19 JANUARY 2016, TUESDAY : SAMBAL PETAI JAWA!!




Kenal ke apa benda ni?? korang pernah makan?? sedap tau.. masakan kampung..confirm bertambah-tambah nasi dan bertambah2 jugak penimbang hihihi.nak resepi?? Kejap!


nampak macam kuaci kan?? bila kita keluarkan ni la hasilnya. rasanya lemak-lemak. x pahit. Biasanya benda ni kita masak sambal tumis dengan udang atau ikan bilis. 



Kalau dekat Putrajaya ni banyak je kat tepi-tepi jalan.. erm tapi segan nak amik huhu..silap2 hb orang ingat kita mencuri plak. Benda ni tumbuh liar bukan ditanam..Tapi benda ni bukan yna kutip kat sini hahaha...Ni khas daripada Perak.. Abah yna yang carikan... dsebabkan anak manja dia dah teringinnnn sesangatttt.. Asyik sebut je.. nasib baik la ada... terima kasih Abah!! ;) 


Ada kawan yna cakap nama dia Petai belalang tapi orang kampung yna panggil Petai Jawa. erm.x tau la kenapa hehe..jangan tanya plak. Tapi nama petai belalang tu maybe sebab nampak macam mata belalang tu kot hehe.. x tau, x kisah nama janji sedap hehe :)


Sambal tumis ikan bilisss...ermmm berselera kami makan.. Kami ke ko yna hahahaha.. Ya Allah sedapnya.. ruginya kalau depa kata x sedap, x suka. Masakan kampung ni la yg best tau.. sungguhpun yna suka western, tapi x bermakna yna x makan masakan kampung. Lahir pon kat kampung, makan ubi kayu rebus cicah dgn sambal tumis, pucuk ubi rebus cicah sambal belacan, ikan rebus goreng..Ya Allah mmg terliur la. :) 


Sambal tumis ni rasanya x pedas sgt, sesedap rasa :) Yna x makan pedas, so kalau korang kuat makan pedas kena extra kan cili kering dalam masakan tu nanti ya. Biar berapi mulut korang hahaha :p Okey nah resepinya :

RESEPI SAMBAL PETAI JAWA!

Bahan - Bahan 
  • 1 mangkuk Petai Jawa 
  • Setengah mangkuk Ikan Bilis (Direndam dgn air, x perlu goreng, basuh dan toskan) 
  • Cili Kering (10 - 20 Tangkai. Buang biji, rebus atau rendamkan dengan air panas. Kisar) 
  • Bawang Merah (Potong Bulat)
  • Garam secukup rasa (Yna guna maggie cukup rasa)
  • Gula (Agak-agak je) 
  • Sedikit Sos Cili
  • 1 Keping asam / air asam jawa
  • 1 ketul Bunga lawang 

Bahan Kisar 
  • 2 atau 3 Biji Bawang Merah (Besar) 
  • 2 Ulas bawang Putih 
  • Sedikit Belacan 

Bahan - bahan Lain / Hiasan  
  • Tomato
  • Cili Merah 

CARA - CARA 
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar dan bunga lawang sampai naik bau. Masukkan Cili Kisar dan tumis dengan api yang perlahan. 
2. Tumiskan sambal tadi sampai pecah/naik minyak. Lepas tu masukkan sedikit sos cili, gula, serbuk perasa/garam dan air asam jawa. 
3. Tumiskan lagi. Kalau nampak kering tambahkan sedikit air. 
4. Masukkan bawang besar, tomato dan cili. 
5. Kemudian masukkan ikan bilis yang direndam tadi dan juga petai jawa. 
6. Masakkan lagi sampai sambal agak pekat dan naik minyak. 
7. Bila petai jawa tu dah bertukar warna kuning kekuningan, korang boleh tutup api. 
8. Sedia dihidangkan :) 


** Tips : Yna lebih suka rendamkan ikan bilis dengan air dan tak goreng ikan bilis tu. Rasanya lebih sedap. Tapi kena gunakan ikan bilis yang berkualiti. Ada sesetengah ikan bilis ni keras dan liat. Yang tu mmg x menepati citarasa huhu.. so kena pandai pilih. 


Mudah sangat resepinya kan. Resepi ni kalau korang nak buat untuk masak sambal udang, sambal ikan bilis or sambal sotong pon boleh. Tambah la apa - apa yg korang rasa sesuai. Janji sodap! :)


Satu lagi tips, nak sambal tu sedap dan pekat..kena betul2 masakkan sambal tu..mmg amik masa yang lama utk hasilkan sambal Okey sampai sini je, kita ketemu lagi di lain entry. Selamat mencuba resepi campak2..berani cubalah ek hehe ;)  Assalamualaikum. K bai! 



"DO ALL THINGS WITH LOVE"

No comments:

Post a Comment

TQ sudi review blog Yna, komen ciked!! :)