13 JANUARY 2016, WEDNESDAY : KOLEKSI LIYAN HIJAB YANG PERTAMA!!!!!




Kadang-kadang menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah, mendatangkan hasil adalah lebih baik daripada duduk termenung, merenung siling, berduka lara.. stop!!!! - move on - 


Alhamdulilah, masih diberikan kekuatan! Ada ketika dimana kita perlu berhenti sejenak..menoleh ke belakang lalu bersyukur.  Cuba bangkit drpd jatuh tersungkur..lelah, penat biarkan berlalu...kerana kehidupan ni xkan lari daripada Ujian..am i right??


Oh ya, sebenarnya entry hari ni yna nak bagitau mengenai LiyanHijab yg baru sahaja yna promosikan. Untuk jualan pertama alhamdulilah dapat sambutan yang baik drpd semua. Sekarang ni tengah fokus untuk promosi jualan tudung yang KEDUA. 


Macam mana boleh terpikir nak adakan LiyanHijab ni??? Meh nak habaq hehe.. sebelum ni mmg yna ada jual tudung-tudung biasa. Then stop and fokus pada (FB) Liyan Pages. Yna utamakan tudung untuk pengantin sahaja. Yna juga adalah stokis berdaftar kepada Butik Raudhah. Semua koleksi shawl daripada butik raudhah sangat menarik dan exclusive. Korang boleh tengok kat sini FACEBOOK : LIYANPAGES

So bila yna promote kat FB, kawan2 ramai plak minta yna jual tudung biasa-biasa, sebab dorg nak pakai hari biasa, ke pejabat..memang kerap sgt depa tanya..smpaikan tudung yg yna pakai sendiri pon depa nak hahaha.. x sampai hati nak hampakan permintaan.. Pikir punya pikir, makan tahun jugak la, sebab nak meniaga ni bukan boleh main redah je..kena ada perancangan yg betul dan tepat!..

Akhirnya 16 Dis 2015 yna terus buka akaun Instagram LiyanHijab..kenapa letak nama tu..Senang, x yah pening kepala nak pikir nama. Guna je nama sendiri :) Demi menyahut cabaran buat kerja 2 3 4 5 6 dalam satu masa hahahaha...why not?? apa ada hal kan? Kecooohh sangat..Ok, sat lagi kena kecam plak blog aku ni!! x de pon rasa apa2 sbb since 2009 dah mmg meniaga. tapi adatlah dalam meniaga ni ada turun naiknya..yna stop hampir 2 tahun. Then bangkit semula. Cuba atasi kelemahan yg ada sebelum2 ni. Finally yna mampu hadapi semua tu..alhamdulillah.. Wlupon ada kerja hakiki, tapi minat meniaga tu dh memang melekat dlm diri, dah sebati..keturunan :) :)






Yna pakai printed shawl pertama daripada LiyanHijab. Cantik? Cute kan?? Corak bermotifkan Eiffel tower, ada ribbon, umbrella, bintang, meriahhh la hahaha.. kalau pakai shawl ni korang akan feeling2 cute. x caya try pakai hahaha...shawl ni paling banyaaak permintaan. Kenapa muka seriussss bangattt!!- Banyak kerja wei! semua atas kepala huhuhu -  


Antara  printed shawl pertama daripada LiyanHijab. Semua dah sold out!!!!

Now utk jualan kedua, yna cuba siapkan secepat yang mungkin. Masih lagi proses menjahit.. Kali ni kita perbanyakkan warna dan pilihan.. In syaa Allah yna dah selesai berbincang dengan designer utk label khas LiyanHijab. Coming soon, lebih kemas, cantik dan gojessss. 

macam biasa, bos kecik ni confirm dia nak try dulu hehehe..


dak zara ni memang interframe betui hahaha... gambar semasa photoshoot Model utk LiyanHijab



okey ni bukan model hahaha.. sapa tah.. xkenal! hihi



Kalau korang nak tau, makeup model by yna, ambil gambar tudung pon yna, edit gambar2 pon yna buat sendiri.. kelebihan yang ada gunakan sebaik-baiknya..Sekurang-kurangnya dah jimat dari segi semua tu kan. Untuk permulaan awal nak meniaga ni bukan mudah. Apetah lagi kalau kita x punya modal yang banyak. Pelan-pelan usaha.

Mulailah dari satu langkah yang kecil.... dan seterusnya besar" - :)

Sebelum yna akhiri entry ni, yna share dengan semua Instagram LiyanHijab.. Korang boleh follow sekarang ya. Tapi akaun ni masih lagi dalam proses kemaskini tau :) masih banyak lagi perlu diperbaiki. Terima kasih korg yg dah follow. Thanks for support. Yna sangat2 hargai. Semoga jumpa lagi..Assalamualaikum. 

Instagram : @Liyanhijab





"DO ALL THINGS WITH LOVE"

No comments:

Post a Comment

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)