7 JANUARY 2016, THURSDAY : FIRST TIME NAIK ERL PUTRAJAYA!!!



Oittt...rajin!! memang betul rajinn tahun ni hahaha... satu hari satu entry! Yes u can do it!!! daripada sibuk memikirkan hal yang tidak berfaedah. Adalah lebih baik melakukan sesuatu yang dapat memberikan faedah kepada kita! ye dak. Semakin suka berblog! Yey... hari ni nak celoteh sikit. Xsikit la byk jugak. Just sharing gambar-gambar..ngomel sikit2. Ok? :)

First time bawak dak Zara naik ERL/Train! Amboiiiii bukan main suka lagi dia. Excited! dah lama dia minta. Tapi belum ada kesempatan. So minggu lepas penuhi permintaan dia. X bawak jauh pon dari ERL Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan..pusing2 dalam tu, makan KFC then balik! Kenapa x pergi jauh??? Jap lagi yna bgtau kenapa :) 


okey baik, sopan je kan..anak sapa la ni.. haha.. mulut??? erkkk senyap lagi time ni..


after 2 second! manaaaa la train ni???? ahhh dh mula soalan demi soalan dia hahaha.. siap sedia!!! 


lambat lagi ke bu??? hihihi..dah nampak x sabarnya tu. Macam-macam soalan la dia tanya sepanjang tunggu ERL sampai hihihi.. "car ibu tinggal ek" x boleh bwak ke?" ;) ;) 


Finally!! first impression dia, super excited terus duduk dan tengok luar ;) hehehe.."kenapa x ada bunyi pon2..macam dalam tv tu bu?? hahahaha.... 


 nasib baik la MakCo ada. Kalau dengan ibu, memang x merasa lah nak naik train nie. Ibu tahu start enjin keretaaaaaa jalaannnnn hihihi...


dah start nak berdiri ni...tapi dia masih lagi x berani.. :)


okey dah berani, berdiri, pegang cermin.. "icha suka bu"




Oh ya, tiket dari ERL Putrajaya ke TBS dalam RM11.50 (pergi) so total pergi balik RM23 (2 orang). Dak zara pon kena charge jugak (separuh harga). Ingatkan x kena sebab dia baru 3 tahun kan badan je besar hehe..Last rasanya 4 tahun lepas kot yna naik ERL ni. Yna memang x pandai haha.. Zaman belajar dulu kakak2 akan hantarkan naik kereta kalau nak pergi mana-mana. Manja!!


Makan sekejap, lepak2..sesak sangat keadaan kat sana, dengan bau asap rokok kat kawasan luar tu. Memang rasa nak balik cepat je. Risaukan dak zara. Tapi tengok dia seronok sangat x sampai hati nak ajak balik awal. 



sedapnya minum milo, bukan air gas ya dont' worry :) 

Dah selesai makan, yna terus ajak dia balik. "Next time kita naik lagi ya, nanti kita pergi jauhh sikit :)" Ada sebab kenapa yna risaukan keadaan dia. Sebenarnya icha baru je keluar drpd Wad...belom lebih 6 bulan pon lagi. Yna ikot nasihat doktor sepenuhnya sebab x nak kejadian sama berulang lagi. Kenangan masa berada kat Hospital Putrajaya untuk kali kedua memang xkan yna lupa. Bila doktor sahkan icha kena infection paru-paru atau dikenali sebagai pneumonia (jangkitan kuman di tisu paru-paru. Gelap gelita sekejap perasaan ni. Dan doktor nasihatkan supaya yna sentiasa pantau keadaan dia, amalkan kebersihan dan persekitaran yang sihat..avoid travel dlm masa terdekat ni, kurangkan aktiviti di kawasan yang ramai  orang (crowded) dan sentiasa pantau keadaan dia. Icha pon x boleh berjalan, berlari sangat sebab mudah sesak nafas..Dia lalui apa yg yna lalui..tapi kami punya hati jiwa yang besarrrrr!! yey hihi :) ;)


Gambar yang diambil masa icha warded 3 hari di Wad Pediatrik Putrajaya. Time ni icha dalam pemantauan rapi pihak hospital. Kenangan disoal siasat lebih 5 orang doktor xkan lupa sampai sekarang.. segala pertanyaan dijawab utk memastikan keadaan icha stabil. Alhamdulilah..dia semakin sihat. Yang pasti dia kembali aktif seperti biasa :) 


So, untuk akhir Tahun 2015..memang kami x bercuti kemana-mana. Yna cuma ambil cuti balik kg. berehat kat sana. In syaa Allah ada rezeki kita pi holiday ya... ksian jugak bila dia tanya "bu bila kita nak holiday...tido hotel" ;) 


cantik, comel, bijak sampai besar ya :) 

Ni gmbar masa tengah tunggu ERL nak balik ke putrajaya. . Sekejap je bertahan haha..sebab dah nampak dia mengantok. Last2 memang dia tertido sampai balik rumah :) 

Before yna akhiri entry kali ni, kdg2 sambil kita bawak anak-anak berjalan, sambil tu kita terapkan sesi pembelajaran kpd dia. Explore sama-sama apa yang ada di sekeliling. Aktiviti macam ni memang sangat baik untuk perkembangan sel-sel otak kanak-kanak.Cubalah, yna yakin kita semua ada moment yang terindah bersama anak-anak. Rakamkan detik tersebut dan kita simpan ia sebagai kenangan yang terindah dalam hidup. Semoga kita berjumpa lagi,assalamualaikum :) 


"DO ALL THINGS WITH LOVE" 

No comments:

Post a Comment

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)