SCRUB GULA, TEH HIJAU & MADU
Hai, jumpa lagi, entry kali ni ringkas, padat dan x banyak cakap sangat..iyeee...memang x banyak celoteh jangan risau hehe..ada banyak lagi urusan belum selesai. Tapi wajib update 1 entry setiap hari. Sahut cabaran! Nak share dengan korang Cara-cara nak buat scrub. Entry sebelum ni yna dah pernah share macam mana nak buat scrub daripada Kunyit dan beras kan. Now cara-cara nak buat scrub drpd teh, madu & gula plak. Senang sangat nak buat :)
Bahan - bahan :
GULA (SUGAR)
TEH HIJAU (GREEN TEA)
MADU (HONEY)
Cara - caranya :
- Bancuh teh hijau (serbuk) menggunakan air panas. Biarkan bancuhan tadi sejuk.
- Dah sejuk masukkan gula, kacaukan adunan. Kemudian masukkan satu sudu madu dan gaul sebati.
- Akhir sekali, boleh la ratakan scrub tadi pada muka.
- Bilas dengan air (air suam lebih baik).
- Kalau ada lebih boleh simpan dalam peti ais untuk digunakan semula.
Nah...senang bukan?? For infos, teh hijau ni dapat melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutaan pada wajah, melindungi kulit dari sinar matahari dan mengatasi jerawat. Selain itu, ia dapat membaiki tisu-tisu parut kesan daripada jerawat. Madu pula berfungsi sebagai bahan pelembab. Manakala gula pula berfungsi sebagai bahan pengelupasan untuk menyingkirkan sel - sel mati sekaligus membuat kulit wajah korang rasa lebih segar (:
Korg yg mempunyai masalah jerawat boleh la cuba scrub ni. In syaa ALLAH muka yg kusam akan nampak lebih berseri-seri hihihi... kos nak buat pun x seberapa. Bebas daripada bahan kimia! Kan bagus tu :) Okey yna rasa sampai sini je. Banyak jugak dah berceloteh. Semoga kita berjumpa lagi di lain entry, selamat mencuba uolsss. k bai!! :)
GAMBAR SUMBER DARIPADA EN.GOOGLE :) "DO ALL THINGS WITH LOVE" |
No comments:
Post a Comment
TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)