tulis-tulis diary ni..tapi sekali aku menaip
mmg bekesan dalam hati aku..aku nak habis kat situ
xnak pikir-pikir2 lagi
tapi kenapa masih ada Persoalan KENAPA..KENAPA...ermmmm


dalam setiap hal yg korg lakukan korang usaha gila2 x?? korang tawakal x??

Hari ni aku terpikir
kenapa ada manusia sebegitu
kenapa, kenapa dan kenapa
Kamu Menyesal??
Mudah disebut tapi bukan mampu untuk semua buktikan
Ah malas dh nak pikir kenapa
Aku pon sibukkan diri lagi, 
berhenti menaip 
dan sambung kerja-kerja yg masih belum selesai. 


paham maksud bait-baik kata kat atas tu?? baca dalam-dalam..pejam mata korang..
pasti jumpa! 

Satu je yg buat aku terus semangat
Sampai tahab ni satu ja buat aku terus kuat
CikZara?? iye..itu mmg satu sebab aku masih berdiri tegak.
Wlu pon jatuh berkali-kali, 
Tapi Aku yakin Allah ada..
Aku sedar aku x lah sempurna mana.
Kadang2 terlepas juga drpd landasan. 
Tapi bila rasa nak tergelincir tu
cepat2 ingat ALLAH!
Dan aku selalu ckp pada diri sendiri
Ada orang yg terima ujian lebih hebat drpd apa yg kita terima!
So ada hikmahnya tiap ujian yg kita semua hadapi.

Terbit dalam hati,
Mengapa manusia tidak bersikap seperti manusia?
Kenapa kejahatan itu tidak dibalas dengan kejahatan?
Memaki hamun?? Kau bomohkan ja!
Ha..itu perkataan yg biasa aku dengar hehehe..
tapiii..tapi...
bukan cara aku. 
Tipulah klu aku x marah, x benci, x sedih
Aku manusia biasa juga
Tapi aku x mampu meluahkan kebencian yg ada
Mungkin Allah nak aku begitu :)
Kenapa lah kau masih mampu bersabar???
Itulah aku..

Allah berikan aku malaikat kecil yang tak semua orang miliki
Allah berikan aku rasa sabar yang tak smua orang mampu hadapi 
Allah berikan aku semangat yang tak smua orang perolehi 
Allah berikan aku ujian berkali-kali yang tak semua orang mampu lalui
Allah berikan aku rasa sakit yang tak semua orang rasai...

Allah berikan aku bahagia yang tak semua orang nampak 
kerana itu, aku yakin dengan apa yg diberikan. 


dah baca??? nak cantik?? nah....amalkan....

KENAPA aku x balas kejahatan itu??
-Tiada jawapan-
mmg kadang-kadang aku terasa diri bodoh sesangat.
Rasa nak menjerit-jerit pon ada..tapi mcm aku cakap
Tahab kesabaran aku mmg tinggi. 
x bangga diri tapi mmg hakikat.
Buatlah mcm mana pon 
aku mmg x mampu nak balas kejahatan dengan kejahatan!!!
mulut aku ya itupon kadang-kadang..mmg skrg aku ckp straight to the point!
pengalaman maybe buat aku jadi begitu. 
Mak x ajar. mak pesan klu kita balas kat dunia ni x ada akhirnya..
Kita x ada hak untuk balas kejahatan tu. 
Sedihh mmg sedih bila igt kata-kata mak.
mk memang Kuat.
Allah kan ada..biar kat sana balasan tu dihitung olehNYA
kita sapa??? Tuhan??? Malaikat??
Jauh sekali..
Aku hanya minta supaya aku x jumpa, x lihat.
x tengok manusia tu...
stay away from me!!!!



kalau x senyum tengok gambar nie aku rasa korang kena pergi buat ujian psikologi hehehe

Semangatlah walau apa pon berlaku
teruskan bersemangat!
Aku ni dh rasa semangat dah hahaha...
Yg penting aku nak kejar cita-cita yg lama aku tinggalkan.
Sebelum ni aku fokus, terlalu fokus hingga lupa untuk kepentingan diri sendiri.

Kerana pengalaman mengajar kan aku erti hidup yg lebih bermakna. 
Aku lebih berhati-hati dalam bersahabat, memang nampak aku ramai customer
tapi kehidupan aku lebih kepada family dan cikZara.. 
itu yg aku utamakan!
tapi bukan bermakna aku x hargai orang sekeliling aku.
cuma lebih berhati-hati dalam mengenal orang. 
kerana terlalu percaya aku dikhianati.


nah untuk orang yang kuat!

Tolong delete perkataan Kenapa.Kenapa..kenapa.
Dan sekarang kita cuba bangun dan usaha
Supaya kita semua dapat kejar cita-cita dan juga cinta yg satu.
Igt satu ja..semua yg Allah bagi kat kita sekarang
semua pinjaman semata-mata.
Bila2 masa dia nak amik..sekelip mata ja
xperlu minta izin sesapa....
Bila tiba masa semua yg kat bumi ni akan dijemputNYA
Jadi apa yg kita nak tinggalkan kpd dunia?? 
melainkan
akhlak kita...

warisan termahal dan terbaik dari diri kita 
untuk keluarga, keturunan dan masyarakat
adalah keindahan akhlak kita...
pikirkan ya... 


catatan akhir yg membuat aku terus berfikir, dan terus berfikir..insya Allah :)